ads top

Teknik Pecutan Terakhir Sebelum Exam


Teknik Pecutan Terakhir Sebelum Exam

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi tips dan teknik dalam menghadapi peperiksaan. Beberapa teknik yang mampu dilakukan ketika anda berada di akhir-akhir masa sebelum menduduki peperiksaan. Bagi pelajar yang masih menuntut, anda tidak boleh lari daripada peperiksaan. Dalam ingin berjaya, tidak kira siapa pun anda, peperiksaan adalah suatu perkara yang wajib ditempuh.

Dalam hidup pun ada ujian-ujiannya. Dan semua itu jika mampu dijalani dengan secemerlang yang mungkin, in shaa Allah anda akan menjadi manusia yang paling berjaya di atas muka bumi ini. Hidup adalah ujian, hanya bagi mereka yang sabar dan tabah hadapinya dan dapat mengatasi segala ujian hidup pastinya kejayaan dunia dan akhirat sangat memberi makna buat kita.

Fokus saya pada kali ini adalah untuk berkongsi 6 tips penting buat semua pelajar-pelajar yang masih menuntut. Tidak kira di sekolah mahu pun di IPT. Bagaimanakah persediaan terbaik yang perlu mereka lakukan untuk baki sebulan atau seminggu terakhir sebelum peperiksaan.


Ini yang saya sebut sebagai tips pecutan terakhir!

1. Senarai pendek semua tajuk yang telah dipelajari

Langkah pertama dalam persediaan pecutan terakhir ini ialah dengan menyenaraikan kesemua tajuk yang telah anda pelajari sepanjang tahun. Senarai tajuk sahaja. Dari sini, anda akan nampak gambaran awal sejauh mana anda perlu memecut. Seberapa banyak kelajuan yang anda perlukan untuk menghabiskan kesemua tajuk berkenaan dalam masa yang anda ada.

2. Tandakan soalan-soalan yang lazim keluar dalam peperiksaan

Ambil pen atau apa-apa pensel warna, dan kemudian tandakan bahagian mana yang penting daripada tajuk-tajuk yang anda senaraikan tadi. Bab-bab yang penting ini bermakna bab-bab yang sering keluar dalam peperiksaan. Jangan tandakan semuanya. Ambil yang benar-benar kerap keluar dalam exam. Biasanya, soalan-soalan yang keluar dalam peperiksaan adalah berulang-ulang. Ia berulang sebab memang perkara itu yang amat perlu untuk difahami dan dikuasai untuk alam pekerjaan nanti (bagi mahasiswa) dan penting sebagai pengetahuan masa depan anda suatu hari nanti (bagi pelajar sekolah).

3. Semak semula nota anda

Sebelum membaca buku-buku rujukan atau bab-bab yang lazim keluar dalam peperiksaan, baca dulu nota yang anda tulis sejak awal tahun. Nota ini perlu dibaca dulu sebab biasanya nota ini ditulis dengan ringkas. Dapatkan dulu gambaran awal tentang kesemua bab yang perlu ditekankan. Baca semua bab sepintas lalu. Tak perlu memfokus pada satu-satu bab. Pada level ini, anda hanya perlu memahamkan sahaja dulu, bukan untuk menghafalnya.

4. Baca bab-bab dan tajuk yang sering keluar dalam peperiksaan yang lepas

Setelah anda membaca sekali imbas kesemua tajuk yang anda pelajari di dalam nota tulisan anda, mulakan pembacaan secara fokus kepada soalan-soalan penting sahaja. Sebenarnya, tidak semua yang anda pelajari dari awal tahun itu benar-benar penting. Ada bab hanya untuk anda fahami konsepnya sahaja. Ada bab lain untuk anda kuasai basicnya saja. Dan yang sesetengahnya pula memang amat-amat penting untuk anda kuasai. Dan bab-bab seperti inilah yang acap kali keluar dalam peperiksaan. Jadi, jangan sampai terlepas pandang. Mesti baca. Mulakan pembacaan secara fokus dengan bab-bab yang sering keluar dalam peperiksaan!

5. Buat soalan-soalan peperiksaan tahun lepas

Selepas anda membaca secara fokus kesemua bab yang sering keluar dalam peperiksaan, buat pula latihan-latihan soalan peperiksaan tahun-tahun yang sudah. Ini penting untuk membiasakan anda dengan format dan situasi sebenar di dalam peperiksaan nanti.

6. Rumuskan apa yang dipelajari

Langkah yang terakhir ini amat penting. Rumusan pembelajaran bermakna, anda perlu semak semua senarai bab-bab yang anda pelajari sepanjang tahun. Perhatikan senarai itu betul-betul. Mana-mana bab yang anda belum ulangkali, iaitu bab-bab yang jarang keluar dalam exam, time ni anda perlu tengok. Baca semula. Fahami konsepnya secara mudah. Kemudian, akhiri studi anda khususnya di malam-malam peperiksaan dengan bab-bab yang lazimnya keluar dalam peperiksaan sahaja. Ulang pembacaannnya berulang-ulang kali.


Saya doakan anda yang sedang sibuk menjalani peperiksaan, buat anda yang sedang bertungkus lumus membuat persediaan untuk exam, selamat berusaha, selamat menempuh peperiksaan. Salam kejayaan!


~ Wassalam ~



Rizali Masri



Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here