ads top

Strategi Serangan Ideoleogi Yahudi


Rentetan dari artikel yang lepas berkaitan yahudi membiaya ratusan cendekiawan mereka untuk melanjutkan dan mendalami Al Quran di peringkat sarjana dan kedoktoran. Agendanya adalah satu iaitu untuk memesongkan ajaran Islam di peringkat universiti terutama kepada para bakal ulama' Islam di universiti. Betapa liciknya pemikiran mereka..  

Yahudi tidak perlu hadis sahih tetapi mereka ubah kefahaman sarjana Islam terhadap maksud sebenar sesuatu hadis berkenaan sebagai umpan supaya umat Islam bertelagah dan berselisih mengenai sesuatu perkara itu.

Jika diamati, Al Quran dan As Sunnah seharusnya adalah amat sempurna kerana ia didorong oleh Allah SWT, Tuhan yang mencipta segala hukum buat manusia ciptaanNya. Justeru itu Yahudi memfokuskan serangan mereka dari dalam Islam itu sendiri yakni melalui sukatan pengajian islam di menara gading (universiti) terutama fakulti hadis dan as sunnah.

Seperti pendedahan awal yang lepas bahawa ada beribu sarjana atau pakar hadis bangsa Yahudi tajaan Zionis di fakulti-fakulti berkenaan bagi tujuan menerapkan ideologi kefahaman mereka untuk melemahkan umat Islam dari dalam Islam itu sendiri.

Sekiranya serangan dari luar, umat Islam akan menolaknya, lantas mereka serang umat Islam dengan ajaran Islam itu sendiri. Contohnya apabila Rasulullah SAW bersabda bahawa orang yang membaca al quran itu berpahala besar, sedang pahala lebih besar bagi mereka yang mendengarnya'.

Maksud mendengar dalam hadis itu sepatutnya taat kepada apa yang didengarnya dan bukan sekadar mendengar dengan telinga. Contoh seorang ayah berkata kepada anaknya: "Jangan mandi hujan nanti sakit". Anaknya dengar tetapi tetap mandi hujan. Itu bermakna anak itu mendengar ayahnya tetapi tidak taat. Tidak taat anak itu boleh di samakan tidak mendengar. Apabila si ayah nampak anaknya tetap mandi hujan, ayahnya akan berkata pula: "Kan ayah cakap jangan mandi hujan, mengapa kamu tidak dengar". Itu sekadar contoh biasa sahaja.

Cuba kita bayangkan apabila hadis Rasulullah S.A.W digunakan pula sarjana hadis berkenaan bagi menempelak jemaah masjid yang sedang berzikir, yang sedang membaca Yaasin di malam Jumaat, yang sedang bertalkin di perkuburan, yang sedang membuat majlis doa selamat dan tahlil sebagai BIDAAH. Sudah tentu orang Islam itu akan berselisih dan terpecah dari sebab hal-hal dalam Islam itu sendiri.


Perpecahan sama seperti ini jugalah yang sedang melanda umat Islam seluruh dunia pada hari ini. Jadi tidak hairanlah apabila GAZA atau mana-mana negara Islam diserang Yahudi, yang lain hanya tengok sahaja tanpa ada usaha membalas serangan jahat mereka itu dengan senjata moden. Apa peduli dengan mereka, kita sendiri pun sedang berselisih pendapat sesama kita. Itulah bukti kejayaan sebenar Yahudi dalam peperangan halus menentang Islam. Mereka tahu umat Islam seluruh dunia kian dihimpit 'ketakutan' akan kehilangan kesenangan dunia jika berperang. Wallahu Taala Alam. Semoga kita semua dapat berkongsi ilmu dan menyampaikan sesama kita walaupun sedikit agar memperoleh manfaat dan syafaat di dunia dan akhirat. In Shaa Allah..



~ Wassalam ~



Rizali Masri


 
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here