Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.
Orang Melayu
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu
Orang Cina
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung.
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew.
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew.
Orang India
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam
Baba dan Nyonya
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.
Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan
mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan
berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji
pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri
yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil
diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka,
yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur
pengaruh kebudayaan Melayu.
Penyesuaian dan resapan budaya mereka
terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam,
iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina
dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya
memanggil mereka sebagai "Baba".
Terdapat banyak suku di Malaysia. Antaranya:-
Suku Bajau
Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara. Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.
Seratus persen suku kaum Bajau menganut
agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan
"le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini,
kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa
lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.
Bahasa orang Bajau dikenali sebagai
sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan
menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa
kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan
satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan
kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26
subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau
adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia,
bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia,
Filipina dan Brunei Darussalam.
Suku Momogun Rungus
Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.
Suku kaum Rungus merupakan penduduk
terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli
kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali
sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong
Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang
mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh
bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat
Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau.
Suku kaum Momogun Rungus mendiami
kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu,
Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan
kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan,
Telupid, Kinabatangan dan Beluran.
Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum
Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 20% adalah penganut
Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan
kira-kira 1% Momogun Rungus yang beragama Islam hasil perkawinan campur.
Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat nenek moyang,
hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.
Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai
Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah kata terbitan
daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga
membentuk kata "momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini
terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu Agama
Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa
Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS".
AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah
berasal dari kata asas iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk kepada
"boleh". Manakala "gama" bermakna "lakukan", "buat" atau "amalkan".
LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas "Labus" yang bermakna "keluar".
Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau
satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan moral
dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan
masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa
Momogun Rungus".
Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya
bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih
besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni
arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun
Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan,
Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus
ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.
Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga
turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari rumpun
Dayak Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa
mereka juga mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun.
Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di dunia.
Suku Brunei
Salah satu bangsa Melayu
Suku Tidong
Suku kaum ini banyak terdapat di sabah, terutamanya di tawau.
Suku Tombonuo
Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.
Suku Iban
Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.
Tradisi orang Iban adalah menyimpan
pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara
turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.
Perayaan penting yang disambut oleh suku
Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan
kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan
Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi
sepanjang tahun ini.
Rizali Masri
0 respons pembaca:
Post a Comment
Hi everyone .. please leave your comment here