ads top

Betapa Pentingnya Amalan Suka Membaca


Assalamualaikum, topik artikel kali ini adalah berkaitan dengan sikap membaca. Pastinya rata-rata dari kita suka membaca, samada menerusi pembacaan buku, pembacaan artikel di blog mahupun website dan tidak ketinggalan juga kepada anda yang sudi membaca artikel saya ini =) Justeru, sikap suka / rajin membaca ini banyak manfaatnya selain memberi kita informasi berguna dan menambahkan ilmu dalam diri. Namun, tidak ketinggalan juga andai saya katakan disini masih ramai juga antara kita diluar sana yang MALAS membaca dan suka mengambil mudah amalan rajin membaca ini. 

Ini adalah kerana apa yang dapat saya perhatikan masih ramai antara kita khususnya bangsa melayu yang lebih gemar membaca TAJUK berbanding HURAIAN dan seterusnya membuat kesimpulan sendiri tanpa mendalami inti kandungannya. Perkara seumpama ini kita dapat lihat pada ruangan facebook sesebuah artikel yang dikongsi dari blog / website. Terlalu ramai para pengkritik yang membuat komen dari andaian sendiri berdasarkan tajuk sahaja. Ianya suatu 'trend malang' kerana sikap malas membaca yang kian menular ini sangat merugikan kita sekiranya ia berterusan diamalkan. 

Contoh paling mudah, ketika anda dikehendaki menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah yang mempunyai 50 soalan mudah, dan kertas soalan tersebut mengandungi tajuk peperiksaan tetapi mempunyai arahan penyelesaian panjang yang menyatakan anda cuma perlu selesaikan soalan 30 hingga 50 sahaja dalam masa 30 minit. Disebabkan anda lebih suka membaca tajuk tetapi malas membaca arahan menjawab yang panjang itu akhirnya mengakibatkan anda gagal dalam peperiksaan..! Maka dengan itu, jadikan sikap suka membaca sebagai suatu amalan dalam diri. Jawab / komen sesuatu pendapat mahupun buah fikiran anda setelah memahami keseluruhan informasi itu dahulu. 


Kebanyakan orang begitu sibuk dengan kehidupannya sehingga tidak cukup waktu untuk membaca buku. Orang lebih senang menonton filem, televisyen atau bermain komputer. Padahal membaca tidak hanya memperkaya wawasan tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan minda dan otak. Rajin membaca dapat membuat seseorang itu kaya akan wawasan dan informasi yang penuh di gedung fikiran pembacanya. Teruskan membaca..

Selain itu, membaca untuk bermanfaat untuk otak dan kesihatan. Setidaknya ada 5 manfaat membaca untuk kesihatan, iaitu :

1. Melatih Otak - Salah satu keuntungan membaca buku adalah sebagai latihan otak dan fikiran. Membaca dapat membantu menjaga otak agar selalu menjalankan fungsinya secara sempurna. Saat membaca, otak dituntut untuk berpikir lebih sehingga dapat membuat orang semakin cerdas. Tapi untuk latihan otak ini, membaca buku harus dilakukan secara rutin. Ibarat enjin kereta yang lama tidak dihidupkan, ianya akan susah untuk hidup.

2. Meringankan Stress - Ia dimana stress adalah faktor risiko dari beberapa penyakit berbahaya. Keindahan bahasa dalam tulisan dapat memiliki kemampuan untuk menenangkan dan mengurangi stress, terutama membaca buku fiksyen sebelum tidur. Cara ini di anggap bagus untuk mengatasi masalah stress dan kemurungan.

3. Menjauhkan risiko penyakit Alzheimer (nyanyuk) - Membaca benar-benar dapat langsung meningkatkan daya ingatan otak. Ketika membaca, otak akan dirangsang dan stimulasi (rangsangan) secara teratur dapat membantu mencegah gangguan pada otak termasuk penyakit Alzheimer. Penelitian telah menunjukkan bahawa latihan otak seperti membaca buku atau majalah, bermain teka-teki silang kata, sudoku, dan lain-lain dapat menunda atau mencegah kehilangan memori. Menurut para peneliti, kegiatan ini merangsang sel-sel otak dapat terhubung dan tumbuh dengan lebih efisyen.

4. Mengembangkan pola tidur yang sehat - Bila anda terbiasa membaca buku sebelum tidur, maka itu bertindak sebagai alarm bagi tubuh dan mengirimkan signal bahawa sudah waktunya tidur. Ini akan membantu anda mendapatkan tidur nyenyak dan bangun segar di pagi hari.

5. Meningkatkan konsentrasi - Orang yang suka membaca akan memiliki otak yang lebih konsentrasi dan fokus. Kerana fokus ini, pembaca akan memiliki kemampuan untuk memiliki perhatian penuh dan lebih praktik dalam kehidupan. Ini juga mengembangkan keterampilan objektivitasi dan pengambilan keputusan. Jadi jangan hanya menghabiskan waktu berjam-jam untuk menonton televisyen atau bermain game komputer, tetapi juga luangkan waktu untuk membaca buku. Kebiasaan baik itu tidak hanya akan menyegarkan fikiran tetapi juga memberi manfaat untuk kesihatan dan kehidupan




Motivasi utama untuk kita membaca ialah niat kita mahu menjadi hamba yang taat kepada perintah tuannya - Allah SWT memerintahkan kita `IQRA - bacalah..!' makanya kita pun 'aku dengar dan aku patuh..!' Kepatuhan yang pasti tersedia ganjarannya kelak! Selamat beramal dan selamat mencuba menjadi seorang yang rajin membaca. Sekian

~ Wassalam ~


 \(^_*)/
Rizali Masri

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here