ads top

Hari Tiupan Sangkakala

 

Gambaran Grafik Sangkakala Para Pengkaji


SANGKAKALA : Serunai atau alat bunyian yang dicipta oleh Allah dan diamanahkan kepada Malaikat Israfil untuk mematikan seluruh manusia di akhir zaman dan membangkitkan kembali seluruh manusia di Padang Mahsyar.

Sangkakala itu berbentuk tanduk dan ditiup oleh Malaikat Israfil. Mengikut hadis, malaikat sudah ready (bersedia) untuk meniup, hanya menunggu arahan sahaja.

Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: “Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan.” Saya bertanya: “Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?” Jawab Rasullullah s.a.w.: “Bagaikan tanduk dari cahaya.”

Malaikat Israfil akan ditugaskan meniup sangkakala kerana menurut perintah dari Allah. Firman Allah.

Maksudnya: “Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya);… QS. Az-Zumar [68]


Sangkakala Pertama

Tiupan sangkakala yang pertama untuk mematikan adalah perlahan, makin lama makin kuat. Masa ini orang Islam sudah tiada, dimatikan dengan angin. Saintis, orang kafir dan fasik mencari-cari punca bunci itu dengan segala teknologi yang canggih masa itu. Mereka mula takut dan panik, akhirnya “heart fail”, jantung mereka berhenti berdenyut dan matilah.

…kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya);…

Kecuali Malaikat Jibrail, Mikail, Israfil. Izrail dan 8 Malaikat yang memikul arasy.

Al-Haqqa [17] Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu

Arasy ini makhluk Allah yang terbesar.

Malaikat Izrail (malaikat maut) yang terakhir sekali mati, dia mencabut nyawanya sendiri. Ada juga riwayat yang mengatakan Jibrail yang terakhir mati. Dua-duanya betul. Jibrail malaikat yang terakhir mati berbanding malaikat dan makhluk lain. Izrail yang terakhir mati kerana tugasnya mengambil nyawa. Mereka mati bukan melalui tiupan sangkakala, tetapi dicabut nyawa.


Sangkakala Kedua

Az-Zumar [68]……….kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta-merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: “Diantara dua kali tiupan sangkakala itu jaraknya empat puluh tahun (Tiupan untuk mematikan dan membangkitkan semula). Kemudian Allah s.w.t. menurunkan hujan air bagaikan mani orang lelaki, maka timbullah orang-orang mati bagaikan timbulnya tanaman (sayur-sayuran).“

Dalam masa 40 tahun itu, dihapuskan bukit-bukau dan diratakan bumi ini seperti roti:-

Ta-Ha[106] Lalu Dia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin. [107] Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi.

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat nanti bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti yang dilambungkan oleh Tuhan Yang Maha Perkasa…..

Az-Zumar [68]……….kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta-merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).

Tiupan yang kedua adalah untuk membangkitkan semula. Pada masa ini manusia sudah siap untuk bangun setelah dihidupkan kembali. Allah s.w.t. menurunkan hujan air bagaikan mani lelaki pekatnya dan warna kekuningan seperti air benih perempuan untuk menghidupkan kembali manusia dan makhluknya.

Fatir [9]…..lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati).

Setelah hujan selama sebulan siang dan malam, air masuk ke dalam bumi untuk memulihkan kembali manusia dengan air hujan yang masuk melalui tulang sulbi mereka (yang tidak dihancurkan). 


 Ilustrasi Teori Big Bang

Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat dan menyedarkan kita semua akan dekatnya Hari Tiupan Sangkakala ini. Semoga kita semua mendapat perlindungan dari Allah S.W.T disaat kiamat kelak dan diselamatakan dari azab neraka jahanam.. amiin ~


~ Wassalam ~



Rizali Masri
\(^_*)/


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here