ads top

Motivasi | Jangan Dilupakan Ibubapa Kita

  
Motivasi | Jangan Dilupakan Ibubapa Kita

Di Jepun dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan. Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak terdaya sehingga tidak mampu di biayai kehidupan oleh anak-anaknya.

Pada suatu hari ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan, kerana si Ibu telah lumpuh dan terlalu uzur.

Si pemuda terus bergegas menyusuri hutan dan bukit bukau sambil menggendong ibunya. Si Ibu yang kelihatan tak berdaya berusaha menggapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.

Sesampai di dalam hutan yang sangat tebal, si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata-kata perpisahan sambil berusaha menahan air mata sedih kerana ternyata dia tidak menyangka sanggup melakukan perbuatan sebegini terhadap Ibunya.

Justeru si Ibu yang nampak tegar, dalam senyumnya dia berkata: “Wahai anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat, ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai  ke rumah” 

Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat kuat, kemudian langsung memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah.

Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal. 

Moral Of The Story : 

"Orang tua" bukan barang buangan yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya. Kerana pada saat engkau sukses atau saat engkau dalam keadaan susah, hanya ‘orang tua’ yang mengerti kita dan batinnya akan menderita kalau kita susah. ‘Orang tua’ kita tidak pernah meninggalkan kita, bagaimanapun keadaan kita, walaupun kita pernah kurang ajar kepada orang tua. 

Namun Bapa dan Ibu kita akan tetap mengasihi kita.. Semoga dengan perkongsian kisah ini dapat memberikan motivasi kepada kita semua bahawa jangan sesekali kita mensia-siakan kedua ibubapa kita walau apa cara sekalipun. Dalam kita semakin melupakan jasa-jasa dan pengorbanan mereka, mereka tetap sentiasa ingat kepada kita dari melahirkan, membesarkan dan juga mendoakan kesejahteraan anak mereka di dalam doa. Sekian..
 

~ Wassalam ~


Rizali Masri
\(^_*)/

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here