HAJI : Menurut bahasa ertinya berkunjung ke suatu tempat yang mulia dan dimuliakan, manakala menurut syarak bermaksud mengunjungi Ka'abah (Baitullahil Haram) dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah dengan syarat-syarat yang tertentu, rukun-rukun yang tertentu dan masa yang tertentu.
Syarat Wajib Haji
- Islam
- Baligh (Kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan, cuma sunat sahaja)
- Sihat akal fikiran (tidak wajib bagi orang-orang gila)
- Merderka, tidak diwajibkan kepada hamba (termasuk orang dipenjara)
- Mampu (berkuasa melakukannya, tidak wajib bagi orang yang tak mampu dari segi kewangan, kesihatan dan tidak ada halangan yang menghalang di dalam perjalanan sehingga boleh seseorang boleh sampai kepadanya)
Pengertian mampu
Mampu itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu;
Mampu binafsi, iaitu mampu mengerjakan dengan sendiri; mempunyai bekalan yang cukup untuk pergi dan balik serta nafkah bagi keluarga yang ditinggalkan tanpa berhutang. mempunyai kenderaan yang baik yang boleh menyampai kepadanya dalam waktu haji. Bagi wanita ada bersamanya mahram, atau wanita lain yang diyakini baik akhlaknya.
Mampu Istita'ah, iaitu mampu dengan pertolongan orang lain.
Dalil Wajib Haji
Firman Allah s.w.t: Ali Imran : 97.
Mampu binafsi, iaitu mampu mengerjakan dengan sendiri; mempunyai bekalan yang cukup untuk pergi dan balik serta nafkah bagi keluarga yang ditinggalkan tanpa berhutang. mempunyai kenderaan yang baik yang boleh menyampai kepadanya dalam waktu haji. Bagi wanita ada bersamanya mahram, atau wanita lain yang diyakini baik akhlaknya.
Mampu Istita'ah, iaitu mampu dengan pertolongan orang lain.
Dalil Wajib Haji
Firman Allah s.w.t: Ali Imran : 97.

Maksudnya: "Di
situ ada tanda-tanda keterangan Yang nyata (yang menunjukkan
kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan sesiapa Yang
masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. dan Allah mewajibkan manusia
mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang
mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa Yang kufur (ingkarkan kewajipan
Ibadat Haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan
sesuatu pun) dari sekalian makhluk".
Haji wajib dikerjakan
bagi orang-orang yang cukup segala syaratnya hanya sekali seumur hidup.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Aqra'
bin Habis berkata: Ya Rasulullah! Apakah haji itu wajib dikerjakan
tiap-tiap tahun, atau cukup hanya sekali sahaja? Jawab Rasulullah: "Ya,
yang wajib hanya sekali sahaja; maka sesiapa yang menambahnya itu adalah
sunat".
Jenis-Jenis Haji
Haji terbahagi kepada 3 jenis, iaitu: Haji Ifrad, Haji Tamattuk dan Haji Qiran.
Haji Ifrad
Mengerjakan haji dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan umrah.
Haji Tamattuk
Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan
haji pada tahun yang sama. Cara ini dikehendaki seseorang itu berniat
ihram umrah sahaja dan ditunaikan segala rukun-rukun umrah serta perkara
wajibnya.
Cara ini dikenakan dam mengikut syarat-syaratnya. Mengikut
Mazhab Syafie Haji Ifrad adalah lebih afdhal dengan syarat hendaklah
dikerjakan umrah dalam tahun itu juga. Ini merupakan haji yang terbaik
sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w., kerana memberi lebih
keringanan dalam pekerjaan haji kepada yang melakukannya.

Haji Qiran
Cara melakukan Haji Qiran terbahagi kepada 2 cara;
Pertama: Berniat mengerjakan Haji dan Umrah serentak dalam bulan-bulan haji dengan mengerjakan amalan-amalan haji sahaja.
Kedua : Berniat mengerjakan umrah sahaja, tetapi sebelum tawaf berniat mengerjakan haji.

Semoga segala info yang dikongsikan ini banyak memberi manfaat berguna kepada kita semua. Selamat menunaikan ibadah Haji dan Selamat Menyambut Eidul Adha 2013H/1434M. Semoga segala pengorbanan para rasul dan nabi-nabi menjadi panduan dalam hidup kita dalam menjadi kehidupan sebagai hamba Allah di bumi bertuah ini. Sekian...
~ Wassalam ~
Rizali Masri
\(^_*)/
0 respons pembaca:
Post a Comment
Hi everyone .. please leave your comment here