
GASTRIK sering dikaitkan dengan
keupayaan berpuasa. Namun, hakikatnya, penyakit ini boleh sembuh
sepenuhnya kerana sifat semula jadi lapisan membran perut yang mampu
membina semula sel lapisan yang terhakis dengan bantuan ubat dan rawatan
betul. Gastrik terjadi apabila selaput
dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Jenis Gastritis yang
menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat dipanggil gastritis akut.
Manakala gastrik berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun adalah
gastritis kronik.
Apabila terlalu banyak asid dan
lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis. -
Dr Sukumar Nadesan, Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal
Specialist Hospital Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal
Specialist Hospital, Dr Sukumar Nadesan berkata, jika radang perut
dibiarkan berlarutan, ia boleh menjadi bentuk gastritis yang lebih
serius iaitu ulser.
“Keadaan ini boleh menjejaskan perut
dan deodenum (usus kecil). Ada beberapa terminologi lain seperti
gastritis, gastrodeodonitis dan juga reflux (jeluak). “Apapun, ia masih berada dalam satu
lingkungan spektrum penyakit. Masalah utama penyakit ini adalah asid.
Keduanya kadangkala ada banyak asid dalam perut dan ia dilindungi oleh
satu lapisan membran.

“Apabila terlalu banyak asid dan
lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis,”
katanya ketika ditemui Sihat baru-baru ini. Lazimnya, kebanyakan mengalami
gastrik akibat jangkitan bakteria (Helicobacter pylori). Keduanya,
amalan pemakanan seperti terlalu kerap makan di luar, masa makan yang
tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah, makan terlalu
banyak dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok.
Mengamalkan pengambilan ubat penahan
sakit untuk merawat demam, sakit tulang, sakit belakang selain tekanan
hidup dan tempat kerja turut menyumbang kepada penyakit gastrik. Antara gejala lazim yang dialami
adalah sakit pada bahagian hulu hati dan pedih hingga naik ke bahagian
dada, loya, muntah, kadangkala sembelit dan cirit birit. Ramai juga
pesakit gastrik yang mengaitkannya dengan banyak angin dan kembung serta
hilang selera makan.
Sikap suka melengah-lengahkan
rawatan kerana takut menyebabkan keadaan menjadi bertambah serius dan
akhirnya pesakit terpaksa menerima rawatan kecemasan iaitu pembedahan.
Kes ini biasanya membabitkan pesakit yang mendapat serangan gastrik
waktu malam selepas parti atau tidak dapat tidur akibat jeluak asid.
Komplikasi gastrik yang melarat
sehingga menjadi ulser antaranya muntah, muntah darah atau buang air
besar berwarna gelap akibat pendarahan yang keluar melalui najis. Ada
juga kes yang serius sehingga dinding perut bocor akibat ulser dan
memerlukan pembedahan segera.
Dr Sukumar menjelaskan, ulser yang
dibiar terlalu lama boleh menyekat saluran perut. Ini kerana apabila
ulser menjadi kronik, ia akan menyempitkan saluran dekat bahagian
pylorus. Bgaimanapun dengan teknologi perubatan yang semakin moden,
peringkat akhir ulser dan gastrik masih boleh disembuhkan tanpa
pembedahan.
Ketika ini, jika pesakit datang
dengan pendarahan, pakar akan melakukan skop, menyuntik ubat dan terus
memberhentikan pendarahan. Jika ia diakibatkan bakteria, antibiotik
diberikan untuk membunuh bakteria. Ini kerana satu sifat semula jadi
perut yang menakjubkan ialah ia mampu membina semula sel selepas berlaku
hakisan pada lapisan perut dengan bantuan ubat tanpa meninggalkan
parut.
Ujian pula boleh dijalankan iaitu
dengan mengetahui latar belakang pesakit di mana ia boleh disahkan
secara diagnosis termasuk endoskop, ujian darah, ujian pernafasan, ujian
keasidan dan imbasan sinar-x. Berbanding gastrik kronik, jenis
gastrik akut iaitu mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria
Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit
lebih mudah dirawat. Ini kerana pengamal perubatan boleh mengesan punca
serangan itu. Ini bermakna doktor akan merawat gastrik dan mengelak
punca penyebab gastrik berkenaan.
Pesakit gastrik kronik, (kerap
mendapat serangan gastrik seperti setiap dua bulan) sukar untuk dirawat.
Lazimnya sebagai rawatan peringkat pertama pesakit akan dirawat dengan
pengambilan ubat-ubatan seperti ubat kapur yang berfungsi untuk
melemahkan asid.
Rawatan seterusnya jika langkah
pertama kurang berkesan ialah pengambilan H2 Blocker untuk mengurangkan
asid sehingga 50 peratus. Kaedah ini popular lima tahun lalu sebelum
Proton Pump Inhibitors (PPI) yang lebih kuat dosnya diperkenalkan. Hanya
dengan sebiji PPI setiap hari, sehingga 90 peratus asid mampu
dikurangkan.

Biarpun kini PPI dianggap sebagai
ubatan utama, kadar tersebar luas, penyakit gastrik yang semakin
meningkat terutama dengan pembangunan dan arus pemodenan yang pesat
seharusnya membimbangkan semua. Banyak perkara yang perlu diubah
terutama di kalangan pesakit gastrik kronik kerana ia membabitkan gaya
hidup yang sekian lama diamalkan.
“Perubahan gaya hidup adalah kunci
utama kepada kehidupan yang sihat dan bebas dari tekanan. Makan pada
waktunya, memilih diet yang seimbang, berhenti merokok dan minum arak
serta bersenam adalah cara terbaik untuk kekal cergas dan sihat.
Pesanan saya kepada pesakit yang
mengalami penyakit ini, janganlah terlalu tertekan dan merasa terdesak
untuk mendapatkan penawar secara serta merta. Kadangkala agak sukar
untuk sembuh secara serta merta, namun anda perlu bersabar, makan ubat
dan ikutlah saranan doktor,” kata Dr Sukumar.
Wassalam
Rizali Masri
\(^_*)/
0 respons pembaca:
Post a Comment
Hi everyone .. please leave your comment here