ads top

'Jangan' Dalam Motivasi Diri


Disini saya kongsikan beberapa perkara yang jangan dilakukan atau tidak elok dilakukan, ianya adalah berkaitan dengan pesanan, renungan dan sebagai motivasi diri buat kita semua, selamat membaca ~

  • Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat
  • Jangan makan tanpa membaca bismillah dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi dengan syaitan
  • Jangan tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut-takut kita mati semasa dalam perjalanan
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, makruh hukumnya dan mewarisi sifat kepapaan
  •  Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap di selaputi dosa
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia
  • Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita, nanti kita sombong apabila berjaya, kalau gagal kecewa pula
  • Jangan bakhil untuk bersedekah, sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita
  •  Jangan banyak ketawa. nanti jiwa mudah mati
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan, doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
  • Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata JANGAN, sebab semuanya untuk keselamatan kita
  • Jangan lupa untuk berkongsi, demi manfaat semua, insyaAllah 

~ Sampaikanlah pesanan yang baik dan bermanfaat kepada semua, insyaAllah beroleh rahmat ~
~ Wassalam ~

Rizali Masri


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here