Resipi Eskrim Buatan Sendiri


Salam kepada semua pembaca yang dikasihi lagi dihormati sekalian, Disini saya kongsikan kaedah dan resipi membuat aiskrim yang sedap dan lazat mengikut citarasa anda sendiri. Semoga perkongsian resepi ini menambah selera makan dan terutama menambah keinginan anda untuk rajin ke dapur belajar masak dan mencuba membuat aiskrim sendiri.

Cara Dan Resipi Aiskrim

Bahan-bahan:

1 tin susu pekat (505ml) tin kecil boleh juga tapi sikitlah jadinya

1 botol kecil ovelet, guna 110g dibahagi 2. kalau letak sebotol pun boleh

1 biji telur, tak kisah saiz apa, tapi baik guna saiz A atau B

3 sudu makan serbuk coklat. (kalau nak buat perisa coklat), kalau nak perisa lain pun boleh.

1 1/2 tin air. (guna tin susu tadi)

Cara membuatnya:


 Adun telur dan ovelet sampai kembang sebati

 Masukkan susu, air putar sampai sebati 


 Masukkan serbuk koko/coklat masakan, cip coklat dan bahan 
tambahan

Putar sehingga sebatian telah sebati



 Putar sampai pekat, kalau angkat sudip tu aiskrim nampak pekat.

 Masukkan dalam bekas yang boleh memuatkan lebih 1.5kg aiskrim

 Simpan dalam peti ais dan bekukan. Dah beku, baru boleh makan


 Aiskrim perisa jagung. Kalau rajin letak jagung hancur

 Guna bes minuman Tamin,  bau harum dan sedap, perisa lain 
 pun boleh

Biasanya jumlah aiskrim yang telah diputar banyak, oleh itu anda boleh asingkan setengah daripadanya untuk ditambah dengan perisa lain. Kemudian, setelah beku di dalam peti sejuk, anda boleh hidangkan seisi keluarga sambil menonton televisyen dan sewaktu dengannya. Buat lagi beberapa perisa dan simpan dalam peti sejuk, atau mungkin boleh jual kepada sesiapa yang ingin membeli =) rajin-rajinkan diri ke dapur ya..! Selamat mencuba, terima kasih kepada sumber.


~ Wassalam ~


Rizali Masri

 

Cetak

2 comments:

  1. Nak cuba..nak cuba..nak cuba..
    thank you for sharing :D

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...