SOHO Tips Berniaga Di Rumah


Assalamualaikum, pastinya ramai yang sudah tidak asing lagi dengan perniagaan di rumah. Lebih spesifiknya adalah SOHO (Small Office Home Office). Kaedah ini semakin berkembang di Malaysia khususnya. Ianya mendapat sambutan kerana lebih efektif, memjimatkan minyak kenderaan, menjimatkan sewa pejabat, dan pelbagai sewaan lain yang semakin mahal. Apa yang diketengahkan adalah konsep ini sememangnya banyak memberi manfaat kepada anda yang ingin memulakan perniagaan dengan kos yang minima. Namun, terdapat beberapa tips dan peraturannya jika anda ingin memastikan usaha anda ini mendatangkan hasil. Ianya adalah beberapa tips agar apa yang anda lakukan berjalan lancar.

Menjalankan perniagaan dari rumah kini menjadi satu aktiviti yang tidak asing lagi bila makin ramai yang mula memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan keluarga hanya dari rumah.

 
  Perniagaan dari rumah? Satu impian untuk rama..?

Berikut adalah beberapa tips dan pesananan kepada anda yang ingin memulakan perniagaan dari rumah:

1. Jadual waktu – Anggap kerja dari rumah sama seperti kerja di pejabat. Pastikan anda mempunyai jadual waktu bekerja, mula pukul 9 dan tamat pukul 5. Sudah tentu, anda menjalankan perniagaan dari rumah kerana ingin lebih kelapangan masa untuk meguruskan isi rumah, bersama anak, memasak, dan sebagainya. Namun amay penting untuk anda menjaga jadual waktu anda sebaik mungkin dan menganggap perniagaan dari rumah juga punyai jadual waktu yang anda tetapkan.

2. Ruang yang tetap – Zaman ini, perniagaan dari rumah sering kali melibatkan Internet. Hasilkan satu ruang di rumah anda yang dinamaan “ruang kerja” di mana, apabila anda memasuki ruang tersebut, mindset anda adalah mindset melakukan perniagaan. Pada mulanya mungkin anda tidak dapat dedikasikan satu bilik khas untuk perniagaan, tetapi, mulakan dengan mungkin mendedikasikan satu sudut di rumah anda khas untuk anda masuki “zon perniagaan” anda!

3. Sokongan keluarga – Pastikan anda mendapat sokongan dan fahaman keluarga dalam menjalankan perniagaan dari rumah. Ertinya, apabila anda di ruang berniaga anda (zon perniagaan) di atas, ahli keluarga lain faham keadaan di mana anda tidak boleh diganggu. Latih anak-anak bahawa anda perlu bekerja di ruang itu dan tidak boleh diganggu. Mungkin bergilir bersama suami/isteri untuk menjaga anak-anak ketika masa menjalankan perniagaan.

Sememangnya menjalankan perniagaan dari rumah menjadi impian ramai. Namun, ia tetap mempunyai cabarannya. Dengan disiplin diri, serta sokongan keluarga, berniaga dari rumah bukan lagi satu impian- ia akan menjadi realiti! 

Semoga sedikit ilmu yang dikongsikan ini dapat memberi banyak manfaat berguna kepada anda di luar sana. Sama-sama kita praktikkan konsep ini agar ianya terus berkembang maju seiring perniagaan anda..! Sekian.


Wassalam



Rizali Masri
\(^_*)/


Cetak

No comments:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...