ads top

Tafsir Mimpi Berkaitan Peristiwa


1- Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
   
2 - Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

3- Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

4- Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
 
5- Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

6- Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

7- Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

8- Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

9- Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

10- Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaanyang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

11- Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

12- Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

 13- Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

15- Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

16- Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

17- Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

18- Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan
diakhiri dengan kejayaan

19- Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

20- Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan

21- Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

22- Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

23- Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala. 23.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

24- Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

25- Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

26- Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

27- Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

28- Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

29- Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berdukacita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

30- Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

31- Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

32- Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

33- Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

34- Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

35- Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

36- Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

37- Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

38- Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

39- Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

40- Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan
sempurna

41- Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

42- Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

43- Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik 

44- Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya
dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang
beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

45- Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

46- Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

47- Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

48- Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w 

49- Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

50- Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

51- Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna

52- Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung

53- Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar

54- Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri

55- Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit

56- Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan
memperoleh harta atau anak

57- Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh

58- Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan

59- Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak


Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur (gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh. Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui.




~ Wassalam ~



 Rizali Masri
\(^_*)/


~ Teruskan Membaca ~
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

3 respons pembaca:

  1. Klu mimpi tntg knk2 yg ad dgn kta. Tp kta xknl bdk tu then bilaa kita nk tggl dia ..budak tu mnangis. Kta mrsa sedih sma. Skli sedar dr tdo mmg dh nangis..nangis smpy susah nk stop

    ReplyDelete
  2. Saya bermimpi
    Rumah perlindungan yg diasaskan ibu angkat saya dah tak cukup ruang. Saya pula ada dalam sebuat rumah kosong yg luas. Mulanya saya taj tau nak buat apa dgn rmh kosong tu. Bila dapat perkhabaram tu saya offer rumah kosong tu yg sy tau ianya saya punya..

    Kemudian datang beberapa lelaki nak gotong royong urus rumah tu. Salah seorangnya kawan sekerja sy dulu masa sebelum saya brenti kerja.dia tu ustaz. Datang dgn t- shirt hijau zamrud tanpa kopiah. Wajahnya serius. Dia beritahu saya, " Imran tu ada masalah kerja ke? Cakap kat dia memang macam tu lah kerja". Dia kata macam tu sebab lihat suami saya dtg dgn kereta putih, tapi muka cemberut stress. Suami saya pula datang, ambil makanan yg dihidang utk org yg gotong royong dan duduk kat tepi kereta. Saya datang dan lihat ada dua pinggan berisi makanan dan dua org budak perempuan antara darjah 6 - tgkatan 2 dlm kereta, segih kat saya.

    Sorang panjat dari depan kereta ke belkang, sorang lagi baring dalam keadaan menggoda tapi saya tak pedulikan mereka walaupun tertanya2.. saya duduk sebelah suami yg masih cemberut dan tengah makan. Saya cuba sampaikan ape yg ustaz tu beritahu, tapi setiap kali saya bersuara, suara saya tak mau keluar.. bila test cakap perkara lain, boleh ada suara, tapi bila nk sampaikan pesanan tu, suara saya tersekat di kerongkong. Saya cuba teran suara macam mana pun ia tak keluar juga.

    Akhirnya suami naik kereta tu dn seolah2 ajak saya naik tanpa berkata apa. Mukanya masih garang. Saya tiba2 nampak kereta suami tu da pecut, nampak belakang kereta je dan saya terjumpa seorang budak lelaki darjah satu yg berjalan kebingungan. Saya tanya rumah kat mana pun dia masih tunjuk wajah blur..

    Lepas tu saya terjaga.

    ReplyDelete
  3. Assalam..kalau mimpi melihat lelaki solat di atas sejadah..dalam rumah..dan lelaki itu llki yg diminati.ada maksud tak?

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here