ads top

Inspirasi Pedoman Kehidupan



Inspirasi Kata Pedoman Buat Mu

1] Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usah resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usah lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.

2] Keagungan peribadi anda terletak pada kesediaan anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat.

3] Satu perkara yang membuat kejahatan bermaharajalela dimuka bumi ini ialah kerana orang yang baik tidak mahu berbuat apa-apa! Berusaha lah, sementara kamu ada kesempatan, dan jangan lah menunggu,sehingga kita dalam kesempitan.

4] Yang terbiasa hidup susah, tidak pernah gentar dengan kesusahannya.Yang terbiasa hidup senang,merasa takut untuk menempuh kesusahan yang tidak pernah dialaminya. Beringatlah..

5] Jalan yang lurus dan lebar tidak semestinya akan menghasilkan pemandu yang cekap. Lautan yang tenang dan tidak bergelora bukan penentu melahirkan pelaut yang handal.

6] Kita akan rasa gembira bila dapat ‘menipu’ orang lain, Tapi jangan kita lupa, orang yang pertama kita ‘tipu’ adalah diri kita sendiri!

7] Yang terdetik, tergerak didalam hati menjadi penunjang setiap perbuatan, berusahalah selagi terdaya menjadi yang terbaik, dan selalu minta pertunjuk! Agar tercapai citamu...


8] Orang yang paling berani bukanlah orang yang berani mati tetapi orang yang berani hidup..!

9] Kalau saya ditanya bilakah kita dikatakan sudah berjaya dalam hidup? Saya akan menjawab "Saya berjaya dalam hidup apabila semua cabaran dan dugaan dalam hidup ini telah berjaya saya harungi."

10] Jika engkau ingin mengubah darjat duniamu, engkau perlu mengubahnya dengan usaha. Tetapi jika engkau ingin mengubah darjat akhiratmu, engkau perlu mengubahnya dengan IMAN.

11] Kadang-kadang hatimu tersalah menduga ujianNYA sehingga menganggap DIA tidak mempedulikanmu. Ketahuilah, DIA mendengar jelas setiap bait-bait doamu dan percayalah bahawa DIA tidak menganiayaimu tetapi DIA sedang mengujimu.

12] Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik, meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik. Ingatlah, sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.

13] Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

14] Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

15] Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

16] Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

17] Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

18] Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.



 ~ Wassalam ~




Rizali Masri
\(^_*)/

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here