ads top

Kenapa Di Anak Tirikan..

Petang tadi dlm kul 4.30 mcm tu aku pi bayar duit rumah along aku RM500 kt MBSB Bank. Agak rushing dgn congested highway segala. Sedang aku mengisi borang pembayaran tu, ada seorang brader ni pun agak rushing jugak sambil berlari menuju kaunter bank sambil membuka helmet di kepala.. mungkin sb dh pukul 4.30 ptg takut bank tu nk tutup. So aku dengarkan jela perbualan mereka, sahabat tu tanya kaunter bank tu tuk membuat pinjaman utk membesarkan perniagaan beliau. Then pegawai kaunter tu tanya lah perniagaan yg macam mane, bisnes apa n sebagainya.. lastly aku tgk sahabat tu amat kecewa dan pulang dgn tangan kosong, alasan bank mereka hanya menerima mana2 perniagaan yg sudah mendapat tender kerajaan SAHAJA baru layak membuat loan perniagaan..sahabat tu keluar dgn muka yg amat kecewa. So aku teruskan menulis no. akaun bank along aku kt borang pembayaran tu.. 


Selang 5 minit macam tu, ada lagi seorang brader masuk ke MBSB Bank tu jugak. Kali ni beliau pun datang dgn tujuan yang hampir sama iaitu membuat loan utk pinjaman peribadi menjalankan perniagaan. Agak sedih jugakla sahabat tu mcm merayu jgk utk membuat pinjaman bank bagi tujuan perniagaannya, sb beliau kata ada terpandang iklan personal loan di iklan, namun pihak bank tetap tak boleh lepaskan dengan alasan hanya mereka2 yang bekerja kerajaan sahaja @ segala yg berkaitan kerajaan sahaja yang layak mendapat segala faedah pinjaman dan pelbagai kemudahan yg
disediakan. Aku agak tersentak jugakla ble dengar perbualan mereka, cuma pada aku yg dh biasa dgn segala "JAWAPAN" seperti itu mcm dh x heran sgt.. sahabat tu jgk keluar dgn muka yg amat kecewa. Namun, pada pendapat aku la,, BANK KERAJAAN @ KERAJAAN itu sendiri yg "menganak-tirikan" kpd sesiapa yg bekerja sendiri @ swasta kerana mereka2 ini kecualikan daripada menerima faedah yg di tawarkan oleh bank-bank sedemikian.  Takde ke agensi2 kerajaan yang menjaga kebajikan mereka2 ini..?
Rata-ratanya mereka yg datang kepada bank-bank sedemikian adalah bertujuan sebagai tempat @ platform bagi mereka ini terus berjuang dengan keadaan ekonomi dan harga barang yg kian semakin meruncing. Sesuatu yang pada pendapat aku tidak adil dan berat sebelah..!! kenapa mereka2 ini yg mempunyai perniagaan sendiri dipandang hina oleh pihak2 bank tanpa mengkaji potensi perniagaan mereka2 itu dahulu..? aku tidak menyalahkan mana2 pihak @ kerajaan itu sendiri, cuma pada aku sesiapa yg membaca blog ini dapat memperbaiki mana2 kelemahan dan jurang pemisah yg di bina oleh agensi2 berkenaan. Aku jugak tak salahkan staff yg bekerja di kaunter tersebut kerana mereka menjalankan tugas, namun ianya kedengaran terlalu berat sebelah.. bagi mereka yg baru nk berjinak2 utk memulakan perniagaan di tolak mentah2, sedangkan mereka2 yg sudah berjaya dan kaya raya di julang tinggi oleh kerajaan dan diberikan mcm2 posisi di sektor kerajaan dalam tujuan memerlukan kepakaran dan pengaruh golongan yg telah berjaya ini. 

Kenapa memandang org bila sudah berjaya sahaja dan mulalah di tawarkan dgn segala kemudahan yg kdg2 x masuk dek akal.. tapi pada mula pembabitan mereka2 ini di pandang sebelah mata sahaja tanpa memberi sbrg bantuan yg sewajarnya pun. Sebab aku perhatikan rata-rata mereka yg dtg dgn seribu tujuan itu adalah bangsa kita sendiri, iaitu kaum melayu sendiri. Kalau dibandingkan dgn bangsa2 lain, mereka dari awal2 dh tak percaya & buang masa mereka datang ke bank2 yg berkenaan @ yg berkaitan. Hal ini kerap berlaku jugak kt mana2 agensi perbankan yg lain.. rata-ratanya tetapi tidak semua..


