ads top

Pemilik Restoran Berjaya

Dalam aktiviti kembara saya pada 2 hari lepas di kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, saya berpeluang untuk singgah seketika di restoran terkenal salah seorang dari rakan facebook saya (sebenarnya bukan rakan, tapi pangkat pakcik sebab umur beliau sama dengan ibu saya). Kebetulan, kembara kali ini di sekitar sana, oleh itu saya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke restoran beliau yang berada di Kajang. Selami sedikit ilmu dan rahsia kejayaan beliau yang boleh dijadikan inspirasi buat kita semua terutamanya golongan muda dan juga belia yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan seterusnya berjaya =)

Perjalanan saya ke KLCC tergendala akibat hujan lebat di sekitar Nilai hingga ke Sungai Besi. Oleh kerana masa untuk ke MIHAS di KLCC agak lewat kerana waktu sudah pukul 4 petang dan biasanya Kuala Lumpur akan sesak dengan kenderaan pada waktu begini. Oleh itu, kami mengubah perancangan untuk ke Kajang. Teringatkan saya mempunyai seorang kenalan di facebook dan menginspirasikan beliau, dan saya ada menyimpan nombor telefon beliau, seterusnya saya bercadang untuk membawa kawan-kawan dan mempromosikan kedai beliau sambil saya turut merasa keenakan masakan ala-ala melayu dan kebanyakan resepi asli dari Johor itu buat pertama kalinya =)



Menceritakan sedikit keistimewaan Restoran Kenduri yang dimiliki oleh tuan Ismail Kaprawi yang terletak di belakang Hospital Kajang adalah merupakan suatu lokasi yang amat strategik dengan kedudukan restoran yang berada di hujung sudut menyerlahkan nama Restoran Kenduri itu sendiri. Ianya tersergam indah dengan warna yang menyerlah serta dekorasi dalaman yang menarik dan menggamit pemandangan yang tenang serta konsep kampung yang pastinya membuat anda tenang dan selesa. 

Walaupun tuan Ismail agak sibuk dengan urusan beliau di Kuala Lumpur, saya tidak menyangka bahawa isteri beliau sudi meluangkan masa untuk saya yang datang dari Johor ini semata-mata untuk melayan tetamu selaku pengunjung di restoran beliau =) Terima kasih banyak-banyak puan kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Menyingkap sedikit potensi industri makanan di negara kita, ianya sudah pastinya amat berpotensi tinggi di mana-mana tempat sekalipun kerana makanan adalah salah satu keperluan asas dalam kehidupan kita. Oleh itu, tiada siapa dapat nafikan bahawa industri makanan tidak mempunyai potensi yang amat tinggi. Industri makanan mempunyai permintaan yang tinggi di negara kita, oleh itu ianya pasti suatu ilmu yang sedikit sebanyak membantu anda semua dalam menceburkan diri dalam perniagaan restoran dan juga makanan =)


Tuan Ismail Kaprawi berumur sekitar 53 tahun, seorang yang menjiwai dunia perniagaan sejak beliau kecil lagi. Berasal dari Batu Pahat Johor dan seorang yang amat gemarkan merantau. Dengan memulakan sebuah perniagaan restoran di sebuah kedai di kawasan Batu Pahat dan membuat perniagaan sampingan dengan menyediakan perkhidmatan katering untuk mana-mana majlis. Berbekalkan turun naik beliau dalam bidang perniagaan, ianya lumrah untuk turut merasakan asam garam perniagaan seperti ditipu, berusaha keras, serta pelbagai dugaan lain. Namun semua itu tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang dalam bidang yang amat digemarinya. Kini beliau telah mempunyai lebih kurang 4 buah restoran makanan dan yang sempat saya kunjungi adalah di Restoran Kenduri Kajang salah satu milik beliau.

Beliau seorang yang gemar memasak sejak kecil dan berkat dikurniakan seorang isteri dan anak-anak yang amat menyokong kuat segala usaha beliau dari belakang. Walaupun isteri beliau seorang kakitangan kerajaan di Hospital Kajang, namun semuanya amat lancar kerana mereka saling memahami antara satu sama lain. Apa yang amat mengagumkan saya terhadap tuan Ismail adalah beliau memang seorang yang berpandangan jauh serta memikirkan masa hadapan yang tidak semua individu terfikir. Beliau mengusahakan perniagaan restoran ini dan menjadikan anak-anak beliau kesemuanya untuk terlibat aktif dalam perniagaan beliau. Ini bermaksud kesemua anak-anak beliau menguruskan perniagaan makanan ini dan menariknya ianya seolah-olah suatu pakej dimana setiap anak-anak beliau mempunyai peranan masing-masing mengikut kelebihan masing-masing dalam mentadbir perniagaan ini =)

Menurut isteri beliau, restoran ini berkonsepkan ala kampung dan moden. Dekorasi dalaman yang menarik, konsep lukisan rumah kampung di dinding sebagai hiasan, serta persembahan nyanyian pula di waktu malam yang mana ramai para artis turut membuat persembahan serta menjadi lokasi pilihan para produser untuk membuat rakaman filem. Ianya suatu yang menarik bukan =) Rugi jika anda tidak turut merasakan pengalaman saya ini bersama.

