ads top

Kunci Membuka Pintu Kehidupan

KUNCI MEMBUKA PINTU KEHIDUPAN
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi lagi dihormati sekalian, tips hari ini adalah berkaitan sebuah kisah yang boleh kita jadikan contoh agar sama-sama beroleh pengajaran dan motivasi buat diri kita dalam membuka pintu kehidupan. Semoga kisah yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat membaca =)

Ada dua beradik tinggal di sebuah rumah sewa. Selama lebih setahun, setiap pagi, kedua-duanya pergi kerja bersama-sama. Oleh kerana si abang pulang kerja lebih awal, maka sebagai adik, dia tidak pernah bimbang tentang bagaimana membuka pintu rumah bila pulang, sehingga dia merasa tidak perlu membawa kunci pendua.

Suatu hari, secara kebetulan, si adik pulang lebih dulu dari kebiasaannya. Sesampai di rumah, dia hanya duduk depan pintu sambil sesekali menatap ke jalan, menunggu abangnya pulang membawa kunci. Tetapi lama ditunggu, ditunggu dan tunggu, berjam-jam kemudian, barulah abangnya pulang. Melihat adiknya lesu menunggu di depan pintu, si abang bertanya dengan rasa hairan, " Mengapa kamu duduk di sini?

"Adiknya menjawab, " Aku tidak bawa kunci rumah."Si abang hanya tersenyum tanpa bicara lagi. Dengan ringan, dia sentuh daun pintu, kemudian... terbukalah pintunya. Ternyata selama ini pintunya tidak berkunci rupanya!Si adik sebegitu lama termanggu di depan pintu hanya kerana dia tidak ingin cuba menyentuh daun pintu rumah tersebut.

Hidup ini memiliki banyak pintu, entah ada atau tanpa kunci.Entah ia terkunci atau hanya tertutup.Semua pintu mesti dicuba untuk membukanya. Walaupun setelah dicuba ternyata pintu terkunci,Tentunya kita pasti akan terus mencuba untuk membuka pintu belakang pula.

Jikapun ternyata semua pintu terkunci, masih ada jendela, kan?Dan jika jendela juga telah terkunci,maka kita masih boleh bertenang seketika untuk mencari jalan ikhtiar. Tetapi kenapa kita memilih hanya duduk dalam kebingungan di pintu hadapan...?

Cerita ini, menerangkan pada kita bahawa di dunia ini tidak ada yang namanya masalah yang tidak boleh diselesaikan. Semua hanya kerana kita sering "tidak ingin” menyelesaikannya, tidak ingin mencuba, enggan bertanya, enggan bergerak, sehingga masalah tidak juga selesai-selesai.

Renungkanlah...  
Pintu kehidupan kita, siapakah patut membukanya?
Siapa memegang "kuncinya"?
Perlukah kita menanti orang lain membukanya...?

Tidakkah kita cuba bertanya jalan keluar dari orang lain atau kita hanya lari dari masalah itu sehingga meragut semua hari-hari indah yang sebenarnya ada atau tanpa masalah hari ini akan tetap berlalu juga. Sahabatku, hidup tanpa masalah itu bukan kehidupan. Tapi, adalah tugas kita mengendalikannya, bukan kita yang dikendalikan oleh masalah itu tadi...!
 


~ Wassalam ~




Rizali Masri
\(^_*)/

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here