Cuma harapan aku SATU, jgnla kita memandang sektor swasta dan mereka2 yg berniaga sendiri ini sebagai golongan yg tiada peranan dalam pembentukan ekonomi negara. Janganlah terlalu bersikap diskriminasi sedemikian, sahabat2 yg dtg ptg td, pada aku x salah mereka bertanya, cuma layanan atau jalan penyelesaian haruslah diberi. dgn berhemah dan lagi bijaksana atau mungkin memberi sedikit jalan di mana tempat yg harus sesuai di tuju.  Takdela sahabat tu mcm da mati akal sb dah xtahu nk ke mana lg utk mendapat bantuan dan perhatian sewajarnya. Barulah perjuangan bangsa2 melayu terutama dalam sektor ekonomi akan meningkat. Kita semua sedia maklum bahawa kaum2 lain sedang memonopoli sektor perniagaan di negara ini terutamanya kaum cina. Walaupun MUNGKIN sahabat itu seorang penjual burger jalanan sahaja, tak siapa sangka klu rezeki menyebelahi beliau, satu hari nanti beliau mampu menjadi jutawan seperti "RAMLY BURGER".. zaman skrg ni, tiada yg mustahil.. cuma agensi2 kerajaan patut ambil berat perkara ini walaupn pada mereka hal ini sekadar hal terpencil sahaja..


Tapi apakah saranan GAGASAN SATU MALAYSIA itu sendiri diaplikasikan sepenuhnya..? adakah "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".. so siapakah sebenarnya golongan "RAKYAT DIDAHULUKAN" itu sendiri.. adakah mereka2 yg bergelar penjawat AWAM sahaja..? tujuan aku menulis sedemikian adalah untuk menyedarkan kpd mana2 yg berkenaan bahawa jangan mencipta jurang pemisah antara kerajaan dan bukan kerajaan. Kami bukan pembangkang, tapi lbh kepada mereka2 yg prihatin terhadap golongan bawahan yg mengharap perhatian kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan dan menaikkan sosio ekonomi terutama golongan luar bandar dalam menangani krisis global seperti yg kita semua merasa tempiasnya skrg. 

Bukalah mata dan bantu lah golongan2 seperti ini, kerana andai kerajaan sendiri dah melabelkan hanya sektor kerajaan sahaja yg layak utk membuat pinjaman, merasa segala kemudahan yg disediakan oleh pihak2 bank, di mana pula letaknya mereka2 yg bekerja sendiri dan bekerja di sektor swasta ini..? adakah mereka2 ini akan terus di tindas serta disisihkan dan di ketepikan sedangkan semasa pilihanraya, mereka2 ini juga layak untuk mengundi. Aku tulis ni bukan nk salahkan mana2 pihak, kepentingan peribadi lagi kan pulak tujuan politik. TIDAK SAMA SEKALI..!! cuma aku pun bekerja sendiri. tempiasnya mmg amat menyakitkan aku bila mendengar kata-kata seperti itu, dimanakah tempatnya untuk golongan yg bekerja sendiri ini untuk mengadu hal2 kebajikan mereka..? 


Saranan aku agar tubuhkan lah satu badan atau wakil di setiap kawasan seperti YB, atau mana2 wakil agar mereka2 yg ingin membuat pinjaman mikro ini dapat memohon. Selain itu, YB kawasan juga menyediakan dana utk kawasan masing2. So xdelah mereka2 ini merayu2 kt bank walaupun dorg tak di layan sama sekali. Rakyat membentuk negara dan bukan negara membentuk rakyat. Tanpa rakyat siapalah negara. Selami konsep SATU MALAYSIA secara akar umbi, terutama golongan bawahan kerana aku amat prihatin dengan nasib mereka2 ini. Mereka juga membayar cukai dan melaksanakan segala perkara yg diletakkan ke atas mereka selaku rakyat di negara ini, namun adakah kelebihan serta manfaat yg diberikan oleh kerajaan sampai kepada mereka..? Fikir-fikirkan dan lakukannya sekarang.. "A plan without Action is nothing, An action With Plan is Something".. so, selami hati mereka secara akar umbi wahai NEGARA yg amat aku sayangi =(
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here