ads top

Bundle Pakaian

Petang semalam sambil aku dok antar service kete kesayangan aku tu  kt workshop berserta menukar minyak hitam serta segala maintenance yg lain. Kawan-kawan arwah adik aku pun menyebokkan diri2 mereka utk menumpang sekaki payung dlm kereta aku yg sempit itu. So aku  bawak jela dorg jalan2 sekali. Setelah mengepow dorg eskrim moo dan magnum kt Seven Eleven..hehe, perangai aku yg sukar dibendung sejak lahir. Akhirnya aku plak terpaksa membawa bebudak ni ke lokasi idaman mereka sbg balasan.. adehh..!!





Biasalah dah nama bebudak lelaki, port yg paling dorg selalu pergi adalah BUNDLE atau dalam istilah mandarinnye toko pakaian terpakai. Aku dok melayan jela bebudak ni sb aku ni suka la jgk pg bundle skali sekala selain Jusco port feveret aku, tp kureng sket berminat ar. nk shopping kt bundle. setakat suka2 boleh la. Lgpn stok pakaian dan jeans aku masih bersepah. Sambil aku dok usha2 vase ng short yg byk kt situ, aku tgk jela bebudak ni dok sakan memilih pakaian dan sambil tolong jd fashion designer tak bertauliah kt dorg..haha. Seronok plak tgk dorg ni dok pilih pakaian, mcm2 ragam dan aksi terlarang berlaku. Aku ni cerewet sket bab2 pakaian, lg2 baju bundle. Kena tgk dulu baju tu mcmne, klu ada bekas mcm org pakai or ada kesan2 mencurigakan aku x beli beb.. tp kalau mcm baju reject dari kilang tu, ada la jgk aku berkenan tuk beli. Bukan ape, takut ar jgk dok pakai baju2 yg ntah sape2 kita tak kenal ni.. baju org mati ke..huhu.. haha gurau jerk..


Tapi harga pakaian kat situ mmg amat2 murah sekali la..semurah RM2.50 sehelai hingga ke ratusan ringgit ar. So maksudnye semua golongan mampu datang dan bershopping kt bundle ni. Biasanya port bundle ni lelaki2 bujang je yg suka. tp seronot gak ar tgk ada sorg makcik tua ni pun dok usha2 barang kt situ. Mungkin dia dok cari toto , beg sekolah atau pakaian cucu dia kot. Mana taknye harga murah segala, cuma kualiti dan bekas org pakai je la.. standard la BUNDLE bai..hehe. Pada aku pakaian pilihan yg banyak membuatkan ramai bdk2 bujang dok datang bundle ni tuk beli benda2 kesukaan dorg. Dh harga 2 helai sweater RM5 tuh.. mmg sukar nk dapat kt pasaraya-pasaraya besar. Aku selalu gak pi sorg2 tp kt bundle2 yg terpilih la sb barang2 kt bundle ni ada yg berbeza gak dari segi harga dan koleksi2 barang. Perempuan agak memilih untuk bershopping kt pasaraya atau toko-toko pakaian, tp bagi lelaki plak dorg lbh suka bertandang ke bundle sb org lelaki ni tak "secerewet" kaum2 wanita ini..haha




Apa yang menariknya bundle ni satu je pd aku.. pembeli boleh pilih pakaian ikut suka sendiri dan kena try sendiri sb baju2 bundle ni xde saiz yg standard ok.. so jgnla tanya kaunter tu ada saiz "M" ke "XXL".. saiz lbh kecik sket ke.. mmg kena gelak sakan la.. tu stok pakaian bundle yg ada sahaja, xde stok simpanan saiz-saiz lain. Apa yg ada kt situ, itu jela yg ada. "Bundle" adalah suatu nama yg amat sinonim bagi lelaki. Namun ada jugak sesetengah perempuan yg lbh selesa memilih pakaian kt Bundle yg byk letak pakaian2 perempuan. 'Bundle" atau "A Bundle of.." lebih kurang mcmni lah bunyinye.. "longgokan" .. so kira bebudak2 kecik skrg pun ni sudah pakai cakap omputih la yer..haha. bagus2..


Cuma klu berada kt bundle ni, mmg kepakaran memilih pakaian itu sendiri terletak pada kemampuan diri sendiri. Korg blh pilih mcm2 baju dan jenis pakaian tapi ada lah sedikit kecerewetan harus berlaku di situ sb adakalanya byk baju atau seluar atau sweater pilihan korg tu ada koyak, zip rosak, butang tercabut dan sebagainya.. Namun lumrah lah klu dah pakaian second hand ni.. tp tgk nasib jugakla, yg ada tu mmg berbaloi sgt2 dgn harga yg dipilih. Bebudak ni ada yg beli sweater, T-shirt, Jeans dan mcm2 lg. Tapi aku cuma sekadar beli vase  (pakaian yg xde lengan tapi berkolar) yg amat fit dgn badan aku berwarna biru gelap berjenama "Carl Bear" tuk dipakai time santai2 or kt tepi pantai jela yg berharga RM2.50..!! haha, murah giler kentang..! Kalau beli yg baru kt jusco rasa jejak RM30 tu.. sekadar buat syarat jela dok melayan bebudak ni. Klu tak beli langsung nnt takut dorg kecik hati plak bebudak ni..haha

Industri Pakaian Bundle kian meningkat di seluruh kawasan di negara kita. Mana tak nye salah satu contoh bencana alam seperti banjir kilat sering melanda negara kita (bersyukur sb masih di jauhkan dari malapetaka yg lbh teruk) .. so banyak pakaian rosak, kena plak keluarga yg ada ramai anak2.. rakyat semakin sengsara dan kadar kos kehidupan semakin kian meningkat. 

 
Oleh itu, mereka2 lbh memilih konsep "biar murah asal bergaya daripada papa tapi  lagi kedana" haha.. Namun ianya suatu potensi perniagaan yang amat mendapat sambutan masa kini. So jgn sesekali memandang enteng dan hina perniagaan bundle ini yer..? =) selagi ianya halal dan tidak menyalahi undang2 dan sering mendapat sambutan ramai masyarakat tidak mustahil keda-kedai bundle yg dahulunya kecil ini akan berkembang menjadi sebagai satu pasaraya besar yg setanding dengan "Mydin" satu hari nnt. Dan juga seiring dengan "Jakel" yg menjadi syurga pakaian kaum2 hawa. "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, biarlah kecik2 dahulu, nanti lama-lama insyaAllah dapat lah sambutan" .. Suatu perkara yg pada pendapat peribadi aku boleh dibanggakan kerana rata-rata bundle yg dimiliki ini adalah milik kaum melayu sendiri dan atau mungkin ada segelintir sahaja yg di punyai oleh kaum2 cina tetapi mengupah pekerja melayu sebagai pekerja. Transformasi seumpama ini harus dipandang dan di sokong sepenuhnya oleh bangsa kita terutama kerajaan. Semoga industri pakaian bundle di negara ini di monopoli oleh bangsa melayu dan juga sama2 bersaing secara positif demi kebaikan nusa bangsa dan juga masyarakat negara yg berbilang kaum  =)


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here