ads top

Amaran Allah Melalui Mulut Bayi

Malam tadi saya menghadiri satu perjumpaan di Pasir Gudang, setelah selesai perjumpaan, saya terus memandu ke nusajaya dan sampai di rumah dalam pukul satu pagi tadi. Kemudian, sambil saya membuka blog dan kebetulan terbaca satu artikel di blog kawan saya berpangkat adik. Adik Farhana Azwa namanya dan setelah habis membaca artikel menarik ini, terpanggil pula saya untuk turut sama-sama kita berkongsi ilmu dan sedari banyak tanda-tanda akhir zaman kian berlaku untuk sama-sama kita renungkan. Saya telah memperbaiki dan mengolah sedikit isi kandungannya supaya lebih mudah difahami. Terima kasih adik Farhana Azwa =)


Begini ceritanya, sahabat saya itu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya itu juga mempunyai seorang kawan berbangsa cina yang sama mengajar seperti dia. Kawan beliau yang berbangsa cina itu ada memberitahunya bahawa telah terbaca berita di akhbar cina baru-baru ini yang mengatakan bahawa ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnya seperti berjahit tetapi tiada sebarang kesan jahit langsung. Cuma mulut bayi tersebut tertutup rapat. 


Jadi doktor telah bersepakat untuk membedah mulut bayi cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulut bayi tersebut berjaya dibedah dan tetapi ada sesuatu yang amat memeranjatkan kesemua doktor tersebut, kerana terdapat sesuatu benda yang berada di dalam mulut bayi tersebut. Anda ingin tahu apa yang terkandung di dalam mulut bayi yang telah berjaya dibedah mulutnya itu?

Doktor yang membedah mulut bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang di dalam kandungannya ada tertulis dalam tulisan bahasa cina. Dan isi kandungan yang tertulis dalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnya Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi".

Maka terperanjatlah semua doktor cina tersebut kerana bayi cina itu memang sejak dilahirkan keadaan mulutnya tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada individu yang cuba meletakkan kertas kecil tersebut di dalam mulut bayi itu. Jadi, memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar telah menciptakan bayi cina tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada semua umat manusia tentang ketibaan Hari Kiamat. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa terhadap segala isi alam ini untuk memberikan petanda kepada semua umat manusia agar bertaubat. 

Jadi sesungguhnya, Allah sebenarnya masih sayangkan kita semua kerana telah memberi maklumat tersebut sebagai petunjuk kekuasaanNya. Adakah anda percaya? Namun segalanya adalah ketentuanNya. Dalam keadaan seperti ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah S.A.W, bahawa Allah telah memberikan petunjuk -petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi terdahulu lagi. 

Antara contoh-contohnya adalah wujud keadaan di mana kaum lelaki berkahwin sesama lelaki, dan begitulah sebaliknya. Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnya. Di mana umat islam bergaduh sesama sendiri dan tidak mempertahankan kesucian islam. 

Jadi secara amnya, sebenarnya hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi cuma kita tidak tahu sahaja bila waktunya. Cuma Rasullullah S.A.W ada menyebut bahawa hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tetapi tiada siapa tahu akan tarikh yang tepat. Jadi bersama-samalah kita semua renungkan, sesungguhnya berita ini adalah merupakan satu peringatan daripada Allah terhadap semua umat manusia agar sentiasa bersiap sedia untuk menanti ketibaan hari kiamat.

Seperkara lagi adalah berkenaan antara tanda hari kiamat iaitu akan berlakunya gempa bumi di tiga tempat iaitu di Timur Tengah, Barat dan Timur. Waktu itu, baru Turki dan Taiwan. Dan kemudian di Mexico dilanda gempa bumi yang dasyat juga selama seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas, salah satu tanda hari kiamat ialah akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama-sama kita renungkan. 

Buktinya semakin jelas dan semakin nyata dari hari ke hari. Banyak lagi petanda-petanda akhir zaman yang semakin ketara kini. Semoga kita semua mendapat hidayah Allah dan semoga sentiasa terbuka pintu taubat untuk kita semua termasuk mengingatkan diri saya sendiri. Tiada siapa mampu membayangkan bagaimana kejadian Hari Kiamat yang sebenar kecuali Allah. Setiap yang baik itu datangnya dari Allah dan setiap yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Semoga dengan membaca artikel ini dapat menyedarkan kita semua dan bersama-sama kita sebarkan serta berkongsi ilmu. Wassalam..

Notis dalam Mulut Bayi (pernah disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah S.A.W)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)





~rizali masri~
\(^_*)/
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here