Gubahan Bunga Orkid Cetusan Kreativiti Sendiri
Apa Yang Anda Perlukan Untuk Memulakan Perniagaan Gubahan Bunga Di Rumah
Jika
anda sukakan bunga dan anda mempunyai kebolehan artistik semulajadi
untuk mencipta gubahan bunga yang menarik, anda mungkin boleh
menimbangkan untuk memulakan perniagaan menjual bunga. Belajarlah
bagaimana hendak menukar minat anda terhadap gubahan bunga kepada satu
perniagaan yang menguntungkan. Ia merupakan sejenis perniagaan yang
sesuai dilakukan separuh masa ataupun sepenuh masa. Anda boleh
menguruskan perniagaan anda samada dari rumah atau dari kedai.
Anda
seharusnya mempunyai idea yang rambang mengenai bidang pekerjaan ini
sebelum anda mengambil keputusan untuk menjadi penjual bunga dari rumah.
Perniagaan ini memerlukan kerja keras. Masalah yang mungkin timbul
akibat kerja ini ialah anda mungkin terdedah kepada racun serangga,
kerana bunga-bunga yang anda terima dari pembekal mungkin telahpun
disembur dengan racun serangga. Ini adalah di luar kawalan anda. Cara
perlindungan terbaik ialah dengan memakai sarung tangan dan topeng muka.
Berikut adalah beberapa tugas asas yang terlibat dalam perniagaan
menjual bunga:
* Membuat tempahan dan menerima bekalan bunga dari pembekal
* Mengeluarkan bekalan apabila sampai (andaikan anda berada di tahap skala besar)
* Membersihkan, merawat dan menjaga bunga supaya tahan lebih lama
* Menyiram bunga dan tumbuh-tumbuhan lain
* Melayan pelanggan, memberi nasihat kepada pelanggan mengenai kombinasi warna, gubahan dan sebagainya
* Meletakkan harga dan memperagakan gubahan dengan menarik
* Menjawab panggilan telefon
* Menerima tempahan dan membuat rekaan baru untuk diperagakan
* Mengemaskan ruang bekerja
* Mengemaskinikan rekod dan akaun
Teknik Asas Gubahan Bunga
Berikut
adalah beberapa kemahiran asas dalam gubahan bunga yang anda perlukan
untuk memulakan satu perniagaan menjual bunga dari rumah yang berjaya:
*
Gubahan berbentuk horizontal atau mendatar – bunga diletakkan dalam
bekas rendah dan mendatar. Gubahan ini tidak tinggi dan mengandungi
campuran beberapa jenis bunga kecil, daun paku-pakis dan pengisi.
*
Gubahan berbentuk vertical atau menegak – bunga-bunga yang mempunyai
tangkai yang panjang biasanya diletakkan dalam bekas bunga yang tinggi
dan mengandungi campuran beberapa jenis bunga bersaiz sederhana hingga
besar.
* Gubahan berbentuk tiga segi – apabila diletakkan dalam bakul, gubahan ini membentuk segitiga.
*
Gubahan meja – anda boleh mencuba dengan beberapa jenis bunga yang
berlainan, serta bekas bunga, bakul atau botol bergantung kepada jenis
majlis yang memerlukan gubahan anda.
Seorang penjual
bunga dari rumah harus tahu jenis-jenis gubahan bunga yang berlainan
seperti jambak, korsaj, kalungan, gubahan meja dan sebagainya. Anda juga
harus pandai memilih warna dan kombinasi bunga yang sesuai. Pelanggan
biasanya suka pembungkus yang menarik seperti reben dan plastik hiasan.
Mereka rasa bahawa mereka mendapat nilai yang lebih bagi wang mereka dan
gembira apabila mereka menerima sesuatu yang dibuat dengan kemas dan
menawan.
Sebagai permulaan, anda
harus belajar perkara-perkara asas, tetapi untuk mengembangkan
perniagaan, anda hendaklah sentiasa mengikut aliran semasa. Anda harus
belajar dan sentiasa mencipta rekaan-rekaan baru. Bunga-bunga dan
tumbuh-tumbuhan baru dan eksotik yang memerlukan cara penjagaan, rekaan
dan gubahan yang baru terus menerus diperkenalkan di pasaran.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Apabila
anda telah memperlengkapkan diri dengan pengetahuan asas yang
diperlukan, anda perlu juga memperlengkapkan diri dengan bahan-bahan
yang diperlukan dalam perniagaan ini. Secara amnya, bahan-bahan yang
anda perlukan dalam perkhidmatan penjualan bunga ini adalah: kedai atau
lokasi jualan, sistem penyejukan (pada peringkat lanjut), bunga,
tumbuh-tumbuhan lain, bekalan bunga dan produk-produk lain yang anda
hendak jual. Anda mampu sediakan bahan-bahan tersebut dan
memulakan perniagaan menjual bunga hanya dari rumah.
Si kembar comel berposing dengan bunga orkid segar
Kepada anda yang berminat untuk menjalankan perniagaan gubahan bunga orkid dan orkid segar secara besar atau kecil-kecilan di rumah bolehlah hubungi 013-7292559 atau emelkan ke metafora.global@gmail.com untuk makluman lanjut. Banyak informasi turut disediakan di laman facebook page "ORKID BONDA". Jangan lupa "LIKE" ya =)
ATAS PERMINTAAN RAMAI .. KINI PELUANG DI BUKA KEPADA WARGA TERENGGANU & SEKITAR
Kursus : Kursus Asas Keusahawanan Orkid
Lokasi : Warisan Pahlawan Resort, Kampung Pauh, Kuala Berang, Terengganu
Tarikh : 24hb November 2012 (Sabtu)
Waktu : 09.00 pagi - 5.00 petang
Lain-lain : Makan minum disediakan
Modul : Peluang Perniagaan Orkid, Tips & Teknik, Psikologi Orkid, Pemasaran, Strategi Bersaing Nursery Cina, Potensi Orkid, Gubahan Bunga, Asas Keusahawanan, Kaedah Pinjaman Kewangan, Praktikal Tanaman Orkid, Teknik Penjagaan, Teknik Jualan, Orkid Hiasan, Video Orkid, Jenis-jenis Orkid, Penyediaan Tempat Tanaman, Cara Menyediakan Tapak Semaian & Ladang, serta banyak lagi akan dikongsi ~
Kepada yang berminat boleh daftarkan kehadiran anda segera dengan hubungi :
013-7292559 / metafora.global@gmail.com
atau hubungi penganjur di Terengganu
Puan Hasnah Bte Abdullah
019-9326815
~ Wassalam ~
Rizali Masri
\(^_*)/
0 respons pembaca:
Post a Comment
Hi everyone .. please leave your comment here