Minda Sedar & Minda Bawah Sedar
Anda
memiliki dua minda iaitu minda sedar (otak belahan kiri) dan minda
bawah sedar (otak belahan kanan). Minda sedar menggunakan logik untuk
membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila anda berhadapan dengan
berbagai pilihan atau masalah dalam kehidupan, maka minda sedar akan
membuat keputusan untuk memilih atau menyelesaikan masalah tersebut,
bukannya minda bawah sedar. Namun dengan latihan tertentu anda boleh
mendapati bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh minda sedar boleh
dipandu dan dipengaruhi oleh maklumat yang diperolehi dari minda bawah
sedar.
Sekiranya anda tidak memberikan minda bawah sedar sebarang matlamat
untuk dicapai atau masalah untuk diselesaikan, ia tidak akan berkerja
untuk anda. Akan tetapi, sekiranya anda memberikan matlamat yang khusus
atau objektif yang konkrit untuk dicapai maka ia akan berkeja
bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya kepada anda.
Dalam masyarakat kita bentuk permohonan ataupun doa sudah menjdai
perkara lazim dan berlaku secara automatik. Permohonan dan doa ini
jarang kita cuba untuk meningkatkan efisiensi dan keberkesanannya. Kita
cuma melakukan dengan cara kita sendiri dan bersifat naluriah.
Tetapi
bagi mereka yang kuat menjalankan ibadah mereka mencukupkan diri dengan
doa di dalam sembahyangnya. Atau mereka menjalankan sembahyang hajat
atau tahajjud dengan niat yang khusus untuk sesuatu hajat. Dengan
pemusatan yang baik dan khusyuk, maka nilai getaran doa akan lebih
tinggi dan nilai sembahyang pun akan meningkat disebabkan oleh
pemusatan / khusyuk / konsentrasi itulah sebenarnya rahsia yang utama.
Apalagi menghadapkan diri kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati, jiwa
dan rasa kesungguhan, tentulah solat anda akan menjadi lebih tajam dan
mantap.
Sepertimana bongkah ais yang kelihatan
timbul gagah dipermukaan laut namun sedarkah anda dibawahnya adalah
lebih hebat dan besar lagi sehingga dapat menenggelamkan sebuah kapal
persiaran terbesar yang dikatakan tercipta untuk tidak akan karam
(unsinkable). Begitulah diumpamakan minda bawah sedar anda, malah
ciptaan Allah S.W.T ini lebih hebat lagi.
0 respons pembaca:
Post a Comment
Hi everyone .. please leave your comment here