ads top

Kita Harus Mencontohi Negara Jepun

Negara Jepun, nama yang tidak asing lagi di mata dunia. Jepun merupakan di antara negara paling pesat membangun dan terkaya di dunia. Lihat sajalah jika berlaku bencana alam seperti tsunami dan sebagainya, dalam masa cuma beberapa bulan mereka mampu membangunkan bandar yang telah musnah hampir 80% ini seperti sedia kala semula. Mari kita kaji faktor yang dimiliki rakyat Jepun.  



Berikut adalah 10 Sebab Negara Jepun Mencapai Kemajuan Pesat : Jepun

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak / etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan / failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi / watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation).

3. Jepun walaupun salah satu negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan ke atas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/disterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.





Semoga antara faktor-faktor positif seumpama ini dapat digunapakai oleh rakyat khususnya Kerajaan Malaysia dalam menaiktaraf mindset rakyat agar modal insan dan kesedaran masyarakat seimbang dengan kemajuan negara. Tiada rasuah dan tiada beza pangkat atau darjat. Ketika darurat semuanya turun padang dan bersatu hati ketika menerima kurnia mahupun musibah. Cuma fenomena itu entah bila agaknya akan wujud di negara kita, Malaysia. Yang miskin semakin terdesak, yang kaya semakin mendesak. Itulah dunia ~






~ Wassalam ~ 




Rizali Masri
\(^_*)/


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here