ads top

Fakta Pelik Tapi Menarik



FAKTA PELIK TAPI MENARIK
                                         
1. Pada tahun 1990, sekumpulan jurutera telah memecahkan batu terakhir di dalam terowong kereta api dasar laut yang dibina merentasi Selat Inggeris. Dengan siapnya terowong dari England ke Perancis itu, bermakna Britain dan tanah besar Eropah yang dahulunya bercantum (pada Zaman Ais) telah dapat disatukan semula.

2. Angsa-angsa di England adalah harta Permaisuri.

3. Perkataan ‘cop’ berasal daripada ‘Constable on Patrol’ yang sering digunakan oleh anggota polis di England.

4. Bukan saja ular, malah manusia juga ‘bersalin kulit’. Seumur hidup, kita ‘bersalin kulit’ kira-kira 1,000 kali, iaitu apabila sel-sel kulit yang mati digantikan dengan yang baru.

5. Terdapat sebuah tempat yang menakutkan di Gurun Durango, Mexico yang dipanggil Zon Sunyi. Apabila berada di sana, anda tidak akan dapat menerima isyarat televisyen mahupun radio dengan dengan jelas. Selain itu, penduduk di kawasan tersebut mendakwa sering melihat bebola api misteri yang tiba-tiba muncul di angkasa.

6. Semasa era Victoria, terdapat ketakutan yang melampau jika manusia dikebumikan sebelum ia ‘benar-benar sudah mati’. Jadi, apabila seseorang dianggap sudah meninggal dunia, satu lubang kecil akan digali dari keranda ke permukaan tanah. Kemudian seutas tali akan diikat pada tangan mayat yang disambung kepada sebiji lonceng kecil tapi kuat bunyinya. Ini dilakukan supaya apabila seseorang yang dikebumikan itu masih hidup, mereka boleh membunyikan lonceng tersebut dan orang yang ditugaskan menjaga kubur tersebut (24jam setiap hari!) akan menggali pusara berkenaan dan membawa mereka keluar.

7. Satu kebakaran besar telah berlaku di London pada tahun 1666 menyebabkan separuh daripada kota raya itu musnah. Namun peliknya, hanya enam orang saja yang cedera dalam malapetaka tersebut.

8. Pada zaman Pertengahan dahulu, mahkamah tertinggi di Perancis telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seekor lembu kerana didapati bersalah mencederakan seorang manusia.

9. Di Turki, warna yang melambangkan kesedihan ialah ungu. Pemilihan warna ini memang aneh kerana di kebanyakan tempat di dunia, warna berkabung ialah putih dan hitam.

10. Gerard Hommel sudah enam kali mendaki gunung Everest. Baginya ketinggian, terjatuh, kesejukan dan cedera adalah masalah kecil. Gerard hanya menyedari hakikat bahaya jatuh pada Oktober 1993, apabila beliau terjatuh dari tangga semasa hendak menukar mentol lampu dapur di rumahnya, di Nantes, Perancis. Gerard mati dalam kejadian itu selepas tengkorak kepalanya retak akibat terhantuk pada sinki.

 Fakta Pelik Tapi Tak Menarik
 

 Serba sedikit info menarik untuk menambah pengetahuan kita bersama =) Terima Kasih.



~ Wassalam ~





Rizali Masri
\(^_*)/

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here