ads top

Khasiat Solat Tahajud dan Qiyamullail


Solat Tahajud dan Qiyamullail

Solat tengah malam, terutamanya Tahajjud, berupaya merawat gejala kelupaan dan kebebalan diri. Ia juga merupakan penyebab kecerdasan minda serta hafalan yang kuat dan mantap. Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa orang yang bersolat malam dimuliakan dengan 9 perkara. Antaranya, lahir tanda-tanda ketaatan pada wajahnya, dipelihara dari segala bala dan bencana, disukai oleh hamba yang soleh dan manusia, lidahnya berututur dengan kata-kata hikmah dan dia dijadikan seorang yang bijaksana iaitu diberi ilmu hikmah yang rahsia dan mendalam. Juga dikurniakan kesihatan yang baik dan dihindari dari penyakit.

Orang yang mendapat ilmu hikmah dikurniakan intuisi, gerak hati, ilham, idea-idea kreatif, kebijaksanaan, serta kepintaran dalam berbicara. Mereka diberi faham ilmu yang halus-halus dan sukar-sukar. Hasilnya lahirlah buah-buah fikiran yang bermutu, bernilai tinggi, pelik-pelik lagi aneh yang tidak terfikir oleh manusia biasa. Terpancar cahaya kebijaksanaan dari hatinya atas lidahnya sebagaimana yang berlaku kepada Imam Ghazali, Ibnu Rusydi, Ibnu Sina dan para genius Islam.

Fadhilatnya :

1.   Di tempatkan di akhirat nanti di tempat yang terpuji

2.   Mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ ala

3.   Dapat mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala

4.   Dikabulkan doa dan permohonan serta diampunkan dosanya

5.   Terhindar daripada segala penyakit tubuh badan dan mencegah daripada melakukan 
      dosa dan kejahatan

6.   Di janjikan masuk syurga dengan selamat sejahtera

7.   Mendapat syafa‘at baginya dan ahli keluarganya

8.   Di jadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan pengetahuan yang tinggi

9.   Di bangkitkan daripada kubur dengan wajahnya yang putih bercahaya

10. Di ringankan hisabnya

11. Di permudahkan baginya meniti shirat (jambatan) seperti kilat

12. Di beri buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak


Semoga Ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat berguna kepada kita semua, sampaikanlah walau sedikit ilmu yang berguna dan memberi manfaat kepada semua agar ianya menjadi bekalan amalan kita di akhirat kelak. In Shaa Allah, selamat beramal ~



~ Wassalam ~




Rizali Masri


  
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here