ads top

Program Minda Kreatif Sekolah 2013


Program Motivasi Minda Kreatif Sekolah 2013

Sesi Program Jelajah Sekolah diteruskan kembali di sekolah-sekolah dan IPT. Kepada para guru dan pelajar yang dikasihi sekalian, program khas ini amat memberi impak kepada minda pelajar sekolah yang mana untuk menjadi insan berjaya, selain kualiti akademik yang diperlukan, kita juga memerlukan kualiti EQ dan modal insan yang berkualiti. Kehidupan kian mencabar, keperluan lain iaitu minda kita amat memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan yang cemerlang dan berjaya. Program ini bakal menjadi Anjakan Paradigma terhadap peranan minda kita agar menjadi lebih kreatif, inovatif, cekap dan naluri yang tinggi. Maklumat lengkap dan proposal akan diberi kepada sekolah-sekolah yang berminat untuk menganjurkan program ini. 


Motivasi Minda Kreatif | Motivasi Pelajar | Motivasi Keusahawanan Pelajar | Motivasi ICT |  Team Building Minda Kreatif 

Assalamualaikum WBT kepada para pendidik dan para pelajar yang dihormati lagi dikasihi sekalian, Avicena Coach akan menganjurkan program-program motivasi pelajar sekolah, Kem Minda Kreatif, Program Inovatif, Sahsiah Diri & Kerohanian, Kem Kembara, Team Building serta pelbagai seminar motivasi dan kursus kecemerlangan yang merangkumi pakej keperluan lengkap kepada anda sebagai seorang pelajar sekolah rendah, sekolah menengah mahupun pelajar kolej.

Avicena Sdn Bhd adalah merupakan Pembangun Sistem ICT, Pengurusan Latihan & Rundingan, Seminar dan Team Building untuk sektor swasta, sektor kerajaan, institusi pendidikan, sekolah dan individu. Banyak sekolah telah menyertai program motivasi kecemerlangan yang dikendalikan Avicena Coach, selain berpuluh syarikat swasta, badan korporat dan sektor kerajaan turut menggunakan khidmat pengurusan dan team building yang disediakan.
 
Kini ilmu, pengalaman dan kepakaran Avicena Coach dikongsi untuk menaiktaraf tahap IQ dan EQ pelajar dalam memajukan ummah dan meningkatkan prestasi kemajuan anak bangsa generasi melayu khususnya dalam menggembleng sahsiah diri, keyakinan diri, mental dan fizikal, ilmu kehidupan, kreatif inovatif dan banyak lagi. Kecemerlangan para pelajar merupakan aset penting dalam kemajuan sesebuah negara. Ianya berkait rapat dengan kualiti minda yang mapan dan matang.

Program Revolusi Minda Pelajar 2013  

Motivasi Pelajar | Minda Kreatif Inovatif | Menara Gading  

Program yang saya pecahkan kepada 3 kategori utama seperti di atas dirancang mampu meningkatkan prestasi pelajar sekolah dengan teknik, kaedah, tips dan pengisian yang padat dalam memastikan matlamat dan hasrat "Revolusi Minda Kreatif Pelajar Ke Menara Gading" tercapai dengan jayanya. Minda kreatif sangat berpotensi tinggi untuk dikembangkan di negara kita. Banyak ciptaan inovasi dan rekacipta terkini adalah bermula dengan pemikiran yang kreatif. Kepada para guru dan ibu bapa, jangan lepaskan peluang seumpama ini dalam memajukan pemikiran anak-anak anda supaya sentiasa KREATIF, kepada pelajar yang berminat juga boleh mengutarakan hasrat ini kepada pengurusan sekolah di tempat adik-adik belajar ~ 

Khas buat para pendidik dan sekolah-sekolah yang berminat untuk menganjurkan program motivasi dan kursus keusahawanan pelajar, Kursus ICT, mahupun ingin melihat pelajar sekolah anda berfikiran kreatif dan berminda pintar, boleh hubungi Avicena untuk penganjuran program ini di sekolah tuan/puan. Semoga ilmu dan pengalaman yang disampaikan bakal mampu membimbing anak-anak anda, para pelajar ke arah yang jauh lebih membina dan positif serta memiliki potensi daya pemikiran yang cemerlang dan terbilang. Sila hubungi / SMS di 012-7140210 atau emelkan ke metafora.global@gmail.com untuk tempahan dan sebarang pertanyaan Program Jelajah Sekolah Kreatif 2013. Sekian, Terima Kasih

"Ilmu itu amat penting dalam memajukan diri, amal pula ibarat jentera yang menggerakkannya, tanpa ilmu siapalah amal, tanpa amalan dari ilmu itu pula tiada ertinya"


 
~ wassalam ~





Rizali Masri
\(^_*)/

  

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here