ads top

Berani Berhadapan Dengan Risiko


 

BERANI MENANGGUNG RISIKO

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Berapa ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko dalam setiap tindakan kita?  Rasanya semakin ramai yang tidak berani kerana asyik terlalu banyak memikirkan perkara negatif dan risiko demi risiko. Biasanya mereka yang mempunyai impian dan matlamat yang besar sahaja yang berani mengambil risiko, kerana pada pandangan golongan ini risiko sentiasa ada di mana-mana. Cuma yang membezakannya adalah kecil ataupun besar sahaja. Contoh paling mudah, rumah 'blackout' waktu malam, jika kita tak berani keluar malam kerana takut risiko macam-macam maka kita takkan dapat ke kedai membeli lilin, lampu picit mahupun berusaha mencari punca 'blackout' tersebut. Maka bergelaplah anda sehingga pagi esoknya. Maka dengan ini, setiap perbuatan kita bakal berhadapan dengan risiko bergantung kepada keadaannya. Begitu juga jika kita inginkan sebuah kejayaan dalam hidup, jika besar impian dan matlamat maka besarlah juga risiko yang bakal kita hadapi.

Pepatah melayu ada menyebut " kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai". Maksudnya, kalau kita hidup tidak mahu berhadapan dengan risiko mungkin kita tidak akan kecapi apa yang orang lain mampu kecapi. Oleh itu, keluarkan minda negatif terhadap risiko dan ubah persepsi tersebut kepada cabaran atau 'level up' dalam diri. Ibarat bermain sebuah 'mario game', bila kita nak 'level up game stage' kita harus berhadapan dengan risiko berlawan dengan masa, nyawa, ketua penjahat dan sebagainya. Lagi tinggi level kita lagi susah cabarannya. Ianya konsep yang sama diaplikasikan dalam hidup, lagi tinggi tahap kejayaan kita maka lagi tinggilah cabaran dan risikonya.

Ada satu cerita yang ingin saya kongsikan disini. Trump berasa sedih apabila mendapat tahu Michelle Sorro, calon The Apprentice dari Los Angeles, sanggup keluar daripada rancangan itu apabila gagal dalam tugasan mingguannya. Trump tidak percaya pada apa yang didengarnya. Dia tidak percaya ada anak muda yang tidak berani menanggung risiko. Sedangkan, terdapat 50 000 lagi orang lain di luar sana yang berbaris berkilometer bagi menghadiri uji bakat.

Semua tahu, Trump pernah gagal dalam bisnes. Trump pernah muflis. Trump Casino pernah bankrap. Bukan sekali, tetapi tiga kali. Trump berkata, "Saya tidak suka dengan perkataan yang bermula dengan huruf 'B' itu." Nilai hutang Trump dengan sebuah bank pernah mencecah RM596 juta. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya. Semangatnya tetap teguh seperti batu karang. Kukuh seperti tugu negara yang utuh.

Berkaitan hal ini, Trump memberikan lima panduan seperti berikut :


1) Cantas fikiran negatif dan gantikannya dengan fikiran positif.


2) Sentiasa kekalkan fikiran positif setiap hari. Apabila berfikiran negatif, individu lain juga berfikiran negatif tentang kemampuan kita.


3) Serlahkan keyakinan diri. Terjun ke dalam medan para pesaing. Bermain dengan mereka bersama-sama di atas padang.


4) Buktikan kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan individu lain. Sentap status quo mereka dengan membuktikan betapa kita juga mampu.


5) Pecahkan tembok zon selesa dengan bergerak ke hadapan melalui momentum yang terhasil daripada berfikiran positif.


Ya. Hidup ini semuanya tentang risiko. Apa sahaja kita buat melibatkan risiko. Kita mungkin tidak payah melakukan apa-apa untuk mengelak risiko. Tetapi bolehkah kita dapat semudah itu? Hasilnya kita tidak memperolehi kemenangan. Kita tidak dapat merasai kemanisan buah kerana tidak berani memanjat. Kita tidak dapat menuju ke tempat yang diingini kerana takut memandu. Kita tidak dapat merasai perasaan disayangi kerana takut dilukai. Kita tidak akan dapat pendengar yang setia kerana takut untuk bercakap. Kita tidak akan dapat pembaca kerana takut menulis.

