
SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin
yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa
ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu
berpengaruh. Hukum
mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka
diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya. Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat
Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada
waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk
atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam
lingkungan keluarga.
Kesan
jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang
itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh. Umumnya,
kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit
disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera
atau jampi.
Bacaan
dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia
bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan
akidah. Jika
seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang
dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya. Penurunan
ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang
tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau
tombak.
Syaitan
akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat
ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi
pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta
benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia. Pelbagai
kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana
kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah
SWT.
Antara
kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit
ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada
jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal. Situasi
lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka
yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya. Gangguan
saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga
atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.
Bagi
mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan
makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang
menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan. Pengamal
Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka
adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk
mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui
perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).
Saka
berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan
manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak. “Jin
berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal
dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang
dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit,
toyol dan sebagainya,” katanya.
Beliau
berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan
punya saka berkenaan. “Selepas
nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas
roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang
itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.
“Apabila
jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang
yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk
mencari pewaris baru,” katanya. Sharhan
berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi
tertentu yang diambil daripada si mati.“Saka
turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang
peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah
tinggal serumah bersama si mati.
“Selain
itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek
pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti
solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat
kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya. Beliau
berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang
diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat
hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin
itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di
udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah. “Jenis
jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah
dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.
Sharhan
berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit
yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara
meragukan. “Kebanyakan
mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan
menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik. “Malah
jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.

Beliau
berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka
dengan berkat keizinan Allah SWT. “Segala
bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar
yakin Allah yang menyembuhkan. “Antaranya
boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum
tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan
membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali
melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,”
katanya.
Petanda Seseorang Mempunyai Saka
Gejala Waktu Tidur
- Susah
tidur malam.
- Sering
terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
- Mimpi
buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang
mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa
mendengarnya.
- Mimpi
perkara menakutkan dan menyeramkan.
- Mimpi
melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
- Bunyi
gigi berlaga ketika tidur.
- Ketawa,
menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
- Berdiri
dan berjalan ketika tidur.
- Mimpi
jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi
berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
- Mimpi
melihat budak kecil.
- Mimpi
melihat salib atau gereja.
- Merintih
dan menangis ketika tidur.
Gejala Waktu Jaga
- Selalu
pening kepala.
- Lalai
mengingati Allah SWT
- Sering
lesu dan malas.
- Rasa
sakit di salah satu anggota badan.
- Sakit
di belakang terutamanya tulang belakang.
- Lenguh
sendi-sendi utama.
- Mempunyai
ketumbuhan yang sukar diubati.
- Mudah
panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
- Jiwa
sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
- Mudah
marah dan panas baran.
- Emosional
dan terlalu sensitif.
- Terasa
seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
- Sentiasa
mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
~ Wassalam ~
Rizali Masri
\(^_*)/
I am really inspirеd along with уour writing
ReplyDeleteskills and also with the laуout to youг blοg.
Ӏs this a p&X61;id subjеct oг did you customize
it your self? E&X69;ther way s&X74;ay up the nice quality
writing, it is гаrе to seе a nicе weblog like this one nowadays..
my web-sitе - north face pas cher