ads top

Tips Membimbing Anak Mengaji



Tips Untuk Membimbing Anak Anda Agar Mudah Mengaji Al Quran

Kesabaran ibu bapa terhadap kebebalan anak-anak menghafaz huruf-huruf mukaddam memang seringkali teruji. Ketidaksabaran ini juga sering menyebabkan ibu bapa 'hilang pertimbangan' hingga meninju anak-anak yang gagal menghafaz pada waktu-waktu yang mereka fikirkan sudah sepatutnya mahir. Perbuatan ini harus dielakkan sedaya mungkin dan gunakan kebijaksanaan sendiri sewaktu mengajar dan ingatlah setiap kanak-kanak mempunyai tahap pemahaman dan daya ingat yang berbeza-beza.

1. Pastikan anak anda belajar membaca Al-Quran itu sekitar 15 minit setiap hari. Waktunya ialah selepas solat Maghrib.

2. Tegur anak anda dengan menggunakan isyarat seperti mengerakkan-gerakkan lidi penunding kepada huruf yang salah disebutnya berkali-kali tanpa segera memberitahu sebutan yang betul. Apabila si anak benar-benar tidak dapat menyebutnya, barulah diterangkan.

3. Anda hanya menggunakan tangan (memukul pada pahanya) apabila huruf yang sama atau sebutan yang sama setelah diterangkan berhari-hari masih juga tidak dapat diingatinya.

4. Jangan mudah memberi pujian jika dia dapat membaca dengan lancar, kecuali bacaannya betul 100%

5. Anda juga perlu memasamkan wajah anda sekitar 30 minit selepas mengaji itu, sekiranya dia gagal membaca dengan betul. Sebaliknya memesrakan lagi hubungan dengan gurau senda dan sebagainya jika bacaannya betul.

6. Berikan sesuatu yang menyukakannya dan apabila dia bertanya; "Mengapa ayah atau ibu belikan ini?", jawablah; "Sebab kamu pandai mengaji."

7. Sentiasa memberi kata peransang kepada anak anda " belajar mengaji rajin-rajin, dapat banyak pahala, nanti bila ibu dan ayah sudah tiada, kamu boleh selalu bacakan untuk doakan ibu dan ayah agar tenang dan masuk syurga".

8. Biasakan diri memberi hadiah kepada anak anda pada perkara yang berbentuk keagamaan, seperti songkok baru, telekung, muqaddam, tasbih, jubah mahupun Al Quran.

9. Cuba gunakan elemen lembut sebagai asas pengajaran, latihlah anak anda mengaji kerana suka bukan kerana terpaksa mahupun takut. Seringkali mengajar anak anda membaca surah-surah Al Quran sebelum tidur mereka.

 

Teringat masa kecil-kecil dulu, lepas solat maghrib mak ajar mengaji tapi tangan sebelah pegang lidi, tangan sebelah lagi pegang rotan ;-) Semoga info ini membantu. Selamat mendidik..!
 
 
 
 
~ Wassalam ~
 
 
 
 
Rizali Masri
\(^_*)/
 
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here