ads top

Usahawan Cina Mengusahakan Orkid

Ini adalah antara sumber berita yang ingin saya kongsikan kepada semua pembaca di hormati sekalian tentang kejayaan seorang usahawan cina melalui tanaman orkid. Kisah ini saya kongsi kepada anda semua sebagai galakan dan sokongan semangat untuk memberi minda positif kepada anda untuk berjaya dalam perniagaan tanaman kecil atau komersil. Mari sama-sama kita baca agar mendapat ilmu dari kisah ini dan selamat membaca ~


~ **** ~ 
BATU PAHAT 3 April – Bermula dengan perniagaan tapak semaian kira-kira 18 tahun lalu, kini seorang peniaga Chua Ah Guan, 46, boleh berbangga dengan perniagaan bunga orkid miliknya yang menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Ah Guan berkata, perniagaannya berkembang pesat dan memberi pulangan menguntungkan kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan dan eksport.

“Bermula tahun 2006, saya ambil keputusan menutup perniagaan tapak semaian dan berpindah ke kawasan Projek Pertanian Moden dengan membuka taman orkid di tanah seluas 4.8 hektar dengan modal sebanyak RM1.5 juta atau RM200,000 setiap sehektar,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di ladang orkidnya di Kluang baru-baru ini.

Ah Guan memberitahu, setakat ini hanya seluas 0.12 hektar telah lengkap sepenuhnya dengan mempunyai 10 jenis orkid terutama yang bernama Mokara.

Beliau berkata, keseluruhan kawasan itu dijangka lengkap keseluruhannya dalam tempoh setahun lagi.

“Kesemua orkid-orkid daripada taman ini adalah bagi memenuhi pasaran eksport ke Singapura untuk dihantar ke negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Cina,” katanya.

Ah Guan berkata, pasaran orkid masih terlalu luas untuk diterokai sama ada untuk pasaran tempatan dan eksport.

Melalui lawatannya ke Guanzo, China baru-baru ini, katanya, wilayah itu memerlukan lima kali ganda lagi pengeluaran yang mampu dihasilkan oleh negara ini.

Walaupun tidak mengikuti kursus atau kelas khas untuk mempelajari cara-cara menanam dan menjaga orkid, namun beliau dapat mempelajarinya melalui pengalaman sendiri dan kawan-kawan.

“Cara membaja yang sesuai umpamanya saya memperolehi melalui pengalaman dan teknik-teknik yang dilakukan sendiri secara sedikit demi sedikit,” katanya.

Ah Guan bagaimanapun belum berpuas hati dengan kejayaan yang dicapainya dan berhasrat untuk meluaskan lagi kawasan ladangnya tidak lama lagi.

Mengenai kejayaannya itu, beliau berkata, minat yang mendalam terhadap bidang pertanian merupakan pendorong kuat kejayaannya.

Katanya, minat tersebut pernah menyebabkannya melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun 1990-an kerana mahu menumpukan kepada bidang itu. 

 ~ **** ~


Semoga info ini sedikit sebanyak memberi manfaat berguna kepada anda semua dan memberi semangat untuk sama-sama kita melangkah maju ke hadapan. Kita semua mampu berjaya tidak kira umur, pendidikan, bangsa dan agama sekalipun, pucuk pangkalnya adalah hati yang bersih, usaha dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya. Selamat mengenal potensi diri anda sendiri. Sekiranya anda berminat untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian ini, saya sedia membantu dan memberi panduan dan galakan kerana saya sendiri telah menceburkan diri dalam sektor orkid ini. Jangan segan untuk bertanya, bersama kita membina ummah dengan berkongsi rezeki dan ilmu. InsyaAllah ~



 ~ Wassalam ~



Rizali Masri
 


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here