ads top

Petua Kesihatan | Merawat Anemia

Merawat Anemia

Anemia merupakan penyakit yang berkaitan dengan kekurangan sel darah merah sehingga menyebabkan wajah menjadi pucat, tekanan darah rendah dan cepat penat. Berikut beberapa pilihan petua :

1. Bayam - Ambil segenggam daun bayam, cuci bersih dan tumbuk hingga lumat. Setelah itu, perah airnya dan tapis, kemudian masukkan 2 biji kuning telur kampung dan 2 sudu besar madu lebah ke dalam hasil tapisan air bayam itu. Kacau rata dan minum. Amalkan setiap pagi.

2. Bayam Duri - Ambil segenggam daun bayam duri dan cuci bersih. Setelah itu, tumbuk lumat, masukkan dalam setengah gelas air masak, perah dan tapis airnya. Masukkan 3 sudu besar madu lebah ke dalam air perahan, kacau rata dan minum. Amalkan 3 kali seminggu sehingga terdapat tanda-tanda untuk sembuh.

3. Tapak Gajah - Ambil sebanyak 15-50 gram seluruh bahagian termasuk akar tapak gajah dan keringkan. Sesudah itu, rebus hingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan minum.

4. Kemunting - Ambil buah kemunting dan amalkan memakannya segar.

5. Tupai-tupai - Rebus akar tupai-tupai dengan 3 gelas air, biarkan mendidih sehingga menjadi 1 gelas air. Setelah sejuk, tapis dan minum.

6. Melinjau - Basuh daun dan buah melinjau dengan bersih, rebus dengan air secukupnya sehingga mendidih. Minum air rebusan manakala daun dan buahnya pula dimakan. Lakukan selalu.

7. Mulberi - Rebus buah mulberi hingga mendidih. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

8. Anggur - 1 gelas kecil jus anggur, dimasukkan ke dalam 1 mangkuk air rebusan biji kacang soya, 1 sudu kecil kicap manis, 1 sudu besar minyak bijan, 1 mangkuk air dan biarkan sehingga mendidih. Tapis dan minum ketika masih panas.

9. Lempoyang Wangi - 5 gram rizom lempoyang wangi dikupas kulitnya, 10 gram rizom kunyit (kupas kulit), 30 gram daun betik, 30 gram daun dukung anak, 30 gram daun bayam duri dan 10 gram daun pudina tempatan dibasuh bersih dan direbus dengan 800ml air, biarkan mendidih sehingga airnya tinggal 400ml. Tapis dan bahagikan kepada 3 bahagian dan minum 3 kali sehari (masing-masing 1 bahagian). Selamat mencuba..!!

Photo: Petua Merawat Anemia

Anemia merupakan penyakit yang berkaitan dengan kekurangan sel darah merah sehingga menyebabkan wajah menjadi pucat, tekanan darah rendah dan cepat penat. Berikut beberapa pilihan petua:

1. Bayam - Ambil segenggam daun bayam, cuci bersih dan tumbuk hingga lumat. Setelah itu, perah airnya dan tapis, kemudian masukkan 2 biji kuning telur kampung  dan 2 sudu besar madu lebah ke dalam hasil tapisan air bayam itu. Kacau rata dan minum. Amalkan setiap pagi.

2. Bayam Duri - Ambil segenggam daun bayam duri dan cuci bersih. Setelah itu, tumbuk lumat, masukkan dalam  setengah gelas air masak, perah dan tapis airnya. Masukkan 3 sudu besar madu lebah ke dalam air perahan, kacau rata dan minum. Amalkan 3 kali seminggu sehingga terdapat tanda-tanda untuk sembuh.

3. Tapak Gajah - Ambil sebanyak 15-50 gram seluruh bahagian termasuk akar tapak gajah dan keringkan. Sesudah itu, rebus hingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan minum.

4. Kemunting - Ambil buah kemunting dan amalkan memakannya segar.

5. Tupai-tupai - Rebus akar tupai-tupai dengan 3 gelas air, biarkan mendidih sehingga menjadi 1 gelas air. Setelah sejuk, tapis dan minum.

6. Melinjau - Basuh daun dan buah melinjau dengan bersih, rebus dengan air secukupnya sehingga mendidih. Minum air rebusan manakala daun dan buahnya pula dimakan. Lakukan selalu.

7. Mulberi - Rebus buah mulberi hingga mendidih. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

8. Anggur - 1 gelas kecil jus anggur, dimasukkan ke dalam 1 mangkuk air rebusan biji kacang soya, 1 sudu kecil kicap manis, 1 sudu besar minyak bijan, 1 mangkuk air dan biarkan sehingga mendidih. Tapis dan minum ketika masih panas.

9. Lempoyang Wangi - 5 gram rizom lempoyang wangi dikupas kulitnya, 10 gram rizom kunyit  (kupas kulit), 30 gram daun betik, 30 gram daun dukung anak, 30 gram daun bayam duri dan 10 gram daun pudina tempatan dibasuh bersih dan direbus dengan 800ml air, biarkan mendidih sehingga airnya tinggal 400ml. Tapis dan bahagikan kepada 3 bahagian dan minum 3 kali sehari (masing-masing 1 bahagian). 

~ Wassalam ~




Rizali Masri


 
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here