ads top

Fikiran Perlukan Bimbingan


Akal fikiran adalah suatu kurniaan yang tidak ternilai harganya, dengan akal fikiran kita mampu menilai baik atau buruk sesuatu perkara dan menjadi seorang insan yang berjaya. Jangan pernah kita sia-siakan akal fikiran yang dikurniakan ini dengan perkara yang membawa kemusnahan dan keburukan buat diri kita sendiri. Ajari fikiran kita dengan perkara positif, didik fikiran kita dengan kebaikan dan kejayaan. Asah ketajaman fikiran kita dengan bijaksana.
 
Fikiran memerlukan bimbingan dan panduan. Fikiran tidak mampu menjadi undang-undang yang sempurna dan mutlak bagi dilaksanakan untuk memenuhi semua bangsa, golongan, keadaan dan tempat. Tanpa bimbingan, manusia akan hidup dalam kehinaan, perkelahian yang tiada noktah, kehidupan tanpa arah dan kehancuran diri, bangsa, negara dan dunia yang kelak membinasakan kita semua.

Cara kita menguruskan fikiran masing-masing adalah merupakan isu paling penting dalam mencapai segala apa yang kita impikan. Akal membimbing kepada penumpuan matlamat. Kita yang tidak dapat mengurus dan mengarahkan fikiran kita dengan betul ke arah yang ingin kita capai dalam hidup ini samalah seperti kita tidak memahami apa yang sebenarnya kita fikirkan.


 
Photo: BIMBING FIKIRAN SEBAIKNYA

Fikiran  memerlukan bimbingan dan panduan. Fikiran tidak mampu menjadi undang-undang yang sempurna dan mutlak bagi dilaksanakan untuk memenuhi semua bangsa, golongan, keadaan dan tempat. Tanpa bimbingan, manusia akan hidup dalam kehinaan, perkelahian yang tiada noktah, kehidupan tanpa arah dan kehancuran diri, bangsa, negara dan dunia.

Cara kita menguruskan fikiran masing-masing merupakan isu paling penting dalam mencapai segala apa yang kita impikan. Kita yang tidak dapat mengurus dan mengarahkan fikiran kita dengan betul ke arah yang ingin kita capai dalam hidup ini samalah seperti kita tidak memahami apa yang sebenarnya kita fikirkan.

Apakah kita yang sentiasa tidak yakin bahawa kita boleh mengawal kehidupan kita, boleh mencapai apa yang kita impikan ?

Kita hanya menunggu "orang lain" mengalah dan berfikir bahawa sekiranya orang lain itu mengalah dan memberi kepada kita apa yang kita inginkan, barulah kita akan berjaya. Kita sebenar sedang melakukan kesilapan yang sangat besar.

Hakikatnya tidak terdapat istilah "kita" atau "orang lain" dalam perkara sebegini. Yang ada hanyalah diri kita sendiri. Dan kita hanya mendapat apa yang kita harapkan. Kita boleh memperolehi apa yang kita hajati tanpa perlu menafikan sesuatu kepada orang lain.

Pada keseluruhannya, pengurusan fikiran yang baik itu amat penting bagi setiap individu kerana ia membolehkan kita mengunakan masa seharian dengan sebaik-baik dan sebijak-bijaknya bagi mencapai matlamat seharian kita.
 
Apakah kita yang sentiasa tidak yakin bahawa kita boleh mengawal kehidupan kita, boleh mencapai apa yang kita impikan..?

Kita hanya menunggu "orang lain" mengalah dan berfikir bahawa sekiranya orang lain itu mengalah dan memberi kepada kita apa yang kita inginkan, barulah kita akan berjaya. Kita sebenarnya sedang melakukan kesilapan yang sangat besar.

Hakikatnya tidak terdapat istilah "kita" atau "orang lain" dalam perkara sebegini. Yang ada hanyalah diri kita sendiri. Dan kita hanya mendapat apa yang kita harapkan. Kita boleh memperolehi apa yang kita hajati tanpa perlu menafikan sesuatu kepada orang lain. Kerana untuk mencapai matlamat, hanya diri sendiri yang mampu melaksanakannya.

Pada keseluruhannya, pengurusan fikiran yang baik itu amat penting bagi setiap individu kerana ia membolehkan kita mengunakan masa seharian dengan sebaik-baik dan sebijak-bijaknya bagi mencapai matlamat seharian kita.


Tiada yang mustahil di dunia ini, slogan ini agak lama dan motif yang ingin disampaikan sangat mendalam. "Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti menghampiri kejayaan, jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu". Lagu yang pernah saya dengar sewaktu di bangku sekolah rendah ini menjadi inspirasi untuk setiap kita mencapai kejayaan yang cemerlang. Oleh itu, bimbinglah fikiran kita sebaik mungkin, pupuk cintakan kejayaan dalam diri.


~ Wassalam ~




\(^_*)/
Rizali Masri

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here