ads top

Minda Kreatif Pelajar Sekolah

Dalam ruangan hari ini, saya amat terpanggil untuk menulis artikel yang menjurus ke arah golongan para cikgu di sekolah. Sedikit ilmu yang ingin saya kongsi disini adalah berkaitan dengan cara dan kaedah menjana minda generasi hebat terutama dikalangan anak-anak, adik-adik dan juga pelajar sekolah ke arah menjana minda kreatif dan inovatif. Ianya bermula dengan pemikiran kita yang diasah untuk menjadi kreatif. 



Sebenarnya untuk melatih minda menjadi kreatif adalah tidak susah, anda cuma perlu untuk berfikir di luar kotak sahaja. Jangan mengongkong daya pemikiran dan membatasi tahap pemikiran anda. Kerana kita diberikan akal fikiran yang amat luarbiasa tidak sama seperti makhluk lain di muka bumi ini. Oleh itu, adalah sebaiknya kita menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan ini dengan sebaik mungkin =)

Menceritakan sedikit cara dan kaedah untuk anda menjadi kreatif dan seterusnya menjana minda inovatif supaya kita sebagai generasi hebat dan bakal pemimpin negara di masa akan datang dapat sama-sama bersatu tenaga dan minda dalam menjadikan anak bangsa kita maju dalam serba serbi dari segi teknologi dan juga seiring dengan kemajuan islam. Islam mengajak umatnya untuk bersama-sama mengkaji teknologi dan sains dalam penambahbaikan ummah dan kepentingan sejagat. Golongan sasaran yang amat terdekat adalah para guru yang amat saya hormati sekalian dalam menyampaikan mesej saya ini supaya di terapkan di dalam minda para pelajar yang merupakan pemangkin generasi akan datang =)

Kreativiti adalah satu inisiatif yang berbeza dalam penyampaian buah fikiran anda terutama dalam memberikan sesuatu jalan penyelesaian. Ianya boleh diibaratkan seperti menjadi kreatif dalam berpakaian, kreatif menyelesaikan masalah serta memberi idea yang luar biasa dan pelbagai lagi dalam kehidupan seharian. Inovatif pula lebih menumpu kepada penambahan atau gabungan sesuatu fungsi dan kegunaan benda yang sedia ada supaya diubahsuai menjadi suatu benda lain yang mungkin lebih banyak fungsi dan peranannya. 

Biasanya inovasi adalah ciptaan hasil dari benda yang telah sedia ada di mana anda mengubah bentuk fizikal atau fungsinya untuk menjadi benda lain. Dengan tujuan kedua-dua ini akan bersatu menjadi suatu produk atau penyelesaian yang amat memberi manfaat dan impak positif kepada semua. Kreatif dan inovatif memang sentiasa ada di persekitaran kita dan banyak penambahbaikan mampu anda lakukan dalam menaik taraf kehidupan seharian. 

Ingin saya kongsikan disini rakaman video yang saya perolehi semasa menghadiri seminar teknousahawan baru-baru ini di Technovation Park, Kuala Lumpur. Semoga ia bertindak sebagai satu galakan kepada anda dalam menjadi lebih kreatif terutama dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah. Setinggi jutaan terima kasih kepada Encik Bugs Tan kerana menayangkan sedikit video koleksi beliau dalam berkongsi ilmu =) Semoga selepas melihat beberapa video ini akan membuka minda anda supaya menjadi generasi kreatif dan inovatif di masa akan datang. Sila "pause mp3" di sebelah kanan untuk mendengar video di bawah =)


Watak dan suara yang disampaikan ini merupakan watak anak beliau sendiri yang sememangnya amat kreatif dan telah mendapat banyak anugerah yang boleh dibanggakan. Oleh itu, apa yang ingin saya kongsikan disini adalah beberapa pendekatan untuk anda melatih anak-anak anda dan pelajar anda untuk sama-sama mengasah bakat terpendam dalam menjadi individu yang kreatif serta inovatif. 

Idea yang di sampaikan mungkin ada sesetengah pihak akan memberi pendapat ianya seolah idea bodoh, namun jika anda mengkaji dari perspektif berbeza, ianya adalah suatu inovasi yang mana berpotensi untuk dikomersilkan dan menjadi suatu keperluan  penting memandangkan keadaan jalanraya sedia ada memang kerap sesak terutama di bandar-bandar besar =)

Ini merupakan satu lagi pendekatan untuk melatih minda pelajar untuk menjadi kreatif. Dengan mengambil kira masalah sebagai topik utama, dan kemudian munculnya beberapa idea untuk mengatasi masalah dan kemudian setelah mengambil kira teknologi yang sedia ada itu, lahirlah suatu produk yang amat berguna kepada semua. Sekiranya pendidikan menjana minda kreatif inovatif ini diserapkan di dalam sistem pendidikan di sekolah, saya yakin lebih ramai pelajar sekolah mampu membina suatu produk yang kita semua tidak sangka terutama dalam mengatasi masalah yang sedia ada di negara ini.


