Pasanglah niat dalam hati untuk menggembirakan orang lain. Kenapa begitu? Sebab, apabila kita berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan orang lain, maka kita akan
turut berasa gembira yang sama.
Kita ceriakan orang lain, kita akan jadi ceria sama. Kita beri semangat pada orang lain di sekeliling kita, maka momentum semangat itu turut membuatkan kita lebih
bersemangat.
Perbuatan kita mendatangkan kesan yang tersendiri. Kemudian kesan perbuatan itu akan datang semula kepada kita samada sedar mahupun tidak. Apapun, cubalah lakukan hari ini.
Hari
ini, untuk membuat kita bermotivasi pasanglah niat dalam hati untuk
berbakti kepada insan lain walau siapapun dia, walau apa jua status
yang ada pada dirinya. Jangan ambil kisah pasal diri kita. Usah terlalu pentingkan diri dan menutup kata hati.
Banyakkan ambil kisah pasal orang lain. Bukan bermaksud untuk kita jadi 'busy body', tapi kita mahu buat dia berubah, bersemangat, berinspirasi. Setiap orang ada impian tersendiri. Mereka akan lupa impian itu setiap kali mereka berhadapan masalah – besar atau kecil. Tapi setiap orang pastinya memiliki daya mampu fikir yang relevan untuk mengatasi setiap masalah yang datang. Untuk menghasilkan satu aura positif dalam diri dan persekitaran, ia haruslah bermula dari dalam diri kita sendiri.
Latih
diri kita dari peringkat asas bermula dari rumah. Ceriakan orang rumah anda, ibu anda, bapa anda, adik beradik anda, kawan-kawan di tempat
kerja anda. Mulakan dari rumah, dari yang asas supaya anda menjadi
semakin mahir dari sehari ke sehari.
Jadilah seorang kawan yang
amat prihatin, bukannya seseorang yang kuat mengkritik dan memburukan kawan di belakang. Lebih banyak
kita mengutuk dan mengkritik sikap orang untuk
menunjukkan yang seolah-olah kita sahaja betul, lebih banyak kekurangan kita akan timbul tanpa disedari. Buang jauh-jauh sikap ini kerana tarikan unsur negatif yang kuat dalam diri akan menjadikan diri kita mudah hilang semangat dan mudah merasa malang.
Itu
membuatkan orang sekeliling tidak hormat langsung dengan kita. Kesannya
mereka turut akan berlakon baik di depan kita, tapi di belakang kita, kita tak
tahu umpatan apa yang mereka akan kata. Begitu juga sebaliknya, jika kita mahukan orang hormat kita, maka kita harus mulakan hormat orang dahulu. Jika kita mahukan rasa percaya orang, maka kita harus tanam rasa percaya pada orang lain dulu. Jika kita mahukan diri disayangi maka kita harus pupuk rasa sayang pada orang lain dulu. Itulah lumrah kehidupan yang banyak memberi kita sumber inspirasi dalam mempelajari erti kehidupan bermasyarakat.
Kita boleh menabur bakti
dengan pelbagai cara dari sekecil-kecil cara hinggalah ke sebesar-besar
cara. Cara yang paling mudah adalah dengan meringankan beban kerja
seseorang yang biasa bergaul dengan kita. Kata-kata itu 'DOA', maka dengan bersikap terbuka dan rajin membantu orang lain, kata-kata pujian dari mereka itu adalah doa kepada diri anda. Maka perbanyakkanlah membuat kebajikan dan membantu sesama rakan.
Apa
yang kita sumbangkan akan kita dapat balik dalam jumlah dua kali
ganda nikmatnya. Anda ikhlas membantu orang, kebaikan anda akan datang semula pada anda dalam jumlah dua kali ganda samada cepat atau lambat. Oleh itu, jangan berkira dalam membuat amal kebaikan kepada manusia dan semua makhluk.
Kesannnya amat pelbagai. Kehidupan kita akan semakin baik, hubungan keluarga anda semakin baik, aliran kewangan anda turut menjadi lancar, dan semuanya akan jadi baik-baik sahaja. Itulah kuasa tarikan aura positif yang terhasil dari setiap perbuatan dan daya pemikiran kita. Jika kita mahukan segalan positif, maka positifkanlah diri kita sepenuhnya.
Sekali kita buat perkara tidak baik, dua kali kesannya muncul dalam hidup kita.
Kehidupan kita menjadi semakin kurang baik, hubungan anda dengan keluarga turut menjadi
kurang baik, aliran kewangan anda juga jadi kurang baik.
Semacam
ada ‘lubang’ yang membocorkan kelancaran aliran tunai wang anda. Jika
situasi ini berlaku dalam hidup anda sekarang, kaji balik apa yang anda
buat pada orang lain satu ketika dulu. Mungkin ada yang anda buat tidak
baik pada seseorang hingga menyusahkan orang tu. Sebaik-baik insan
adalah insan yang berbuat baik pada insan-insan lain disekelilingnya,
mendahulukan diri orang lain lebih dari dirinya sendiri. Ikhlasnya jauh
meresap ke dalam hati.
Semoga kita diberi petunjuk untuk membentuk
diri kita jadi insan sebegitu. Tanyalah diri kita sejauh manakah sikap dan tingkahlaku telah mempengaruhi diri kita, sejauh manakah daya pemikiran kita jika dilanda masalah dan seikhlas manakah jika harus belajar memaafkan seseorang dan sekuat manakah kita berani bersangka baik jika diri terus menerus dilanda musibah dan kritikan orang..? Semua itu ada dalam diri kita sendiri, bersihkan hati, sucikan minda, jauhkan diri dari sifat kotor. In shaa Allah, jika diri kita semakin bersih luar dan dalam kita akan mampu bersabar dan mampu mencari penyelesaian terbaik kerana setiap perbuatan kita adalah dari unsur yang positif dan bersih tanpa pengaruh jahat dan kotor!
Sekian..
Sekian..
~ Wassalam ~
Rizali Masri
\(^_*)/
0 respons pembaca:
Post a Comment
Hi everyone .. please leave your comment here