Kisah
Ikhtibar - Bersedekah Pasti Ada Ganjarannya
Salam
sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi.. Allahu Rabbi, ini adalah satu contoh
kisah tauladan yang sangat bermanfaat kepada kita semua sehingga mampu
menitiskan air mata. Semoga ianya menyedarkan kita betapa beruntungnya jika
kita sentiasa bersedekah dan tidak membezakan orang lain biarpun kita bukannya
orang kaya. Tanamkan rasa syukur dan pemurah dalam diri, in shaa Allah akan
datang ganjaran berlipat ganda. Berbuat baiklah sesama makhluk Allah ~
******
Pagi
tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara
menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang
menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik
yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat
singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
Duduk
bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa
pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu
lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi.
Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun
balas tunggu sekejap.
Pakcik
tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih
nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila
tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik.
Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada
apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti
customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang
ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe
pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul
ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka
kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam
hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak
mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu.
"Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom."
Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih
meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku
tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega
tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada
pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau
cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke
ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik
dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa
masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan
pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...
Pakcik
tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku
menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga
RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00.
Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam
dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak
tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet
TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c
lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu
kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah
dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik
kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang
agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku
dengar suara "amin...." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling
ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun
mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa
sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini
rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu
sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik
tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan
ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada
pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati
pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam
tu.
Nak
tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang
bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang
rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat
pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka
helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu
aku dalam kesusahan...
Ya
Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
(Copy
pasted - Warta Dari Hati)
*** Semua adalah gambar hiasan semata-mata..
Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah SWT. Semoga perkongsian ini sangat memberi manfaat dan tauladan kepada kita semua, in shaa Allah. Sekian...
Rizali Masri
\(^_*)/
0 respons pembaca:
Post a Comment
Hi everyone .. please leave your comment here