Kebakaran Hutan Di Indonesia
Punca Jerebu 2013
Sejak beberapa hari lalu, jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan
semakin memburuk. Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut
di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas
di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia,
terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.
Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum
kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu
ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang
tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini. Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.
Imej dari Riauterkini.com bertarikh 18 Jun 2013 menunjukkan kebakaran yang tidak mampu dipadamkan. Cuaca kering mengakibatkan pembakaran terbuka tidak terkawal turut memusnahkan ladang-ladang kelapa sawit yang sedia ada oleh kerana tanah wilayah tersebut adalah dari jenis gambut.
Imej dari Riauterkini.com bertarikh
19 Jun 2013 ini pula menunjukkan seorang petugas berusaha memadam
kebakaran yang memusnahkan sebuah ladang sawit.
Adakalanya adalah tidak adil untuk terus menuduh aktiviti pembakaran terbuka sebagai punca kerana musim kemarau dan kepanasan bumi di tanah gambut di sana mampu menyebabkan kebakaran dengan sendirinya. Ini juga berlaku di beberapa kawasan dalam negeri Selangor. Siapa yang mahu membakar kebun sendiri seperti di atas?
Namun, Indonesia menyebut, aktiviti pembakaran terbuka turut melibatkan syarikat perladangan Malaysia dan Singapura. Karikatur di bawah menterjemahkan sindiran tersebut.
Dan sememangnya pembakaran terbuka untuk pembukaan tanah ada berlaku di Riau seperti imej tidak bertarikh di bawah :
Sehingga semalam, jumlah titik panas di Riau terus meningkat dari 123
empat hari lalu kepada 194 semalam, namun tiupan angin barat tidak
membawanya ke Kuala Lumpur melainkan ke Melaka, Johor dan Singapura buat
masa ini. Namun tiupan angin tersebut boleh berubah bila-bila masa
kerana tiupan tetapnya dalam monsun ini ialah dari barat daya Maka
dengan tepatnya ia mengarah ke Lembah Klang. Jadi? Bersedialah.
Semoga info yang dikongsikan dapat memberi maklumat berguna kepada semua pembaca. Sekian ~
~ Wassalam ~
Rizali Masri
\(^_*)/
0 respons pembaca:
Post a Comment
Hi everyone .. please leave your comment here