ads top

Potensi Bunga Orkid vs Periuk Kera


Kemajuan sektor pertanian pada masa kini memberi impak yang positif kepada penggemar-penggemar tanaman terutama tumbuhan hiasan dan lanskap. Kebanyakan penggemar tumbuhan hiasan ini sanggup berbelanja lebih semata-mata memenuhi hajat yang terpendam.

Saingan bunga orkid pada masa kini ialah periuk kera. Periuk kera ialah sejenis tumbuhan hiasan yang semakin di gemari oleh sebahagian rakyat Malaysia dan serantau dengannya kerana keunikan struktur tumbuhan terbabit berbeza dengan tumbuhan lain. Periuk kera juga adalah tumbuhan yang mampu memerangkap serangga dalam ‘bekas’ periuknya.

Walaupun perkembangan periuk kera semakin meningkat, namun populariti bunga orkid tidak pernah terjejas. Kedua-dua tumbuhan yang berbeza ini mempunyai nilai komersial yang tersendiri di mana mampu menarik minat pengumpul-pengumpul tumbuhan hiasan. Bunga orkid atau anggerik dengan bunga-bungaan menarik dan pelbagai. Manakala bagi periuk kera, kepelbagaian ‘bekas’ periuk kera yang unik berjaya menambat hati para penggemarnya. Walaupun penjagaan kedua-dua jenis tumbuhan ini agak rumit, namun kerumitan tersebut mendatangkan kepuasan apabila menampakkan hasil yang ‘sedap’ dipandang.


Orkid dan periuk kera mampu memberi pulangan yang menguntungkan kepada peniaga-peniaga tumbuhan terbabit. Kedua-duanya mempunyai nilai pasaran yang tinggi jika spesis-spesis tertentu sukar ditemui. Tidak hairan jika penjual tumbuhan-tumbuhan ini sanggup berkejar ke sana sini semata-mata mendapatkan stok yang mendapat permintaan ramai kerana pulangannya sangat menguntungkan. Apabila mata sedap memandang, hati pula tertawan. 

Variasi orkid yang berwarna warni dan ada yang mengeluarkan bau wangi sangat mempunyai nilai estetika dan komersil yang tersendiri. Kebiasaannya, periuk kera di cari jauh di dalam hutan kerana tumbuhan ini bersifat liar, lebih lama usia dan saiznya lagi mahal nilainya. Begitu juga dengan orkid, dengan kelopak bunga yang besar dan menarik serta kesuburan pokok yang baik, harganya mampu mencecah ribuan ringgit. Pernah sekali saya terjumpa satu pokok orkid yang nilainya apabila di tanya adalah "RM1820"..! namun kata pengusaha tersebut, ada juga yang jauh lebih mahal dari ini. Masyarakat cina beranggapan pokok orkid yang baik dan ada nilai tersendiri mampu membawa tuah atau "ong" kepada pemiliknya. Justeru tidak hairanlah jika masyarakat cina amat menggemari bonsai, periuk kera dan orkid.


Dapatkan sumber komuniti berkaitan orkid di ORKID BONDA untuk perkongsian minat dan peluang-peluang perniagaan yang berguna. Di atas permintaan ramai, kini peluang dan ruang kepada warga pantai timur di buka. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah :

           Kursus   :  Kursus Asas Keusahawanan Orkid 
           Lokasi    :  Warisan Pahlawan Resort, Kuala Berang, Terengganu
          Tarikh     :  24hb November 2012 (Sabtu)
          Waktu     :  9.00 pagi - 5.00 petang 
          Lain-lain : Makanan Disediakan

Bagi warga Pantai Timur, jangan lepaskan peluang ini kerana potensi perniagaan orkid di Kelantan & Terengganu sangat menguntungkan anda. Hubungi :

 metafora.global@gmail.com 
 013-7292559 

atau penganjur kursus di Terengganu : 

Puan Hasnah Abdullah
019-9326815

Kepada anda di luar sana yang juga ingin menganjurkan kursus seumpama ini kepada para belia, ibu tunggal, pesara, suri rumah, penganggur dan komuniti di tempat anda, sila hubungi 013-7292559 / metafora.global@gmail untuk penganjuran program di tempat anda berada. Sekian ~


~ Wassalam ~



Rizali Masri



Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here