ads top

Gambar Adalah Inspirasi Diri


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian, untuk entri kali ini saya ingin berkongsi tentang "Gambar Adalah Inspirasi Diri". Walaupun saya bukanlah seorang pro fotografer, hanya sekadar minat dan belajar sendiri selain dari hobi lain mencipta lagu dan bermain gitar. Ianya adalah sesuatu yang membuat diri saya menjadi puas. Mungkin ramai antara kita turut mempunyai pelbagai hobi, minat ataupun bakat terpendam. Oleh itu, luahkan segala yang ada dalam diri anda untuk kepuasan diri sendiri. 

Kebiasaannya ilham setiap orang berbeza dan tidak sama. Namun, pemikiran dan olahannya mempunyai kebarangkalian yang hampir sama. Minat atau daya tarikan biasanya bukanlah semulajadi, tetapi ianya melibatkan pengaruh persekitaran hidup kita. Misalnya, contoh yang paling mudah ialah saya tiada sebarang asas fotografi, tetapi suka melihat foto-foto yang berseni, namun olahan saya tidaklah sehebat mana kerana saya lebih meminati foto-foto yang bercirikan alam semulajadi. Gambar-gambar alam ini adalah suatu kurniaan yang tiada ternilai harganya dan setiap keindahan ciptaan Allah Yang Maha Esa itu tersembunyi seribu satu persoalan. Setiap gambar yang ditangkap oleh seseorang fotografer itu juga pasti tersembunyi pelbagai makna tersirat dan nilai seni buat pemiliknya.

Gambar-gambar dibawah ini saya tangkap sendiri semasa kami sedang menunggu bot untuk memancing di tengah pulau sempadan perairan Johor-Singapura, memandangkan ada masa terluang sebelum menunggu bot tiba, saya sempat menangkap gambar berlatar belakangkan mentari, pantai dan pulau-pulau berdekataan. Ianya suatu anugerah alam yang cukup memberi seribu inspirasi buat saya. Ini adalah antara koleksi gambar yang dapat saya kongsikan semasa kembara memancing saya di sebuah pulau pada cuti hujung minggu lepas :-)


 "Tuhan, Pantaskah Syurga Untuk Ku"
Gambar Ini Menginspirasikan  Saya Akan Keagungan Ciptaan Allah SWT Yang Begitu Indah Dan Betapa Kerdilnya Diri Ini Di Mata Sang Pencipta


"Menggapai Sinar Mentari" 
Capailah Impian Dan Cita-Cita Walau Seribu Halangan Melanda, Walau Terpaksa Mengharungi Ombak Dan Badai. Kemenangan Adalah Milik Kita


 "Pada-Mu Jua Aku Berserah" 
Serahkanlah Segala Ketentuan Qada' & Qadar Hanya Pada Sang Pencipta


"Sinar-Mu Tetap Muncul Walau Aku Memencil Diri"
 Gambar Ini Ditangkap Semasa Saya Diatas Pulau Tidak Berpenghuni, Sebuah Pulau Yang Ditumbuhi Pokok-Pokok & Dikelilingi Batu


"Monolog Kehidupan Masa Depan"
Menginspirasikan Sebuah Kejayaan Dari Sebuah Ketenangan


"Kau Datang Dan Pergi"
Menginspirasikan Ombak Dan Pantai, Walau Badai Menghempas Namun Tetap Tidak Dapat Dipisah Antara Pantai, Laut Dan Buih-Buih Lembut. Itulah Asas Perjalanan Hidup Kita


"Saat Aku Berduka, Kau Hadirkan Sinar-Mu"
Menginspirasikan Dikala Kita Ditimpa Musibah, Sang Pencipta Tetap Hadirkan Sinar-Nya Untuk Menerangi Kegelapan Yang Melanda.


"Mentari Muncul Lagi"
Gapailah Mentari Selagi Ia Masih Muncul Setiap Hari Sebelum Menyinsing Dari Ufuk Barat



Semoga gambar yang saya tangkap ini turut memberikan inspirasi buat diri anda dan kita semua serta memberi seribu makna yang tersirat kerana olahan tafsiran dan setiap gambar yang dilihat mampu menghasilkan pelbagai takrifan dan persepsi berbeza. Jika anda ingin tokok tambah atau tafsirkan pandangan anda, kongsilah dengan saya juga ya :-) Semoga entri kali ini turut memberi inspirasi, motivasi dan juga muhasabah diri buat kita semua. Sekian ~


Wassalam




Rizali Masri
\(^_*)/











Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here