ads top

Peristiwa Ajaib Gaza Dan Hitler

 Keajaiban Peristiwa Peperangan Di Gaza


Subhanallah .. Allah Akhbar..!!


Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :


Peristiwa 1


Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu..? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2


Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas berwarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu..?


Peristiwa 3


Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.


Peristiwa 4


Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5


Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel..!


Peristiwa 6


Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza..!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita sebagai umat sesama islam..?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar..!

Allah sentiasa bersama kita, doa jangan pernah putus,
kerana sesungguhnya doa itu adalah senjata para mukmin.

"SAYA BUKAN ORANG MALAYSIA, SAYA BUKAN ORANG SYRIA, SAYA BUKAN ORANG PALESTIN, TAPI SAYA ORANG ISLAM. ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU. BANTULAH SAUDARA KITA .. WALAUPUN DENGAN DOA"

HITLER

 Hitler Bukanlah Wira

Ramai antara kita yang beranggapan bahawa Hitler adalah wira kerana telah membunuh hampir ke semua yahudi ketika tampuk pemerintahannya, namun kenyataan ini bukanlah seperti yang kita semua maklum. Hakikatnya, ia adalah antara agenda tersembunyi freemason untuk memesongkan orang islam, natijahnya masih ramai golongan yang berterima kasih kepadanya, sedangkan Hitler adalah seorang yang sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan malahan kejam. Islam itu bukan pengganas, islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan pembunuhan, malahan islam mengajar umatnya berlaku adil, melaksanakan kebaikan seperti yang terkandung dalam kitab suci Al Quran. Yahudi juga bukanlah semuanya kejam, tetapi apa yang kejam adalah zionis Israel yang seharusnya dilupuskan dari muka bumi ini. Sama-sama kita fahami dan dalami perkara ini. Islam itu suci dan tidak pernah mengajar kita untuk saling bermusuhan, namun itulah Qadar dan Qadar Allah, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Sebenarnya Hitler adalah ahli freemason dan dia diarahkan untuk membunuh Yahudi yang bertebaran di Eropah kerana mereka enggan berpindah ke Israel. Dengan membunuh orang yahudi maka ramai yahudi yang ketakutan telah berhijrah dan melarikan diri ke Israel. Orang Yahudi sememangnya sudah mengetahui bahawa jika mereka berkumpul di satu tempat pasti tuhan akan memusnahkan mereka. Inilah kata kata Hitler yang digunakan oleh freemason untuk mengaburi mata orang islam agar melihat Hitler sebagai wira...


 ~ Wassalam ~



Rizali Masri







Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here