ads top

Sumbangan Misi Kemanusiaan Bumi Gaza



"Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’ Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak"

Wahai muslimin muslimat, saya merayu kepada semua agar sama-sama kita mendoakan kesejahteraan para mujahid islam di bumi GAZA agar dihentikan kekejaman ini, semoga kuasa Allah menghancurkan rejim zionis israel laknatullah itu dari muka bumi ini. Bantulah dari apa yang kita mampu, biarpun bukan dengan kuasa, bantulah dengan tenaga, jika tidak termampu dengan tenaga, bantulah dengan suara, jika tidak mampu dengan suara, bantulah dengan 'doa' .. kerana sesungguhnya 'doa' itu adalah senjata utama para mukmin. Aamiin Ya Rabbal Alamiin ~

 
Biarpun langit di bumi Israel dan Sekutunya sering dihujani percikan bunga api meriah perayaan setiap tahun, manakala langit di bumi Gaza Palestin sering dihujani percikan bom dan senjata api, namun .. ISLAM ITU BENAR, DAN KEKAL BENAR! biarpun bumi rahmat itu sering dibasahi lautan darah manusia mujahid, namun .. ISLAM ITU BUKAN PENGGANAS! Biarpun islam sering di kecam dan difitnah, namun KUASA ALLAH ITU MAHA SEGALANYA. Bersiap sedialah wahai rejim zionis laknatullah, kekejaman dan kezaliman yang 'kau' lakukan itu akan dibalas sekeras-kerasnya dengan kebangkitan ISLAM DI MUKA BUMI ALLAH!


LUAHAN HATI PARA MUJAHID PALESTIN


Wahai saudara saudari seislamku yang dikasihi lagi dihormati, disini saya sediakan beberapa NGO yang menyelaraskan bantuan derma dan sumbangan ikhlas anda kepada pihak berkaitan agar dapat meringankan beban dan kesengsaraan mereka, sumbangan ikhlas anda insyaAllah dapat membantu meringankan mereka. Pastikan anda memeriksa nama penerima terlebih dahulu sebelum melakukan traksaksi bagi mengelakkan penipuan. Sumbangan ikhlas muslimin muslimat sekalian amat di harapkan dan semoga Allah SWT membalas keikhlasan hati anda di dunia dan di akhirat. InsyaAllah ~

Marilah bersama-sama kita doakan kesejahteraan para mujahid di Bumi Gaza


"Ya Allah, sesungguhnya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya kekejaman yang sedang menimpa saudara-saudara Islam kami di Palestin. Berikanlah kepada mereka keteguhan Iman, berikanlah kepada mereka kekuatan untuk menempuh segala kedukaan yang menimpa saudara-saudara kami ini..

Ya Allah, hancur leburkanlah yahudi laknatullah, kalahkanlah yahudi laknatullah, Engkau berikanlah balasan yang setimpal di atas perbuataan mereka dan menangkanlah umat Islam. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin.."


AMAN PALESTIN BERHAD (719871-K)

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95

SMS
Taip PALESTIN<JARAK>RM10/RM5/RM3/RM1. Hantar ke 39111. Sumbangan anda amat berharga walaupun bernilai hanya RM1 [AmanPalestin]

Derma pada AQSA SYARIF BERHAD.

Maybank Islamic 551575004299

Bank Islam 12092010034904 #SaveGaza

 
ISLAMIC RELIEF MALAYSIA's BANK ACCOUNTS / AKAUN BANK ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
 

(Pembayaran di atas nama 'ISLAMIC RELIEF MALAYSIA')

Bank Islam (BIMB) : 1202 90100 6564 3
Maybank (MBB) : 5621 4270 8704
CIMB (CIMB) : 1259 0000 804 058
 



[HANDS FOR GAZA] They need our helps ~ to donate:
 

 Global Peace Mission (GPM) Malaysia
BANK ISLAM (14-023-01-002922-4),
MAYBANK (5642-2161-1602).
 

for online transfer and credit card (http://bit.ly/gpmipay88
(type: "GAZA" on product description section)




 ~ Wassalam ~




Rizali Masri
 
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here