Kebaikan mereka terserlah bila mana ketika saya berkunjung ke restoran mereka disambut dengan amat baik sekali. Walaupun tuan Ismail tidak sempat untuk berkejar pulang bertemu saya, namun beliau mewakilkan isteri beliau untuk turut berkongsi rahsia kejayaan bersama. Tujuan saya hanyalah sekadar ingin merasa keenakan makanan ditempat beliau serta berkongsi segala pengalaman serta ilmu yang memberi manfaat kepada kita semua terutama generasi muda yang memang amat memerlukan tunjuk ajar serta nasihat berguna dalam menceburkan diri dalam perniagaan restoran.

Antara perkara yang perlu kita lakukan ketika ingin mengusahakan restoran makanan adalah sentiasa menjaga kualiti makanan dengan sebaik mungkin, memastikan layanan yang amat istimewa kepada setiap pengunjung, beramah mesra dengan pelanggan, serta memastikan bahawa setiap rasa makanan adalah sama dan malah semakin sedap untuk di makan. Selain itu, keselesaan pengunjung harus dititik beratkan kerana harga makanan yang mahal bukan menjadi suatu masalah yang besar kini sekiranya segalanya amat memuaskan kerana pengunjung lebih memilih keselesaan dan kualiti makanan setimpal dengan harga yang ditawarkan =)

Restoran ini menyediakan pelbagai makanan kampung dan barat antaranya adalah nasi beryani, mee bandung, mee rebus, ayam pudina serta pelbagai makanan barat. Harga yang diberikan amat berpatutan dan kualiti makanan amat memuaskan. Suasana susunan ruang juga lebih kurang berkonsepkan hotel, oleh itu pengunjung merasa seolah-olah sedang makan di dalam hotel =)


Isteri beliau  juga seorang yang peramah, merendah diri sama seperti tuan Ismail serta tidak kedekut untuk berkongsi resepi masakan. Menurut isteri beliau, ilmu yang memberi manfaat tidak seharusnya kita takut untuk berkongsi kerana rezeki Allah itu amat banyak dan sekali kita memberi, berganda ganjaran yang kita perolehi =) Berkenaan dengan perasaan dengki dan permainan kotor individu lain terhadap kejayaan yang dimiliki, kata beliau. "Kita percaya dan berserah pada Allah sahaja, kerana semua itu kuasa-Nya". Sekiranya rezeki itu sudah tertulis milik kita, ianya pasti milik kita. Sekiranya bukan, buat apa sekalipun ianya tetap tidak akan menjadi milik kita. Restoran Kenduri juga dalam perancangan untuk membuka francais di setiap negeri dalam usaha mengembangkan perniagaan. Saya menyokong padu usaha mereka selain turut sudi untuk sama-sama membangunkan serta melahirkan lebih ramai para usahawan  dalam industri makanan dan restoran serta menjadi "benchmark" berguna kepada semua generasi muda termasuk juga saya =)

Bagi anda yang berada di sekitar Kajang dan Bangi, bolehlah luangkan masa anda untuk merasa keenakan semua makanan yang disediakan oleh Restoran Kenduri dan berkenalan sendiri dengan lebih mesra pemilik restoran serta keluarga pemilik restoran ini kerana ini adalah perniagaan keluarga dan menjadi ilham tuan Ismail sendiri dalam memastikan masa depan anak-anak beliau turut terjamin. Akhir sekali, Restoran Kenduri juga turut menawarkan perkhidmatan katering dalam jumlah yang besar, ini bermaksud anda juga boleh menghubungi pemilik sekiranya memerlukan perkhidmatan katering dalam kuantiti dari yang kecil sehingga mencecah puluhan ribu pengunjung dalam satu-satu masa =) Semoga dengan perkongsian sedikit ilmu dan wawancara saya sendiri di Restoran Kenduri dapat memberi sumber inspirasi kepada anda semua dalam meningkatkan momentum untuk menceburkan diri dalam perniagaan dan mempelajari asas perniagaan dari mereka yang sudah berjaya. Sesiapa yang ingin mendapat maklumat lebih lanjut berkaitan Restoran Kenduri boleh menghubungi saya atau berkunjung sendiri ke Restoran Kenduri yang terletak di belakang Hospital Kajang. Pasti anda akan turut kagum dan banyak ilmu serta pengalaman berguna boleh anda pelajari di sana =)


Setinggi penghargaan kepada Tuan Ismail Kaprawi selaku pemilik Restoran Kenduri Kajang, dan kawan-kawan yang sudi membantu iaitu Nik Mohd Firdaus (Firdaus IT Solution) dan sponsor gambar dari Bro Zen Aznee (inStudio) kerana sama-sama memeriahkan lagi kembara saya kali ini. Kepada kawan-kawan lain yang rasa ingin melancong, jalan-jalan, mengembara, jejak usahawan serta mempunyai pelbagai minat, bolehlah turut serta bersama saya dalam kembara seterusnya. Kepada sesiapa yang rasa ada maklumat dan cadangan menarik, amat-amat saya alukan =) Bersama kita mencipta kejayaan demi agama yang kita cintai =) insyaAllah.. 


~rizali masri~
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here