Mahu Keputusan Segera, Jangan Cepat Putus Asa!
Masyarakat kita sekarang banyak dipengaruhi oleh media massa dan pengiklanan yang mengharapkan
keputusan yang cepat dan segera. Maka mereka mahukan ia SEKARANG dan
ingin melihat keputusan serta-merta dalam satu sesi, satu hari, satu
minggu, satu tajuk buku dan lain-lain lagi. Jika mereka tidak dapat
keputusan segera, mereka akan hilang semangat dan berputus asa. Keputusan segera adalah tidak mustahil, tetapi kadangkala anda
memerlukan masa tambahan untuk selarikan tenaga anda dengan keinginan
anda. Jika anda tidak dapat selarikan tenaga anda dengan betul, anda
mungkin tidak dapat mencapai matlamat anda.
Kemahuan untuk
mendapat keputusan atau ganjaran yang segera selalunya membuatkan
seseorang itu mengambil masa untuk selarikan tenaga mereka. Jadi
sebenarnya ia mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai matlamat
yang mereka inginkan.
Penyakit ‘PUTUS ASA’ pun antara menjadi faktor
kegagalan. Ini berpunca daripada keinginan untuk mendapat hasil,
ganjaran dan keputusan yang segera. Salah satu daripada sebab mengapa
anda berputus asa terlalu cepat adalah kerana anda melihat kepada
halangan-halangan dan cabaran-cabaran yang sementara sebagai bukti dan
alasan, mengapa anda tidak boleh mencapai matlamat anda.
Apabila ianya terjadi anda menyalahkan diri anda sendiri, ataupun
program-program pembangunan diri, kursus-kursus motivasi, seminar, buku
dan lain-lain lagi sebagai penyebab ketidakupayaan anda untuk mencapai
matlamat dan anda akan berputus asa dengan cepat.
Putus asa
ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain.
Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana
putus asa. Semuanya bermula daripada putus asa. Jangan biarkan rasa
putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang
lain. Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus
harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum
matinya.
Jangan bersedih hati, teruslah berjuang walau
rintangan banyak menghadang. Jangan cepat menyerah dan teruslah
berjuang. Perbaiki apa yang kurang dan perbanyak muhasabah diri. Berkali
kita gagal, lekaslah bangkit dan cari akal, berkali kita jatuh, lekas
berdiri dan jangan mengeluh. Orang hebat adalah orang yang selalu
belajar dan belajar dari kegagalan yang dialaminya.
Semoga kita sentiasa pelajari dan terus berusaha tanpa mengenal lelah dalam mengejar cita-cita dan impian kita. Jadilah manusia yang kental, tabah dan cekal agar anda tidak kecundang di tengah jalan, nescaya kejayaan sedang menanti di hadapan anda. Teruskan perjuangan..!! Sekian, Terima Kasih.
~ Wassalam ~
Rizali Masri
\(^_*)/
Hi there Dear, are you truly visiting this website on a regular
ReplyDeletebasis, if so then you will definitely get pleasant knowledge.
abnehmtabletten (downtownknoxville.org)