Fibroid adalah salah satu jenis
penyakit yang berkaitan dengan rahim. Kebiasaannya, fibroid terjadi
kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam
lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut
(mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau
putus haid. Kebanyakan wanita yang mengalami fibroid tidak mempunyai
gejala atau tanda-tanda. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang mungkin
menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan
bilangan fibroid.
Antara gejala yang sering dialami
oleh penghidap fibroid adalah perubahan haid yang banyak, sakit semasa
hubungan seks, mungkin kerap membuang air kecil dan juga air besar,
pembesaran dalam rahim dan perut, keguguran dan infertiliti. Ini adalah
kerana fibroid yang membesar kebiasaannya akan memberikan tekanan pada
organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan
hujung usus (rektum). Akibatnya, seseorang wanita akan mengalami masalah
kencing seperti kerap kali hendak kencing, sering kali tidak dapat
mengawal kencing atau kadang-kadang sukar untuk kencing. Jika hal ini
berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan
menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada
pundi kencing. Apabila ini berlaku, wanita itu akan berasa pedih atau
sakit ketika kencing. Apabila fibroid menekan pada usus pula, ia akan
menyebabkan simptom seperti sembelit atau sukar untuk membuang air
besar.
Ada fibroid yang mencetuskan gejala
dan ada juga yang berlaku tanpa sebarang gejala. Gejala wanita mengalami
fibroid adalah berdasarkan lokasi fibroid itu sendiri. Lokasi fibroid
akan memberikan gejala kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi
gejala yang dialami oleh seseorang itu dan sesetengah kes, rawatannya
berbeza-beza. Ada sesetengah pesakit yang menghidap fibroid mengalami
perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan setiap kali mereka mengalami
haid dan kadangkala mereka juga mungkin mengalami masalah
ketidaksuburan atau infertiliti.
Punca Fibroid antara punca infertiliti dalam kalangan kaum wanita. Saya akur bahawa perkataan infertiliti sudah cukup untuk menyalakan api ketakutan bagi pasangan suami isteri yang mengimpikan cahaya mata lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum mempunyai anak. Begitu jugalah masalah fibroid dalam kalangan kaum wanita, ia pasti akan menimbulkan seribu kerisauan dalam hati mereka. Akan tetapi, harus diingatkan tidak semua wanita yang menghidap fibroid akan mengalami masalah infertiliti. Jika berlaku, maklumat dan pengetahuan mengenai permasalahan tersebut dan cara rawatan perlu dicari. Seterusnya, penghidap hendaklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat, menjalani pemeriksaan dan berbincang tentang perawatan yang dapat ditawarkan.
Tidak semestinya semua wanita yang
mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga
wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mengandung. Lebih kurang lima
peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid jenis submukosa
atau fibroid yang besar mempunyai kesukaran untuk mengandung kerana
kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan sukar
untuk penempelan janin pada dinding rahim.
Sukar Sekiranya
fibroid itu terlalu besar, ia juga akan menyebabkan salur Fallopio
tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk hamil. Kadang kala ia juga
boleh menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak normal seperti
songsang, melintang atau sebagainya. Adakalanya fibroid menyekat
kelahiran bayi kerana pertumbuhannya terlalu besar dan tidak membolehkan
kepala bayi turun ke rongga pelvik. Tidak
semua wanita mengalami gejala seperti disebutkan itu. Fibroid yang
kecil tidak memberikan sebarang gejala dan tidak memerlukan sebarang
rawatan. Akan tetapi, jika seorang wanita mempunyai salah satu gejala
yang telah disebutkan itu, tidak semestinya dia menghidap fibroid.
~ Wassalam ~
Rizali Masri
\(^_*)/
0 respons pembaca:
Post a Comment
Hi everyone .. please leave your comment here