Fakta Saintifik. Tahukah Anda?
Kerdipan Mata, Boleh Merehatkan Otak Anda
Tahukah anda setiap kali kita mengerdipkan mata, otak kita pun
'terhenti seketika’. Berehat sekejap. Ini terjadi beberapa saat. Dan
kita mengerdipkan mata 15 hingga 20 kali
seminit. Jadi, 10% waktu jaga kita dihabiskan dengan mata kita
tertutup. Saintis dari Universiti Osaka Jepun mendapati bahawa kerdipan
adalah peluang bagi otak untuk 'Tidur Rehat' sekejap sebelum perhatian
dipulihkan semula. Sungguh menakjubkan kurniaan Allah ini.
Gula Punca Kegemukan 'OBESITI'
Kajian saintis mempercayai bahawa orang gemuk tidak merasa kenyang
walau sebanyak manapun mereka makan. Otak mereka sentiasa menginginkan
makanan yang berlemak, tinggi kalori dan gula bagi mendapatkan tenaga segera. Otak mereka menghantar mesej tersebut dengan melemahkan
keinginan untuk bergerak aktif dan bersenam. Tentangan leptin 'leptin
resistant' orang gemuk akan terus menginginkan makanan dan tak boleh
berhenti makan.
Apatah lagi berdiet. Kajian juga mengesahkan bahawa dengan mengambil kandungan gula yang banyak dalam apa jua makanan dan minuman, akan merangsang nafsu makan kita, begitu juga sebaliknya. Jika kita kurangkan gula, manisan, kek, kuih muih dan nasi, maka keinginan kita untuk terus makan akan berkurangan. Tukar cara pemakanan kita dari sekarang!
Apatah lagi berdiet. Kajian juga mengesahkan bahawa dengan mengambil kandungan gula yang banyak dalam apa jua makanan dan minuman, akan merangsang nafsu makan kita, begitu juga sebaliknya. Jika kita kurangkan gula, manisan, kek, kuih muih dan nasi, maka keinginan kita untuk terus makan akan berkurangan. Tukar cara pemakanan kita dari sekarang!
Berhenti Merokok Jika Mahu Melegakan TEKANAN!
Sebaliknya perokok sentiasa menyatakan bahawa merokok membantu mereka
menghindari tekanan. Malah beri kelegaan! Kajian telah dibuat pada 500
perokok sebelum dan selepas mereka berjaya berhenti merokok. Mereka
diberi 'nicotine Patches' dan pelbagai ujian sekian lama. Akhirnya para
pengkaji telah merumuskan bahawasanya merokok menyebabkan
ketegangan, kekhuatiran 'anxiety'. Kepercayaan yang mengatakan nikotin
membantu memberi ketenangan adalah suatu mitos! Kegagalan untuk berhenti merokok akan lebih memberi tekanan dan kemurungan, sakit jiwa.
Perubatan lain harus dicari. Kata orang, orang yang tidak merokok
adalah lebih tenang. fokus, wangi dan tidak membazir!
Pemikiran Separuh Sedar Kita Merupakan Pusat Janakuasa
Pemikiran separuh sedar kita yang menggerakkan urat
saraf dan anggota badan kita untuk bertindak menghasilkan keputusan.
Sekiranya kita memberi arahan matlamat yang berunsurkan kejayaan, maka
ia akan berfungsi sebagai mekanisme kejayaan dan begitu juga sebaliknya. Selamat mencuba..!!
~ Wassalam ~
Rizali Masri
\(^_*)/
0 respons pembaca:
Post a Comment
Hi everyone .. please leave your comment here