ads top

Khasiat Jus Buah Untuk Kesihatan




Jenis Buah Dan Khasiat Jus Kesihatan

Ramai dari kita yang suka minum jus buah kan..? Tapi tak kurang juga yang tahu akan khasiat buah-buah ini terutama khasiatnya. Suka saya kongsikan disini 10 jus buah yang terbaik untuk kesihatan anda. Selain rasanya yang sedap, ianya juga mengandungi banyak khasiat =)

1. DELIMA
Buah ini kaya akan antioksida. Jus delima merupakan buah yang paling sihat sebab kandungan antioksida yang paling lengkap dan beragam berbanding dengan buah2 yang lain. Antioksida bermanfaat untuk mencegah barah dan penuaan .
 
2. ANGGUR
Buah ini juga kaya dengan antioksida. Rasanya agak masam bercampur manis. ia membuktikan bahawa anggur sesuai untuk menjaga kesihatan jantung dan mengurangi tekanan darah tinggi.

3. BLUEBERRY
Buah-buahan kelompok berry juga kaya antioksida dan vitamin C dan serat. Antioksida dan vitamin dalam blueberry sesuai untuk menyembuhkan radang sel tubuh dan otak yang disebabkan oleh proses penuaan

4. CERI HITAM
Ceri hitam termasuk keluarga berry yang terkenal dengan antioksidanya. Juga mengandung vitamin C berdos tinggi. Kajian membuktikan bahwa kandungan nutrisi ceri sesuai untuk mengurangi radang otot yang disebabkan terlalu kerap berolahraga.

5. ACAI BERI
Di luar negeri, buah ini dinamakan The New Superfood. Ini kerana khasiatnya yang sesuai untuk membantu mengurangi berbagai jenis barah.

6. OREN
Jus oren paling banyak penggemarnya di dunia. Selain kerana rasanya, juga kerana kebaikannya. Selain mengandung antioksida, oren juga padat vitamin C. Nutrisi ini bagus untuk otot, kulit, peredaran darah, dan pertumbuhan tulang (limau mengandungi kalsium).

7. EPAL
Segelas jus epal segar setiap hari sama lah dengan jantung yang sihat. Epal mengandungi banyak fitonutrien yang mampu memecah kolesterol jahat di dalam tubuh. Epal juga kaya serat dan vitamin C.

8. TOMATO
Tomato juga mengandung fitonutrien, iaitu likopen dan betakaroten. Keduanya termasuk antioksidan yang kuat. Tomato juga mengandungi vitamin E yang bagus untuk kulit. Kandungan nutrisi dalam tomato bagus untuk menurunkan tekanan darah dan sebagai daya tahan tubuh.

9. CARROT
Kandungan vitamin A pada carrot lebih tinggi berbanding buah lain. Selain itu buah ini juga merupakan sumber vitamin B, mineral, kalsium, klorina, zat besi, magnesium, sodium, sulfur alami. Semuanya baik untuk menjaga metabolisme tubuh supaya bekerja dengan baik.

10. STRAWBERI
Buah berwarna merah segar ini mengandung elagik yang dapat mengurangkan risiko berkembangnya barah. Kandungan kalium dalam stroberi juga dapat mengendalikan tekanan darah tinggi. Strawberi juga mengandung zat besi yang berfungsi mengaktifkan sel darah merah.


Itulah antara jus buah yang membantu memelihara kesihatan tubuh badan kita. Kalau ada lagi jus buah yang biasa anda amalkan, jangan lupa kongsikan k..! Jom minum jus!




~ Wassalam ~




Rizali Masri
\(^_*)/


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here