Salam kepada semua pembaca yang dihormati sekalian, rasanya agak lama saya tidak 'update' website saya atas sebab kesibukan yang melanda. Selalu buka tetapi jarang menaip entry =( By the way, apa inti entry untuk kali ini adalah berkaitan daya imaginasi kita yang kreatif mampu menjadikan sesuatu perkara itu menjadi lebih menarik. Itulah kelebihan buat mereka yang kreatif =) Disini saya kongsikan antara benda yang kita mampu lakukan dengan hanya menggunakan barangan terpakai untuk menjadi sesuatu produk yang kreatif.
Tahukah anda bahawa otak kita adalah sesuatu yang jauh nilainya dari wang ringgit jika kita bijak menggunakannya. Dengan minda yang kreatif kita mampu melakukakan sesuatu yang sukar dijangkakan terutama ketika dalam kemelut masalah. Sentiasa praktikan dan seringkali mengasah otak kita agar sentiasa menjadi kreatif. Anda akan rasa perbezaannya jika minda anda kreatif =)
Lampu Tidur Dari Kotak Kertas

Hiasan Arnab Dari Piring Polisterin

Kolam Mini Dari Tayar Kereta

Hiasan Dari Botol Kaca

Hiasan Dinding Dan Lampu Dari Sudu Dan Kotak Plastik

Bungkusan Cup Cakes Dari Botol Plastik Minuman

Botol Plastik Kepada Pasu Bunga Hiasan

Penyangkut Baju Dawai Di Ubah Menjadi Penyangkut Kasut

Hiasan Dinding Menarik Dari Gelung Tape Terpakai

Hiasan Dari Botol Plastik Terbuang

Hiasan Bunga Dari Cawan Polisterin

Tempat Letak Pensel Dari Kayu Terpakai

Paling Kreatif Hiasan Ruang Tamu Dan Bilik Menggunakan Kayu Pallet

Menarik bukan contoh-contoh di atas..? Yang menariknya adalah ianya menggunakan bahan terbuang dengan tidak menggunakan kos yang mahal. Daya kreativiti minda kita adalah terbentuk hasil dari gabungan saraf otak kita berfungsi dengan menghasilkan sebuah imaginasi yang terdapat dalam memori otak kita. Jika kita sering menggunakan minda kita dengan baik dan sering menggunakannya, ianya akan menjadi lebih baik dari biasa berbanding mereka yang tidak suka menggunakan otak mereka untuk berfikir. Pemikiran kreatif juga adalah cetusan idea / ilham yang boleh dijana dengan sering membayangkan sesuatu yang dapat di imaginasikan oleh otak kita. Kepada anda di luar sana, rajin-rajinkanlah menggunakan otak anda untuk mengimaginasikan sesuatu perkara yang menarik seumpama ini. In shaa Allah berkesan =) ~
~ Sekian, Wassalam ~
Rizali Masri
\(^_*)/
kreatif la
ReplyDelete