1. Apabila berinterkasi dengan ibubapa kita, letakkanlah diri kita di tempat mereka. Nescaya kita menghendaki agar anak-anak kita berinteraksi dengan cara yang terbaik kepada kita. Maka dengan itu juga, apabila berinteraksi dengan ibubapa kita, pilihlah cara yang terbaik.
2. Apabila melihat orang lain melakukan sesuatu kesalahan, letakkanlah diri kita di tempatnya. Nescaya kita akan menghargai apabila ada orang yang sudi memaafkan kita serta memberi nasihat dan teguran. Ini kerana tidak ada manusia yang terlepas daripada melakukan kesalahan. Maka dengan itu maafkanlah kesalahan orang lain dan berusahalah mencari ruang menasihati dan menegurnya.
3. Apabila ingin membetulkan kesalahan orang lain, letakkanlah diri kita di tempatnya. Nescaya kita mengingini agar orang yang membetulkan kita melakukannya dengan cara yang tersembunyi, lemah lembut dan hikmah. Maka dengan itu juga, betulkanlah kesalahan orang lain, sama ada yang melakukan maksiat atau bid‘ah, secara tersembunyi, lemah lembut dan hikmah. Jangan menghebohkannya, bersikap keras dan kaku.
4. Apabila saudara kita memiliki sesuatu kelebihan seperti ilmu, kedudukan, kemasyhuran atau harta, maka letakkanlah diri kita di tempatnya. Nescaya kita bergembira dan bersyukur atas kelebihan-kelebihan tersebut. Maka dengan itu juga, hendaklah kita turut bergembira dan bersyukur apabila di kalangan saudara kita ada yang diberi atau memiliki sesuatu kelebihan.
5. Apabila seorang Muslim yang lainnya mencaci dan menghina kita dengan perkataan yang kurang menyenangkan, beredarlah dari situ dan tinggalkan majlis atau perbincangan tersebut. Jangan pula kita juga mengherdik sama. Maka samalah kita dengan dia. Tiada bezanya. Kalau boleh kita beri sedikit nasihat. Dengar ataupun tidak terpulang padanya. Lambat laun pasti dia akan berubah. Memang sukar untuk melakukan demikian tetapi sekiranya kita ingin mengikuti akhlak Rasulullah, itu sahaja jalannya.
Disebut dalam Riwayat Hadith Shahih mengenai akhlak yang mulia merupakan ibadah yang paling memberatkan timbangan amal:
"Tiada sesuatu yang lebih memberatkan timbangan (pada Hari Akhirat)
berbanding akhlak yang baik."
~ Wassalam ~
Rizali Masri
moral value,letakkan diri kita di tempat orng tersebut..kalau kita tahu benda 2 kita x suka elakkan diri dri buat kat orng lain.
ReplyDeletebetul tu.. what you give, you get back. sentiasa bersederhana dalam hidup =)
DeleteGood info...kita adalah apa yg kita fikirkan..beri ksih syg nescaya kamu akn dikasihi
ReplyDeleteyup..sangat setuju..! thanks for the comment =)
DeleteTerima kasih. Input yang sangat menarik. Will try to practice this soon. Insyallah.
ReplyDelete