Teknik Asas Menguatkan Minda


Teknik Asas Menguatkan Minda

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian, disini ingin saya kongsikan 4 tips bagaimana hendak menguatkan minda kita yang tidak memerlukan sebarang kos. Anda mampu melatih dan membuatnya sendiri. Teruskan membaca dan selamat mencuba..!

Teknik 1: Banyakkan Berimaginasi

Selalulah imaginasikan sesuatu. Caranya, bayangkan sepertimana anda menonton sebuah filem. Lihat dengan jelas wajah orang-orang yang ada dalam imaginasi anda, bayangkan suasananya dengan jelas seperti sedang menonton sebuah filem. Jika anda rasa susah nak berimaginasi, banyakkan menghayati segala kejadian dan perkara yang dilihat mata anda.

Teknik 2: Banyakkan Berfikir

Lebih banyak anda gunakan tenaga mental, minda separa sedar akan jadi lebih kuat sebab ia dikerah untuk mengeluarkan idea-idea bagi penyelesaian masalah. Sama seperti otot fizikal. Makin banyak otot digunakan untuk mengangkat beban berat, makin kuatlah otot tu dan makin pejal. Banyakkan berfikir, cuma jangan berfikir tatkala tertekan. Berfikirlah dengan emosi tenang untuk menguatkan minda. Minda ibarat belakang parang, kalau selalu di asah pastinya lama-lama akan jadi tajam..!

Teknik 3:  Selalulah Bersihkan Hati, Sebersih Yang Boleh

Hati mempengaruhi minda separa sedar. Jika hati kotor, minda separa sedar akan jadi kotor dan gelap. Kesannya anda akan cepat rasa ragu, gelisah, gusar serta risau. Banyakkan berzikir sebab ia dapat membersihkan hati, 'double'kan dengan amalan beristighfar. In shaa Allah segala yang anda inginkan seolah-olah berada di depan mata.

4. Latih Diri Bertenang Sepanjang Masa

Be cool. Minda separa sedar menjadi kuat apabila emosi anda tenang. Minda akan makin bertambah-tambah kuat apabila anda bertambah-tambah tenang.

5. Sentiasa Melakukan Suatu Perkara Baru

Minda kita akan cepat bosan dan menjadi lembab jika kita asyik melakukan perkara yang sama setiap masa untuk tempoh masa yang lama. Oleh itu, sentiasa cuba untuk perbaiki mutu dan kualiti kerja atau perkara yang anda lakukan setiap hari. Tidak semestinya anda harus lakukan perkara baru yang berlainan setiap hari, contohnya anda memasak di rumah pun pastinya tidak akan sama setiap hari. Lainlah kalau anda masak maggie =) itupun anda boleh variasikan menu maggie semudah menambah telur goreng, sayur, berkuah ataupun cara hidangan yang berbeza.. Ya, pastikan ianya bukan maggie kosong diatas pinggan yang sama setiap hari.


Semoga dengan  beberapa tips dan teknik yang saya kongsikan ini dapat menambah ilmu dan manfaat berguna kepada anda semua. Setiap perkara yang baik dan mampu memberi faedah bersama adalah bagus sekiranya kita kongsikan kerana secara tidak langsung kita juga dapat 3 manfaat daripadanya.. pertama, saya menambah ilmu baru ke dalam memori otak saya, kedua, saya berkongsi ilmu bermanfaat kepada anda semua, dan ketiga.. saya berharap agar mendapat pahala kebaikan dari ilmu yang dikongsi. In shaa Allah =) Sekian

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA PELAJAR 2015

Kepada adik-adik pelajar samada di sekolah, kolej, matrikulasi, mahupun IPT. Sekiranya anda berminat untuk menganjurkan program-program motivasi, traansformasi minda kreatif, keusahawanan dan team building. Bolehlah hubungi/whatsapp saya di 012-7140210 atau emelkan ke metafora.global@gmail.com ATAU layari official website syarikat saya di www.metaglobeasia.com untuk sebarang makluman lebih jelas. Terima kasih.



~ Wassalam ~


Rizali Masri

Cetak

No comments:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...