ads top

Etika Kepimpinan Dalam Pengurusan



Tugasan utama semua pengurus samada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan adalah menjanakan hasil yang maksima melalui peningkatan produktiviti dan kualiti pengeluaran. Kebanyakan pengurus pertengahan atau penyelia berpendapat bahawa ianya merupakan tugas dan tanggungjawab kumpulan Pengurusan atasan sahaja.
  • Fahaman sebegini adalah tidak benar kerana ianya merupakan tanggungjawab bersama bagi semua peringkat pengurusan.
  • Pengurus melaksanakan tugasan hariannya dengan melibatkan orang lain, di dalam sesebuah organisasi. Tugas tugas ini meliputi membuat keputusan, mengagihkan sumber sumber dan mengarah pelaksanaan aktiviti aktiviti bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi.
  • Semua pengurus samada pengurus besar atau pengurus dalam bidang kerja yang khusus adalah terlibat dalam melaksanakan fungsi fungsi merancang, mengatur, mengarah dan mengawal. Fungsi fungsi ini kadangkala dilaksanakan tanpa disedari, khususnya di peringkat pengurusan bawahan kerana ianya dianggap sebagai tugas rutin harian mereka.
Carta Pengurusan  Konsep Hajmar
Pengurusan secara umum merupakan pencapaian objektif melalui mereka yang lain manakala pentadbiran menumpukan kepada pelaksanaan kerja yang terperinci. Walaupun demikian, pengurusan kadangkala dikenali juga sebagai pentadbir, terutama dalam organisasi yang berbentuk perkhidmatan dan bukan yang bersifat keuntungan. Kepimpinan pula boleh ditakrifkan sebagai kebolehan untuk mempengaruhi kumpulan pekerja untuk mencapai matlamat matlamat yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi.

2. Pengurus Sebagai Pemimpin

  • Untuk membolehkan seseorang pengurus itu berjaya, beberapa sifat kepimpinan perlu ada pada diri individu itu. Ini termasuklah mempunyai cita cita, cerdik, yakin pada diri sendiri, keinginan untuk mengetahui, berpengetahuan mengenai kerja dan kreatif.
  • Pengurus juga harus mempunyai daya motivasi yang tinggi dan fleksible, dan sifat peribadinya hendaklah boleh diterima oleh mereka yang dipimpin.
  • Pengurus hendaklah merupakan seorang yang berwibawa, mampu membuat keputusan yang bijak dalam masa yang singkat, sanggup menghadapi risiko dan boleh dicontohi oleh staf yang lain dalam semua aspek samada peribadi atau cara kepimpinannya. Dengan itu, pengurus yang berjaya hendaklah juga mempuyai daya kempimpinan yang tinggi.
  • Ramai berpendapat bahawa faktor penting dalam kejayaan kepimpinan ialah gaya seseorang itu memimpin. Keberkesanan kepimpinan adalah juga bergantung kepada hubungan di antara pemimpin dan yang dipimpin, struktur tugas dan kuasa yang ada pada pemimpin itu.
Terdapat tiga (3) kategori pengurus dalam sesebuah organisasi :
  1. Pengurus yang perlu dipimpin
  2. Pengurus yang tidak memimpin
  3. Pengurus yang memimpin
  • Bagi kategori pertama di mana pengurus bukan sahaja tidak menjalankan tugas memimpin tetapi juga perlu dipimpin. Kebiasaan pengurus dalam kategori ini merupakan mereka yang baru memegang jawatan, dan dalam jangka masa terdekat akan berubah ke dalam kategori pengurus yang lain pula.
  • Kadangkala ada juga pengurus yang tidak memimpin atau lemah dalam segi kepimpinan. Biasanya pengurus seperti ini tidak berjaya kerana tidak mampu memberi dorongan kepada pekerja pekerja bawahan dan tidak mengambil endah memotivasikan staf bawahan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti sesuatu pengeluaran atau perkhidmatan.
  • Pengurus dalam kumpulan ini mempunyai sifat peribadi yang lemah dan tidak dihormati oleh pekerja pekerja yang lain. Ini boleh terjadi samada seseorang pengurus itu sememangnya bersifat lemah dan kurang daya kreativiti atau mereka kecewa kerana tidak mendapat sesuatu yang diharapkan.
Apa yang perlu ditekankan ialah bagi mencapai hasil yang maksima dan cemerlang, seorang pengurus itu hendaklah mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, mampu menunjukkan jalan, memberi dorongan dan mempunyai banyak idea- idea yang berkesan dan kreatif. Kejayaan sesebuah organisasi itu bergantung rapat kepada bilangan pengurus yang tergolong dalam kategori ini.
Untuk melaksanakan tugas sebagai ketua dalam sesebuah organisasi, seseorang individu perlulah mempunyai kebolehan mengurus dan juga memimpin dengan cekap dan efektif.

Jendela Pengurusan Konsep MAR
Dalam jendela pengurusan MAR (lihat gambarajah atas), dapat juga dilihat bahawa seseorang itu boleh mengurus tetapi tidak boleh memimpin dan ianya dikelaskan sebagai ketua yang lemah. Begitu juga terdapat seseorang ketua yang ada bakat untuk memimpin tetapi dalam keadaan sebenarnya dia tidak mengurus dan ianya boleh dikategorikan sebagai seorang pekerja yang berbakat. Terdapat juga kadangkala seorang ketua yang tidak mengurus dan tidak memimpin, dan dengan itu ianya layak menjadi pekerja biasa sahaja.

Perkara ini boleh terjadi kerana pelantikannya sebagai ketua tidak didedahkan kepada aspek-aspek pengurusan atau beliau merupakan seorang ketua yang kecewa kerana sesuatu sebab dan tidak lagi mahu mengurus serta memimpin staf bawahan.


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here