ads top

# LAGU 1 - Menyesal

HAKCIPTA TERPELIHARA =)

 
Sila cari iPhone aku untuk "PAUSE" mp3


Lagu ini adalah lagu ciptaan aku sendiri, ditulis sendiri dan juga dinyanyikan oleh aku sendiri dalam bentuk akustik. Pertama sekali aku dapat ilham lagu ni bile flashback kembali waktu2 aku terlibat dalam kemalangan tragik 6 tahun lepas yg hampir2 meragut nyawa aku sendiri , koma dan bertarung dgn maut..***xleh cite lebih***  ini bukan lagu yg pertama ciptaan aku tp disebabkan tetibe kenangan lama tu muncul kembali, so aku lahirkan video ni. Macam biasa, lagu ni mmg banyak kekurangannya terutama dari segi suara, teknik gitar dan sebagainya kerana penghasilan video ni adalah aku belajar seorang diri kesemuanya termasuk belajar main gitar =) cuma ianya asli lahir dari buah fikiran aku.

Lagu ni berkisarkan tentang seorang lelaki yg memandu kereta dengan laju pada tengah malam bersama kekasihnya dan juga terlibat dalam satu kemalangan yg mengorbankan kekasihnya. Justeru sejak kejadian tersebut, si lelaki tadi telah berjanji tidak akan mengulanginya lagi dan akan berubah utk selamanya walaupun dia sedar kekasihnya tidak akan pernah muncul kembali di atas kesilapan yang telah dilakukannya. Tu lbh kurang intipati lagu yg aku cipta ni la. Aku rekod guna HP murah dan xde sebarang audio editting. So mmg kurang kualiti sketla. So kepada mat-mat rempit @ kaki-kaki yang suka berlumba kereta, korang kena hargai nyawa insan2 tersayang selagi mereka itu masih ada. Oleh itu berhati-hati lah di jalanraya =)


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here