Pendedahan kreatif inovatif juga amat sesuai dilatih dari ketika pelajar-pelajar masih di peringkat sekolah rendah. Ini kerana segala persekitaran dan perkembangan minda anak-anak  dan pelajar sekolah adalah bermula dari peringkat tumbesaran awal lagi. Oleh itu, sekiranya ramai ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka menjadi seorang yang amat pintar dan kreatif, adalah di galakkan untuk melatih mereka seawal usia lagi. Pendekatan ini cuma sekadar perkongsian ilmu saya sahaja yang mana saya berharap ianya akan menjadi sebagai satu pendekatan untuk anda semua melatih minda anak-anak dan pelajar-pelajar anda dari sekarang =)

Saya amat yakin, minda kita semuanya hebat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa minda generasi-Y dan Generasi-Z adalah merupakan generasi yang hebat. Mereka sudah terdedah dengan pelbagai kecanggihan teknologi yang sedia ada seawal usia mereka, oleh itu tidak ada alasan kenapa bangsa kita tidak boleh maju seiring dengan kemajuan teknologi yang ada kini. Pelajar didedahkan dengan teknologi seperti telefon bimbit, komputer, internet, facebook dan pelbagai lagi pendekatan lain yang canggih. 


Oleh itu, latih lah pemikiran yang menumpu ke arah kreativiti dan inovasi dalam fikiran pelajar-pelajar sekolah. Saya amat berharap seandainya para guru, ibubapa dan rakan-rakan sekalian membaca artikel saya ini, ambillah langkah dan inisiatif dalam membentuk generasi muda yang cenderung ke arah kemajuan teknologi dan sama-sama bersaing dengan bangsa lain supaya turut melakukan anjakan paradigma di jiwa dan minda anak-anak melayu terutamanya dalam menjadi perintis generasi akan datang =)

Antara kaedah yang boleh disarankan kepada golongan pendidik adalah seperti melakukan pertandingan rekacipta di peringkat kelas, mengadakan sesi penjanaan idea kreatif inovatif, melakukan aktiviti luar kelas seperti menggunakan bahan terbuang dan persekitaran yang ada dalam mencipta sesuatu produk dan menjelaskan spesifikasi kegunaannya kepada semua, memberikan waktu yang sesuai setiap kali kelas dengan meminta anak murid menyediakan satu ruang idea yang kreatif dan beberapa idea produk inovatif. 

Memberi galakan kepada anak murid untuk sentiasa memberi idea masing-masing tanpa mengira faktor samada kurang bernas atau tidak logik, kerana andaian dan kritikan yang kurang membina akan menyebabkan anak murid cenderung untuk bersifat berdiam diri dan tidak berani meluah idea dan bakat yang terpendam. Ianya adalah suatu pendekatan yang mampu saya kongsikan kepada anda semua berkaitan cara yang mudah untuk melatih anak bangsa menjadi kreatif serta inovatif. Sokongan dan dorongan anda semua amat berguna dalam memastikan anak murid menjadi seorang yang banyak idea dan seterusnya menjadi salah seorang pereka cipta dan mampu mempelopori bidang teknologi. Ianya tidak mustahil =) 

Dalam melatih anak murid, anak-anak dan adik-adik, apa yang penting adalah "kerjasama" =) lebih kurang macam dalam kartun "wonderpet" lah. Kerjasama dan persefahaman dua hala amat diperlukan dalam mencapai aspirasi mendidik anak bangsa ke arah pemikiran kreatif dan inovatif supaya pendekatan ini dapat disampaikan dengan cara yang betul terutamanya para pendidik yang amat saya hormati sekalian.

 

Kerana tanggungjawab anda bukan sekadar mendidik sahaja, malah anda mampu menjadi garis panduan berguna kepada anak bangsa supaya berfikiran terbuka dan mempunyai visi yang tinggi. Kita semua generasi hebat yang mana dengan kejayaan yang dikecapi ini mampu membentuk satu sahsiah yang tinggi dalam kesejahteraan agama yang dicintai. Semoga ilmu yang mampu saya sampaikan ini dijadikan sedikit panduan dan maaf sekiranya terdapat kesalahan maksud dan penyampaian yang tidak jelas =) Sama-sama kita renungkan dan marilah kita bersatu menjadi bangsa yang maju dan berjaya dalam menjaga dan menyebarkan agama yang dicintai ke arah kebaikan semua.  wassalam...




~rizali masri~
\(^_*)/
Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here