Projek Perumahan Terbengkalai Pembeli Di Tipu


Dalam pada ramai pemaju sibuk membangunkan pelbagai unit-unit perumahan pelbagai kos di sana sini, ramai juga pemaju yang cuba melarikan diri daripada menyiapkan setiap unit  projek perumahan yang sedang di bangunkan. Perkara ini seharusnya di ambil serius oleh pihak berkenaan dalam mengatasi kes2 penipuan seumpama ini. Pelbagai alasan dan taktik pemaju dalam berdiam diri seperti menukar no. telefon, berpindah lokasi dan menutup lot kedai syarikat mereka agar tidak dapat di cari oleh para pembeli. Di mana janji2 setiap unit rumah yang telah habis dibayar oleh pemilik2 ini..? Duit rumah sudah habis di bayar tapi rumah masih lagi terbengkalai.. Aku telah menelefon pemaju pada tahun 2009 dan mereka menjanjikan bahawa rumah blok tengah yg telah dibeli dijangka siap pada hujg tahun 2010, namun pada saat ketikanya pemaju memaklumkan bahawa rumah tersebut akan siap pada bulan april 2011. Tapi situasinya skrg, tiada seorang pun pekerja dan pemaju telah cabut lari dengan duit2 yg telah habis dibayar oleh pembeli. Suatu penipuan yang sememangnya perlu di pandang berat oleh mana2 Wakil Rakyat, Pihak Berwajib dan juga Kementerian.






Kes ini masih di anggap tergantung kerana sampai sekarang pembeli tidak mendapat makluman seterusnya berkaitan status rumah yang dibeli, oleh itu penulisan di blog ini adalah bertujuan untuk mendapat jalan penyelesaian dan kata putus kerana pembeli menjadi mangsa MALAH terpaksa membayar pinjaman rumah yg telah dibuat bagi membayar rumah yg sedang dibina, namun rumah yg dibina menemui jalan buntu dan terbengkalai. Lagi menyedihkan pula pembeli terpaksa mencari perumahan sewa lain utk di sewa kerana rumah yang dibeli tak siap2 walaupun dijanjikan siap sepenuhnya pada awal 2011 ini. Hal ini berlaku lebih kurang pada tahun 2009 di mana rumah sederhana rendah berharga RM50,000 telah dibeli dan dibayar menerusi pinjaman bank. Namun pada akhir-akhir ini aku telah berkunjung ke tempat lokasi yang berada di Perumahan Sederhana Rendah yg berdekatan dengan Jusco Tebrau Johor Bahru dan juga berdepan dengan Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, suatu lokasi yang pada aku amat strategik dan sedang giat membangun. Namun projek yang tidak siap itu di anggap suatu kekecewaan yang amat sangat kerana pemaju hanya menyiapkan satu lot unit rumah flat sebagai rumah contoh bagi menarik lebih ramai pembeli dan dijangka akan dibangunkan lg 8 blok unit perumahan lagi di dalam kawasan yang sama.

Namun pada pertengahan 2010, aku mendapat berita bahawa projek berkenaan telah terbengkalai dan pembeli pula terpaksa membayar bulanan pada bank. Ini suatu penipuan yang rasanya dh biasa kedengaran oleh rata-rata orang di mana pemaju cabut lari. Namun sampai sekarang tidak ada sebarang jalan penyelesaian diberikan secara bersemuka dan jelas. Oleh itu, selaku pembeli dan mewakili suara ramai bagi pembeli2 yang rasa tertipu amat kecewa dengan kejadian ini. Siapakah sepatutnya yang harus di tuju dalam mendapat kata putus dan apakah tindakan yang sewajarnya perlu dilakukan..? Semasa aku berkunjung ke lokasi perumahan, aku dapati ada seorang penjaga keselamatan berbangsa bangladesh yang ditemani oleh 2 ekor anjing. Agak kecut perut jgk aku bilamana anjing tu slow2 kejar aku dari belakang.. tapi aku dh standby kayu yang aku kutip bawah pondok guard tu klu2 mereka2 itu bermain kasar. 