Orang berjaya mempunyai sesuatu 'mindset' tentang risiko. Mereka berani mengambil risiko. Ini sebab mereka tahu ganjaran yang akan diperolehi. Tetapi orang yang kalah takut hendak mengambil risiko. Mereka takut pada risiko yang diambil. Jadi jangan takut untuk mengambil risiko. Hidup ini adalah tentang risiko. Berani untuk mengambilnya. Kita akan menjadi seorang insan yang luar biasa hebatnya..! 

Photo: BERANI MENANGGUNG RISIKO

Ada satu cerita lagi. Trump berasa sedih apabila mendapat tahu Michelle Sorro, calon The Apprentice dari Los Angeles, sanggup keluar daripada rancangan itu apabila gagal dalam tugasan mingguannya. Trump tidak percaya pada apa yang didengarnya. Dia tidak percaya ada anak muda yang tidak berani menanggung risiko. Sedangkan, terdapat 50 000 lagi orang lain di luar sana yang berbaris berkilometer bagi menghadiri uji bakat.

Semua tahu, Trump pernah gagal dalam bisnes. Trump pernah muflis. Trump Casino pernah bankrap. Bukan sekali, tetapi tiga kali. Trump berkata, "Saya tidak suka dengan perkataan yang bermula dengan huruf 'B' itu." Nilai hutang Trump dengan sebuah bank pernah mencecah RM596 juta. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya. Semangatnya tetap teguh seperti batu karang. Kukuh seperti tugu negara yang utuh. 

Berkaitan hal ini, Trump memberikan lima panduan seperti berikut:
1) Cantas fikiran negatif dan gantikannya dengan fikiran positif.
2) Sentiasa kekalkan fikiran positif setiap hari. Apabila berfikiran negatif, individu lain juga berfikiran negatif tentang kemampuan kita.
3) Serlahkan keyakinan diri. Terjun ke dalam medan para pesaing. Bermain dengan mereka bersama-sama di atas padang.
4) Buktikan kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan individu lain. Sentap status quo mereka dengan membuktikan betapa kita juga mampu.
5) Pecahkan tembok zon selesa dengan bergerak ke hadapan melalui momentum yang terhasil daripada berfikiran positif.

Ya. Hidup ini semuanya tentang risiko. Apa sahaja kita buat melibatkan risiko. Kita mungkin tidak payah melakukan apa-apa untuk mengelak risiko. Tetapi bolehkah kita? Hasilnya kita tidak memperolehi kemenangan. Kita tidak dapat merasai kemanisan buah kerana tidak berani memanjat. Kita tidak dapat menuju ke tempat yang diingini kerana takut memandu. Kita tidak dapat merasai perasaan disayangi kerana takut dilukai. Kita tidak akan dapat pendengar yang setia kerana takut untuk bercakap. Kita tidak akan dapat pembaca kerana takut menulis.

Orang berjaya mempunyai sesuatu tentang risiko. Mereka berani mengambil risiko. Ini sebab mereka tahu ganjaran yang akan diperolehi. Tetapi orang yang kalah takut hendak mengambil risiko. Mereka takut pada risiko yang diambil. Jadi jangan takut untuk mengambil risiko. Hidup ini adalah tentang risiko. Berani untuk mengambilnya. Kita akan menjadi seorang insan yang luar biasa hebatnya! 

Ubah persepsi minda anda dalam perkara sebaliknya, jika mahu berjaya keluarlah dari kepompong yang membaluti fikiran kecil anda kerana diluarnya terdapat banyak perkara baru yang harus diterokai mungkin tak semua, tetapi sekurang-kurangnya anda perolehi separuh darinya daripada tidak berbuat apa-apa =) Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat berguna kepada kita semua dan kenali potensi diri anda dengan mencuba sesuatu dari hari ini. Kita takkan pernah tahu kemampuan diri selagi kita tak mencubanya.. Sekian


Wassalam



Rizali Masri
\(^_*)/

Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here