ads top

Kehebatan Peranan Otak Tengah

Picture
Otak Tengah

Peranan otak tengah kepada kecerdikan luar biasa

Seorang anak yang telah mengalami pengaktifan otak tengah dapat mempunyai kemampuan mental yang melampaui orang biasa. Kini ramai yang  sedar akan kepentingan otak penggunaan otak kanan dan otak kiri. Banyak orang yang menerima saja kenyataan bahawa mereka beroperasi dengan salah satu otak mereka.

Otak kiri seringkali di hubungkan dengan IQ (Intelligence Quotient). IQ ini meliputi kemampuan untuk perhitungan, memformulasikan pembicaraan, membaca, menulis, logik dan analisa. Pendidikan tinggi di dunia sekarang ini banyak bertumpu pada bahagian otak kiri ini.

Otak kanan biasanya berkaitan dengan kecerdasan emosi (EQ, Emotion Quotient). Otak kanan ini mengembangkan sisi personaliti, kreativiti, intuisi, kemampuan penerapan, kemampuan panggung, dan seni.

Otak kanan dan otak kiri ini ibaratnya seperti 2 orang "kapten" yang mengatur bahagian yang berbeza pada mental kita. Tetapi dengan kebijaksanaan kawalan kedua-duanya, kita mampu memastikan kawalan pusat terletak ditengah-tengah dari kedua otak tersebut. Otak ini seringkali dihubungkan dengan kegeniusan seseorang. Sayangnya otak tengah dari sebagian besar manusia adalah dalam keadaan tidak aktif

Jika saja kita dapat mengaktifkan otak tengah, maka kita akan mempunyai "super kapten" yang mengatur cara kerja dari kedua "kapten" yang sudah ada. Otak tengah ini dapat menyeimbangkan kerja dari otak kanan dan otak kiri. Otak yang bekerja secara sinergi akan mempunyai kapasiti jauh lebih besar dari otak yang hanya berkembang sebelah sahaja.

Bayangkan jika kemampuan seseorang itu mempunyai daya analisis dan logik yang tinggi (otak kiri) dan di gabung dengan kemampuan penerapan dan kreativiti yang tinggi. Orang-orang ini biasanya dianggap sebagai orang yang pintar. Para ahli mengatakan bahwa kegeniusan seseorang adalah kemampuan untuk menggabungkan kemampuan otak kiri dan otak kanan. Jadi otak tengah ini dipercaya sebagai bahagian otak yang mengembangkan sisi genius dari seseorang.

Otak tengah adalah jambatan yang menghubungkan dan menyeimbangkan fungsi otak kiri dan otak kanan. Mengaktifkannya akan memungkinkan baik otak kiri mahupun kanan akan berfungsi secara maksimum. Pengaktifan otak tengah mengembalikan kekuatan otak pada keadaan asalnya.

Ketika otak tengah diaktifkan, kita akan memiliki laluan yang mudah baik ke otak kiri maupun kanan. Dengan laluan mudah ini, mereka akan belajar, membaca dan menghafal benda-benda dalam kecepatan yang lebih cepat dan dengan demikian meningkatkan keyakinan, minat dan daya tumpu mereka dalam belajar. Jika kita dapat membuka laluan minda dan otak tengah ini kepada mereka yang masih kecil, nescaya penyerapan ilmu dan daya kreativiti mereka sangat luar biasa apabila besar kelak.


Justeru, kini ramai ibu bapa mula sedar akan kepentingan dan faedah peranan otak tengah ini. Malahan bukan tumpuan diberikan kepada anak kecil, malah ramai juga golongan dewasa mendalami cara bagaimana mengaktifkan fungsi otak tengah. Dengan peranan otak tengah, anda bukan sahaja dapat berfikir secara kreatif, malahan anda mampu melakukan pelbagai perkara "di luar kotak". Jika anda seorang usahawan, anda mampu mencipta kejutan dengan hasil idea anda yang luar biasa. Jika anda bekerja makan gaji, maka anda mampu menarik perhatian pihak atasan di atas kecerdasan minda anda dalam melaksanakan tugas. Semoga kita semua berusaha untuk mengaktifkan otak tengah =) Sekian, selamat beramal ~




Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here