Cuma aku dapati, pengawal keselamatan bangladesh tu tak reti cakap melayu, aku speaking english pun dia tak faham.. dah bagus la tu, mcm ayam dgn itik.. last2 aku bt keputusan utk meronda sendiri kawasan perumahan yang terbiar tu tanpa aku pedulikan pengawal terbabit kerana pengawal tu pun takut rasanya tgk aku walaupun aku dtg seorang diri. Klu dulu aku datang masih ada pekerja indonesia yg sedang membuat kerja dan sedang memasang batu bata dan mengecat bangunan. Cuma ptg kelmarin aku datang seorang diri dan mendapati kawasan berkenaan seolah-olah tempat jin bertandang di mana tiada seorang pun yg membuat kerja dan rumput-rumput dah naik paras pinggang. Tambahan pula, rumput-rumput dan anak2 pokok dah mula tumbuh pada bangunan yang terbengkalai tersebut. Ini suatu kerja gila bila mana segala duit rumah telah lama di bayar..!! Namun, mana rumah2 pembeli seperti yang telah dijanjikan..? Aku mengambil no. telefon yang tertera pada banner di bawah kawasan rumah terbabit yg digantung pada code plan blok bangunan stp pembeli dan mendapati no. hp berkenaan adalah salah seorang pembeli. Dan beliau sedang mengumpul seberapa ramai pembeli lain utk bersatu suara bagi mendapatkan kata putus dan hak mereka. Kerana bank telah menetapkan untuk membayar bulanan secara penuh bermula Januari 2011 yang lalu. Suatu perkara yang semakin mendesak dan menekan para pembeli kerana terpaksa menanggung 2 rumah iaitu rumah yang dibeli tak siap dan rumah sewa sementara utk menginap.

Dengan ini, aku berharap agar ada insan2 yang amat pakar tentang perkara seumpama ini atau rasa terpanggil utk datang bagi menyelesaikan masalah yg di belenggu ini dengan kadar segera. Aku mungkin tidak tahu atau tidak kenal mana2 YB, wakil masyarakat atau pihak berwajib di bahagian berkenaan, cuma aku harapkan ada mana2 mereka yang tahu atau cadangan bagi mencari jalan penyelesaian ini agar diselesaikan segera. Adakah dengan membuat saman adalah jalan terbaik..? bagaimana pula dengan bayaran bulanan yang di kejar oleh pihak bank. Aku mengadu di bank berkenaan kes ini ketika membuat pembayaran, dan mereka mengatakan bahawa mereka tidak mahu masuk campur kerana bank telah membayar keseluruhan harga rumah seperti yang dipinjam pembeli kepada pemaju. Dan jika berlaku kes2 seperti ini, ianya adalah tanggungjawab pembeli itu sendiri. Oleh itu, aku ingin menarik sedikit perhatian di sini bagi mana2 pembaca agar tampil bagi membantu individu2 yang di tipu ini.



Ada beberapa maklumat yang boleh aku kongsikan di sini berkenaan dengan kawasan perumahan yang terbengkalai ini. Ianya terletak bersebelahan dengan Jusco Tebrau Johor dan lebih kurang 200 meter dari Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru. Selain dari itu, hanya satu blok sahaja yang siap dibina tapi masih tiada bekalan elektrik dan sistem saliran air. Aku mengharapkan hadirnya individu yg memberi sokongan dan cadangan bagi mencari jalan terbaik dalam menangani masalah ini MALAH berharap agar KERAJAAN meletakkan syarat yang amat ketat kepada pemaju2 bagi MENYIAPKAN Projek Perumahan dahulu di kawasan perumahan yang ingin dibina dan baru dijual kepada pembeli. Oleh itu, tiada sebarang kes penipuan seumpama ini berulang lagi di masa akan datang. Rasanya hal2 pemaju cabut lari dan menipu ini sudah lekang dek telinga kerana ianya telah berlaku banyak kali tidak lama dulu, namun kenapa hal2 seperti ini masih lagi berlaku..? Diharap agar kerajaan dapat mengambil serius serta memantau setiap projek perumahan yang dijalankan agar kelemahan ini tidak membebankan rakyat. Dan aku turut bersimpati dengan pembeli2 lain kerana ada di antara mereka bukannya dari keluarga yang senang dan kaya raya. Dah nama pun projek kos sederhana rendah. Ianya suatu beban yang amat berat dipikul sekiranya kerajaan dan pihak berwajib tidak mengambil langkah drastik secepat mungkin. Kerjasama semua pihak amat2 aku harapkan disini dalam memastikan hak setiap individu terjamin dan tidak rasa di tipu lagi.. 


Cetak

2 comments:

  1. memang celaka org2 atas ni.. benda camni dah familiar nak mampus tapi masih lagi ada sampai sekarang.. bukan susah sangat nak gubal akta baru.. tapi biasa la, songlap2, sampai kiamat pun sama je.. yg rakyat2 bodoh ni bagus sokong lagi penyangak..

    ReplyDelete
  2. haha..dalam soal ni mmg ramai yg cuba kaut keuntungan. tp masyarakat la yg jd mangsa. satu akta yg dh di gubal plak haruslah dilaksanakan secara menyeluruh tanpa berat sebelah. bila berlaku kes2 mcmni, siapa yg kena tanggung..? bank awal2 dh angkat tangan. nk tak nak pembeli la tanggung, tp pemaju bwk pg mana duit2 pembeli tu. bukak casino plak ke..? hehe..

    ReplyDelete

Hi everyone .. please leave your comment here ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...