Antara Sebab Mengantuk Dalam Kelas


Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian, entri kali ini ingin saya kongsikan tentang motivasi pelajar di sekolah mahupun universiti. Rata-rata pelajar terutama masyarakat melayu khususnya sinonim dengan aktiviti tidur di sekolah. Teruskan membaca untuk info seterusnya. 

SEBUT sahaja ceramah, semua akan mengantuk. Benar? Ya, saya percaya anda semua turut mengalaminya. Bukan saya seorang, bukan kepada ibu-ibu, tidak hanya golongan remaja bahkan semua di dunia ini pasti mengalami.
Bagi yang sedang berada di alam persekolahan atau pun universiti, suasana di dalam kelas dan dewan kuliah sudah tentu membuatkan anda semua mengantuk, terutama ketika guru dan pensyarah sedang mengajar. Mengapa boleh jadi begini?

Tiada Persediaan – Ya, ramai di kalangan pelajar tidak kira di alam persekolahan atau pun ketika di alam universiti yang tidak membuat persediaan yang cukup sebelum ke kelas. Apabila anda tidak membaca dahulu apa yang akan diajar oleh guru dan pensyarah pada hari tersebut, anda akan cepat hilang tumpuan. Yalah, apa yang diajar oleh guru anda tidak pernah pun tahu. Bagaimana mahu rasa seronok? Macamana ingin merasa mudah ketika guru mengajar? Justeru, pastikan anda membaca dahulu apa yang akan disampaikan oleh guru atau pensyarah pada hari tersebut sebelum ke kelas.

Kurang Tidur – Ramai yang beranggapan bahawa, tidur lewat adalah jalan penyelesaian terbaik untuk score di dalam peperiksaan. Ya, benar. Ramai orang berjaya yang berbuat demikian. Tidur lewat untuk mengulangkaji pelajaran. Tapi lebih ramai orang berjaya yang tidak mengamalkan kaedah sedemikian. Apabila anda tidur lewat, anda akan mengantuk di dalam kelas. Dan apa yang cikgu dan pensyarah ajar anda akan kurang faham. Justeru mengapa tidur lewat?

Tidak Fokus - Percayakah anda kalau saya katakan bahawa lebih separuh peratus pelajar-pelajar yang tidak memberikan perhatian ketika guru atau pensyarah mengajar di kelas. Kelas dan dewan kuliah bukan tempat untuk anda berangan atau membiarkan fikiran anda bebas menanar ke mana-mana. Pensyarah, guru perasan kalau anda berangan. Pensyarah nampak. Justeru, sebelum ke kelas, ikhlaskan hati. Betulkan semula niat. Ya, aku hendak ke kelas untuk mengutip seberapa banyak ilmu. Buat begitu, insyaAllah segala yang diajar akan lekat di minda.

Kurang Minat – Mengapa tidak minat? Bosan? Kalau anda ingin berjaya, anda harus minat. Ya, anda wajib untuk menyukai setiap pelajaran dan subjek yang anda ambil. Apa guna anda belajar subjek berkenaan jika anda sendiri tidak minat subjek itu. Ingat, sesuatu yang sukar itu seringkali bermula dengan yang sukar-sukar. Kuatkan hati, tanamkan azam yang jitu. Tambahkan minat terhadap mata pelajaran yang kurang diminati. Lakukanlah apa sahaja untuk memastikan anda minat dan seronok terhadap  tajuk dan subjek berkenaan.

Fizikal & Mental : Ya, kekadang itu kita tidak sedar bahawa mental dan fizikal kita juga perlu rehat yang mencukupi. Dapatkah anda bayangkan sebuah kereta yang bergerak 24 jam tanpa henti dan ia terus bergerak lagi untuk 24 jam yang seterusnya tanpa henti. Apa akan terjadi? Ya, begitu juga tubuh kita. Manusia bukannya robot. Robot juga kalau tidak digunakan dengan sebaiknya akan rosak. Justeru, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Rehat fizikal, rehat juga minda. Buanglah segala masalah yang sedang melanda dan mengusutkan anda. Semoga anda menjadi manusia paling berjaya!

    ~ Wassalam ~




    Rizali Masri
    \(^_*)/

     




    Cetak

    No comments:

    Post a Comment

    Hi everyone .. please leave your comment here ~

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...